Perlawanan timbal balik kumpulan I hari ini diantara pasukan JDT VS KAWASAKI FRONTALE. Ini adalah peluang terbaik buat JDT , kena menang atau seri dalam perlawanan penting di tempat kita sendiri. Perlawanan yang lepas berakhir dengan seri 0-0. Jom kita tengok kedudukan terkini Kumpulan I dalam pusingan pertama.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN i
- JDT 7 MATA
- KAWASAKI FRONTALE 5 MATA
- ULSAN HYUNDAI 4 MATA
- GUANGZHAO FC 0 MATA
JDT berada di tangga pertama buat masa ini dengan 2 kemenangan satu seri. Bukan mudah untuk mara ke suku akhir sebab kena jadi juara kumpulan untuk layak. Dalam saingan acl kita belum pernah dapat mara ke peringkat suku akhir, semua dalam peringkat kumpulan sahaja.
Harapnya kita dapat keputusan yang positif dalam perlawanan yang genting ini bertemu sekali lagi dengan pasukan dari kelab jepun ini. Masing-masing buntu mencari gol dalam perlawanan yang lepas. Ada beberapa percubaan merbahaya dari Kawasaki ini tetapi tersasar sipi lagi lalu sebelah tiang gol. Manakala jdt, Bergson dan Fioresti betul-betul digari pergerakan duo ini untuk mencari gol , masing-masing buntu.
Bagaimana dengan perlawanan timbal balik ini, adakah akan ada perubahan taktikal dari benjamin mora untuk menewaskan kelab gergasi jepun ini. Selain taktikal, rehat yang secukupnya dan paling penting sekali ialah sokongan dari penyokong yang dapat ke stadium itu yang sangat mahal sebenarnya. Menaikkan semangat morale pemain untuk beraksi dengan lebih semangat lagi.
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KAWASAKI FRONTALE 24.4.2022.
live streaming JDT VS FRONTALE ACL 24.4.2022 (nantikannya)…
LINK LAIN
Leave a Reply