Categories: Sukan

Lindan juara perseorangan lelaki kejohanan dunia, Guangzhao 2013

GUANGZHOU: Sedih aku, tengok perlawanan tadi jer nih. Walaupun masih dalam mood raya, tapi badminton kena tengok jugakla. Cuma timing masa perlawanan agak terganggu sebab waktu maghrib lah plak. Pertarungan epik ini berlanjutan selama 1jam 34 minit. Lama jugak tuh, sebab main tiga set. Huhu.

Ini bermakna,  Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe.

Keputusan perlawanan :

Lee Chong wei vs Lindan : 16-21, 21-13, 20-17 (retired)

Lindan juara perseorangan lelaki dunia guangzhao 2013.

Ya, Lindan adalah super hero badminton yang sukar digugat. Walaupun ketinggalan mata yang terlalu jauh, dan set pertama tewas.

Ulasan perlawanan.

Secara keseluruhan rentak perlawanan memang sengit. Perlawanan mengheret ke rubber set. Set pertama, lee chong wei dilihat mudah menjinakkan lindan. Tak tahulah, mungkin ini taktik lindan yang sedang mencari kelemahan lcw.  Lcw menang 21-16. Tak jauh jarak mata sebenarnya.

Penguasaan rentak permainan lindan bermula.

Set kedua, lindan garang dengan menjarakkan jurang mata yang terlalu jauh untuk mengalahkan lcw, first dah kena 7-0 kalau tak silap. Kemudian baru nak kejar, memang tak sempat lah. 21-13 kena.

Set penentuan, lee chong cuba menjarakkan mata dengan agak jauh. Namun, lindan dengan mudah mendekati mata , sehingga 5 mata lindan dapat dan terus jauh tinggalkan lcw. Sehinggalah tinggal beberapa mata buat lindan melakar kemenangan, lcw mengalami kekejangan otot, adoi.

Lee Chong akhirnya menarik diri dan memberi kemenangan buat lindan. Erm , lindan memang pemain badminton yang sukar digugat. Sekali lagi lindan berjaya mempertahankan tembok besar china dari roboh, selaku pemain tuan rumah yang punyai banyak kelebihan penyokong sendiri.

Respek siot time nie. Terharu pun ada.. Huhu

Walaubagaimanapun, sokongan peminat dari serata dunia buat datuk lee chong wei memang tidak putus-putus terutamanya dilaman social twitter, facebook dan sebagainya. sekian dari meja sukan, zikrihusaini.com.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • Harapan saya agar BAM meramaikan pelapis-pelapis seperti Dato' LCW...
    China banyak menampilkan pelapis baru yang akhirnya menjadi saingan DLCW... bila sampai final dah letih nak lawan Lin Dan :(

  • Lin Dan adalah musuh tradisi Datuk LCW namun ternyata jaguh dunia itu sukar untuk digugat hadapan penyokong china sendiri..dulu pernah tengok secara langsung kat kuching time Malaysia Open Lin Dan kalah kepada Datuk LCW

  • Salam perkenalan, ape2 pun keduan2 jaguh badminton ni memberi permainan yang menghiburkan. tahniah Lin Dan. Datuk LCW cuba lagi ya..sasaran 2016 kan

  • kita kena akuilah bahawa Lin Dan tetap permain terbaik dunia...hu3...bukan nak condem LCW tapi inilah realitinya walaupun LCW pemain no 1 dunia kalau ikut ranking

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

2 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

2 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

2 days ago

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS KUWAIT AFC U23 23.4.2024

Aku tak tahu nak cakap apa untuk game yang terakhir. 2 game yang tewas dengan… Read More

4 days ago

BELI SAHAM BANK RAKYAT

Diantara bank yang memberikan pulangan yang konsisten setiap tahun , gila setiap tahun Atas 10… Read More

5 days ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM ASIAN CUP U23 20.4.2023

Ini peluang buat pasukan Malaysia untuk bangkit dalam perlawanan kedua , jika tewas , anggaplah… Read More

1 week ago