Mara ke suku akhir!!
Setelah aku morale down melihat beregu utama kalah di tempat sendiri, mood aku kembali melihat Datuk Lee Chong wei mara ke suku akhir.
Chong Wei yang menentang Hu Yun dari Hong Kong menang mudah, sayur habis lah. (Haha, berlagak betul) Straight set 21-6, 21-9.
Kemaraan yang lain:-
Beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How mara ke suku akhir juga, setelah menundukkan beregu Singapura yang mudah jugakla aku tengok, iaitu Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart 21-16, 21-15.
Apa yang menaikkan semangat lee chong wei, Datuk misbuk sidek datang hari ini memberi semangat buat LCW serta duduk di tempat jurulatih. Hurm, mungkin ada sedikit harapan untuk Misbuk sidek kembali, atau hanya kerana professionalism.
Minta maaflah banyak update sukan bulan ini, sebab aku memang minat badminton, bola dan bowling. Harap maklum.
baguslah macam ni zik.. memang berita yang menggembirakan lepas pasangan Koo-Tan kalah pusingan pertama. sekarang mens’ doubles disandarkan kat bahu Zakri-Thien How. Dato’ LCW MESTI JUARA MALAYSIA OPEN (amin..) 🙂
amin2x… meet cheng long.. semi final nie..
sbg orang Penang, ak bgga dgn Dato’ LCW, smoga dia mnang cmpionship kli ni. chaiyok! 😀
Free PLR Articles at My Blog Here
sekarang sudah semi final…. bertemu chen long..
thanks update ni.
aku minat ikuti perkembangan badminton ni.
selalu baca surat khabar ayah aku beli.
skg dok sendiri, surat khabar pun tak beli. huhu
hurm.. nak tengok tv pun belum tentu ada kat sana..hehe.. sini tengok astro pun ada.. takpun dekat laman web rasmi dia ada.. cuma livescore jela.. huhu
chong wei boleh mara sampai ke final tapi bertemu lin dan nanti entahlah macam mana. lin dan yg jarang join terbuka malaysia entah apa mimpi tiba2 join lak kali ni
dia tak pernah menang lagi siri terbuka series di malaysia… anjuran proton…
Menang atau kalah adat permainan.. DLCW dah harumkan nama negara.. Klu kalah pun tetap akan jadi idola buat rakyat m’sia..
we want he try their best to win this competition, lindan pun dah tarik diri sebab kecederaan abdomen… so hari ini bertemu dengan Chen Long… kalau menang bakal bertemu dengan taufik/santoso…
Dato’ Misbun pun hadir memberi nasihat teknikal satu perkembangan yang baik kerana ia akan memberikan suntikan moral dan mental nanti
semoga berjaya semi final nanti bertemu chen long… hari ini…
aku mmg down juga bila tahu yg beregu tu tewas…nasib baik beregu satu lagi mara dan juga lcw…
harap dato misbun kekal melatih lcw…
pssst…teringin betul nak tengok kelibat anak dato misbun…
tinggal satu sahaja harapan negara bagi wakil malaysia… lee chong wei.. lain semua dah terkandas…
eh.. pertandingan apa ni zik??
haha.. baru keluar dr hutan aku ni rupanya.. 🙂
haha… siot jer…
tahniah2… harap akan menjadi juara
harapan yang terakhir sekarang nie.. huhu
harapanku agar Malaysia menang..
itu harapan yang terakhir.. tinggal hanya lee chong wei sahaja buat masa ini…
mungkin sebab Datuk misbun ada yang berjaya menaikkan semangatnya.