Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / Laman rasmi PSSI Indonesia Dihacked, Tinggalkan Pesanan Kepada Ketum

Laman rasmi PSSI Indonesia Dihacked, Tinggalkan Pesanan Kepada Ketum

Zik · Dec 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

laman pssi di godam

Sejurus perlawanan akhir pertama Piala AFF 2020 tamat di antara Indonesia dan Thailand, laman sesawang rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) terus digodam oleh pasukan AnonSec. Berikutan kekalahan yang teruk dengan pasukan Thailand tanpa berbalas gol langsung (0-4) dengan pasukan Gajah Perang ini.

Sebuah hantaran blog dihasilkan dan artikel tersebut mengeluarkan lagu penuh semangat menjelaskan Indonesia pasti bangkit.

Hantaran bertajuk “Ayo, tetap semangat di laga kedua” dicipta dan ianya membawa ke satu halaman yang penuh dengan pesanan kepada PSSI.

laman pssi di godam

Penggodam memaparkan gambar KETUM PSSI dan meninggalkan pesanan:

“Indonesia mainnya bapuk apa karena ketum pssi masuk kamar ganti pemain? Yok Indonesia bisa yok, masih ada leg 2, semangat!” Jelas penggodam berkenaan.

 

Indonesia tewas 0-4 kepada Thailand dalam aksi perlawanan akhir pusingan pertama dan bakal beraksi dalam perlawanan timbal balik di lokasi yang sama pada Sabtu ini (1 Januari 2022).

Tidak ada kecaman daripada hacker ke atas pemain dan jurulatih Indonesia pada kali ini. Kerana ternyata mereka marah dengan PSSI yang menurut mereka menjadi perosak bola sepak Indonesia.

Sebelum perlawanan, peminat Indonesia sendiri bengang mendengarnya Iriawan yang gatal gatal mahu memasuki bilik persalinan Indonesia untuk memberikan kata kata motivasi dalam aksi final kedua nanti.

Mereka menasihatkan agar Iriawan membatalkan niatnya itu kerana akan mengganggu sesi taklimat yang terhad oleh Shin Tae Yong.

Ini merupakan kali keenam Idonesia layak ke final. Tiada pasukan lain yang lebih banyak masuk ke final tetapi gagal menjuarai Piala AFF berbanding Indonesia. Sebelum ini Indonesia kalah dalam 5 final mereka. 3 daripadanya adalah di tangan Thailand.

Kini Indonesia memerlukan 5 gol dan mengelak bolos pada perlawanan kedua untuk bergelar juara. Atau sekurang kurangnya 4 gol tanpa bolos untuk mengheret perlawanan ke masa ekstra atau penentuan penalti.

Jika gagal, Indonesia akan menelan peritnya kekalahan keenam di final dan kekalahan keempat di final di tangan Gajah Putih.

Selain itu peminat Indonesia memberikan amaran kepada PSSI agar tidak sesekali memikirkan untuk menjadikan Shin Tae Yong sebagai kambing hitam kegagalan Indonesia pada kali ini.

Kerana ternyata Shin Tae Yong sudah melakukan tugasannya dengan baik sekali. Walaupun seringkali mendapat campur tangan daripada PSSI dalam isu isu yang berkaitan latihan dan pemilihan pemain.

Beberapa bulan lalu, Shin Tae Yong hampir meletakkan jawatan kerana PSSI tidak mahu menuruti kehendaknya dalam menentukan tempat latihan untuk para pemainnya. Mujur isu itu dapat diselesaikan dan pengendali asal Korea Selatan itu kembali menyambung tugasannya.

Mujur berdasarkan tinjauan kami, PSSI berjaya mendapatkan semula website mereka. Tapi masa aku try bukak pula, tak boleh nak bukak laman web tuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suporter Gadungan (@suporter.gadungan)

credit to en.tempo.co  dan axello.net

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan Laman rasmi PSSI Indonesia Dihacked, susulan kekalahan memalukan 0-4 dengan thailand laman rasmi ppsi indonesia di godam oleh individu yang tidak bertanggunganawab, Tinggalkan Pesanan Kepada Ketum

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.