Categories: Ekonomi

Kos melepas yang perlu kita tahu

Apa khabar anda semua?? Hah, dah lama tak serius untuk menulis dalam tajuk yang agak berat dan sememangnya menjadi satu kupasan yang menarik untuk diperbincangkan. Memandangkan ada sedikit masa yang boleh diluangkan bersama blog usang ini. Hehe.

Istilah kos melepas (oppotunity cost).

Sebenarnya dalam istilah ekonomi ´opportunity cost´ begitu diterima di mana-mana, merentas batasan bidang ekonomi itu sendiri. Prinsipnya sering digunakan manusia (kadang-kadang digelar oleh para ilmuan dalam bidang-bidang tertentu), apabila merujuk tentang peluang dan pilihan.

Peluang dan Pilihan, take note!

Peluang yang lebih menguntungkan bebanding pilihan-pilihan yang sedia ada, sebab kita kesuntukan masa, atau kekurangan sumber (duit ), tenaga kerja, mesin dan lain-lain yang membataskan terpaksa kita selaku managing director perlu membuat pertimbangan yang waras .So kena buat kira-kira.Mana yang lebih menguntungkan atau kita rasa ini lebih berbaloi walaupun tak untung mana pun. Banyak faktor-faktor kita kena ambil kira , bukan dari segi kos sahaja, kesan jangka masa panjang kita kena ambil kira semua itu ok.

Asalnya pendefinisian kos melepas ialah apabila kita terpaksa memilih daripada dua atau lebih peluang, dan terpaksa mengorbankan peluang yang selain daripada pilihan yang dibuat. Jadi yang tidak dipilih itulah kos melepas.

 Pilihan & Kos Melepas – 2 perkara asas dalam ekonomi adalah :
i. Keperluan membuat pilihan
ii. Mengenal pasti kos melepas bagi sesuatu pilihan yang dibuat.
( Individu & masyarakat terpaksa membuat pilihan antara pelbagai alternatif; dan kos melepas adalah nilai bagialternatif terbaik yang terpaksa dilepaskan)

Dalam buat pilihan penilaian kos & faedah akan dijadikan asas. Konsep kos melepas ialah kaedah pengukuran kos & faedah yang tepat dalam ekonomi. Kos melepas bagi laksanakan sesuatu aktiviti ialah faedah terbaik terpaksa dilepaskan kerana laksanakan aktiviti tersebut. Faedah yang dilepaskan ialah faedah yang boleh diperolehi apabila pilihan alternatif terbaik dipilih.

Contoh senario.

Bnayak sangat contoh yang boleh terjadi dalam kehidupan kita, boleh jadi dalam keputusan harian ataupun dalam urusan perniagaan, apepun ia bergantung kepada situasi itu sendiri.

Katakan anda mempunyai pilihan antara membeli sebuah kereta baru dan membayar untuk pembedahan yang akan menyelamatkan nyawa anda. Jika anda memilih pembedahan, maka kos kehilangan peluang anda adalah kereta yang anda tidak beli itu.

Sebaliknya, jika anda memilih untuk membeli kereta dan tidak menjalankan pembedahan, mengakibatkan kematian anda, maka kos kehilangan peluang anda adalah nyawa anda sendiri!

Katakan anda mempunyai pilihan antara menyertai koperasi perniagaan dengan bayaran RM 10 seumur hidup atau  membayar RM 10 untuk membeli makanan. Katakan dengan JSS-Tripler anda akan memperoleh keuntungan RM100 setahun. Jika anda memilih untuk membeli makanan, maka kos (kehilangan) peluang anda ialah RM 100.

Jika anda memilih untuk menyertai kooperasi, maka kos (kehilangan) peluang anda ialah  hilang kepuasan yang anda akan nikmati daripada makan.

Mengambil keputusan untuk tidak menyertai kooperasi, juga mendedahkan diri anda kepada kos (kehilangan) peluang. Kos peluang adalah apa yang anda boleh perolehi dengan menyertai kooperasi persatuan.

Dalam kebanyakan kes, jika anda menyertai sesuatu porgram atau persatuan, dan anda tidak membuat apa-apa wang daripadanya. Ini bermakna tidak akan ada kos melepas jika tidak menyertai program seperti ini.

Jadi, mudah membuat wang dan kemungkinan bahawa anda akan membuat wang adalah kriteria yang paling penting.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

1 day ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

3 days ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

5 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

6 days ago