Ia merupakan lanjutan dari entri cara untuk menjadi presenter (pembentang) yang berkesan. Ya, untuk menjadi seorang yang petah bercakap dalam keadaan yang sangat genting bukan mudah beb. Ia memerlukan satu keberanian yang semacam (power rangers!!).
Kadang-kadang ia memerlukan banyak masa, latihan dan juga berapa banyak kali kita lakukannya. Tipulah kalau pelajar universiti/kolej tidak pernah buat perbentangan dalam kelas. Kecuali aliran dalam berbentuk teknikal atau praktikal. Yang itu aku kurang pasti. Tetapi dalam seumur hidup takkan kita nak jadi pemalu atau penyegan. Sampai bila beb? Tak gentle lah, bila nak bentang, tolak sana-sini.
Komunikasi dalam perbentangan bagaimana?
Ia berkenaan komunikasi dua hala. Bukan kita cuma hanya sekadar bentang sampai habis. Dia punya graf , bukan mendatar jer. Perlu ada naik dan turun. Ada juga masa dalam perbentangan perlu ada punch line (point yang sangat penting untuk dihighligtkan). Ini penting untuk membuat para pelajar/pensyarah , mengambil perhatian pada waktu ini.
Permulaan yang boombastik!.
Maknanya apabila kita bermula dengan membuat perbentangan, kadang-kadang perlu membuat para pelajar atau pensyarah berasa tertanya-tanya ataupun tidak sabar dengan perbentangan kumpulan kita dengan membuat satu persoalan ataupun gimik yang sangat berkesan.
Contoh tajuk : Pencemaran alam sekitar , salah siapa?
Biasa-biasa punya. Hari ini, kumpulan Gagak hitam akan membentangkan tajuk pencemaran Alah sekitar. Kita mulakan dengan sub topik, salah manusia itu sendiri. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang disebabkan oleh manusia itu sendiri. Terlalu formal, graf yang mendatar sahaja. Aku pun boleh mengantuk dowh kalau macam nie.
Cemerlang punya . Cuba anda semua bayangkan dunia akan datang, harimau, pokok tebu , generasi akan datang tak tahu apa benda itu?? Semua benda dah pupus. Jadinya, hari ini kumpulan kami ingin mengupas satu isu , mengapa masalah ini berlaku dan kalau tak keberatan kami akan tunjukkan satu gambar untuk anda, cuba anda berikan maklum balas. Ada sesiapa nak bagi komen?? Terima kasih respon dari Si lady Comot. Baiklah, kemusnahan yang bla-…bla.. sampai habis.
Bermula dengan satu persoalan, dan juga mengajak para pendengar untuk berfikir dan menarik perhatian untuk teruskan mendengar lagi perbentangan seperti ini. Ini satu contoh, ada banyak jenis-jenis permulaan yang lagi gempak. Ia bergantung kepada tajuk yang hendak di bentang.
Biasakan dengan bertanya para penonton.
Kita perlu ada komunikasi diantara satu sama lain. Ini penting untuk kita menyelami dan memahami sejauh mana kefahaman rakan atau pensyarah kita didalam kelas ini nanti. Contohnya, saya nak bertanya kepada anda semua, betul atau tidak , kepupusan haiwan seperti burung dodo adalah disebabkan pembangunan yang pesat? Sapa kata ya angkat kaki, sapa kata tak, sila angkat telinga.
Memasukkan unsur jenaka.
Kadang-kadang perlu untuk membuat sesuatu jenaka yang berbentuk santai tetapi jangan terlalu kerap kelak akan mengundang perkara-perkara yang tidak elok seperti mesej yang disampaikan tidak jelas atau ayat kiasan yang terlalu melampau (double meaning). Point perlu jelas.
Memberi contoh.
Apa-apa dalam perbentangan perlu memberi satu contoh senario yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Mata bertemu mata.
Eyes contact perlu ada , untuk membuktikan kita adalah seorang yang serius dan confident bila dalam perbentangan itu. Kalau kita buat muka cuak, lagilah kita kena ketawakan. Bila kena tanya, nanti menggelabah dibuatnya (berdasarkan pengalaman). Kalau kena tanya buat muka tak bersalah jer. Cool jer, dan jawab dengan bersahaja dan tenang. Kalau sangkut-sangkut tuh, sendiri mau ingatlah ya.
Pergerakan badan (movement body).
Dalam perbentangan, perlu ada bahasa tubuh (body language) ini penting dalam komunikasi. Kalau kita berdiri statik jer, kan nampak macam kaku sangat. Jadinya perlu ada pergerakan yang dinamik. Bukan sahaja dari badan sahaja, tetapi pergerakan dari tangan, badan dan bergerak bertemu dengan penonton contohnya. Pergerakan tangan perlulah nampak dengan jelas, jangan sorok tangan dalam poket, nampak sangat berlagak pulak. Pergerakkan ini membuktikan, kita betul-betul bersungguh-sungguh dan nampak lain dari yang lain.
Kesimpulan.
Apepun ia memerlukan latihan. Kalau kali pertama kita buat perbentangan mulanya pasti agak gugup dan memerlukan masa untuk dapatkan rhythm (rentak). Ada juga yang gugup dari mula sampai akhir. Ada juga yang mula-mula jer, dalam pertengahan dah confident terus sentap dengan perbentangannya.
Kalau perbentangan kali pertama agak kurang berjaya, jadikan ia satu contoh (benchmark) untuk terus baik perbentangan yang akan datang. Perlu kita ada satu penanda aras untuk terus berjaya dimasa hadapan. Ingatlah, cabaran di alam pekerjaan lebih getir, kalau silap, mungkin memberi efek kepada pekerjaan (dibuang kerja, atau kena marah dengan bos). Berbanding dengan zaman universiti atau kolej, semuanya boleh diperbaiki lagi.
Kalau nak berjaya, kita tengok para pidato atau di youtube ada banyak contoh-contoh presentation yang memang boom! Datuk Seri anwar punya speech, aura dia fuuhhh..
Sekian, itu sahaja. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua. Komunikasi dalam perbentangan penting untuk para pendengar paham dan sangat penting dalam dunia perniagaan khususnya untuk approach barang/servis yang kita jual itu. Sekiranya ada pertanyaan , salah ke apa, tak setuju, nak tambah ker apa, sila beritahu diruangan komen. Ia hanya berlandaskan pengalaman sendiri ketika menjadi pelajar ketika zaman kolej dan universiti.
Ismail N says
Kalau bab2 bercakap depan org ramai ni, biasanya ustaz-ustaz ler hebat. 😀
muhammad fakhruddin says
Memang, tapi ustaz-ustaz bercakap secara duduk.
Kalau orator/pemidato hebat tak kurang syok juga pembentangan mereka. Contoh yang unggul dari dunia korporat seperti Steve Jobs.
Kalau dunia politik pun tak semua yang pandai cakap. Yang hebat seperti Soekarno, Anwar Ibrahim, Obama.
tengkorak emas says
hm bab bertanya dengan penonton tu pun dan boleh buat lawak jenaka..
“siapa setuju, sila angkat tangan macam saya” buat gaya usop wilcha
Zik says
sekali sekala oklah..sekarang nie tengah musim usop wilcha.. hehe
Razlan says
Masa spm dulu kena buat pembentangan dalam kelas,macam nak pengsan pun ada he3,tapi sekarang ok da belajar dari pengalaman
Zik says
kiranya sekarang nie dah expert lah ek.. huhu
AdaAkuKesah says
haha.. memang best tutorial ni.. perlu ada guide sebelum buat presentation.. Aku kalau buat presentation mesti letak unsur lawaka.. kalau nampak mata dorang kuyu je.. hentak meja sekali kuat2 sambil suara pun kuat.. baru la segar mata dorang balik.. kehkehkeh.. memang berkesan..
aku pernah attend satu kursus dulu.. lagi kejam.. dorang bakar gas pemedih mata dalam bentuk pil.. bertarabur lari keluar dewan, berair mata dengan hidung.. nak membuta sangat.. amik ko.. haha
Zik says
kursus yang agak harcore tuh… mak aish… memang tak pernah dibuat orang tuh..
ika honey bunny says
rugi tak bace semalam. haha presentation dah lepas dah tadi. hehe
Zik says
owh yeker… so macam ner??? ok tak??
Mrs.Ayie says
Tips yang amat tepat pada masanya sebab sekarang ni musim perbentangan 😀 Nak buat jenaka yang boleh buat orang ketawa tu susah sikit.
Zik says
ikut kesesuaian…. kadang2 tak perlu pun..
Hisyam says
Memang secara detail bro Zik bagi explanation.
khalis says
tak salah kalau menghafal pada permulaan dan pastikan kita faham apa yang kita hafal..kerana bila kite nak dengar perbentangan or apa sahaja pengucapan,, first impression sangat2 penting..
Zik says
kalau mula2 dah gempak.. mungkin mampu menarik perhatian sampai habis…
LiFe KaMi says
perbentangan mesti dilakukan dengan research yang baik,
lebih mudah difahami kalau menggunakan ringkasan dan peta minda..
daripada sini lah kita akan belajar dgn lebih baik bagaimana cara berkomunikasi dan berhadapan dgn org ramai…
Zik says
peta minda lebih senang untuk ingat….
suri says
masa mula bt presentation rasa cuak tapi bila dah habis 23 modul lebih 20 duty presentation barulah keyakinan ada dlm diri..
oh terima kasih pada guru yg mejajar..didikan teguran..mmg semuanya mmberi mnfaat dan pegajaran pada diri..
pstt!!tetiba rindu masa zaman bljar dulu..asal nak bt pembentagan msti ada area tv yang panjang tu pastu tunjuk kat layar putih heee..
bEe says
suri,
bEe pun rindu time study dolu2……… dolu kita menci nak p kuliah + present. Skang dah merinduan pulak hehehe 😀
fendidahada says
aku paling suka eye contact..aim the one person..so kite akan confident..lecture aku pesan..anggap audience ni kurang pandai..dorang nak dengar ape kita cerita..so cerita je ikut suka kite.hehe..tapi jangan meleret la..
Zik says
boleh jer anggap mereka nie pun tak tahu apa yang kita present…
bEe says
Presentation di hadapan lecturer @ kwn2 dlm kuliah mmg agak mencabar krn kita ada ramai audience… 🙂 Tapi, dgn melalui kaedah ini sbnrnye memprsiapkan diri utk ke era pekerjaan sbnrnya….
Bila kita interview (especially) hanya melibatkan dlm 3 / 4 org shj (termasuk diri kita yg kena interview). Tp, bahang ketakutan tu mmg terserlah! Kalau kita salah ckp mmg promosi diri tak jadi 🙂
Kalau dah bekerja pulak, bila present dpn klien plg menggeletar lutut (sbb kita bawa jenama company). Kena buat dgn yakin agar klien berminat meneruskan usahama dgn kita…..
Dari skang as a student kena yakin boleh… agar nnt bila keluar utk menyahut cita2 kita tak patah semangat… hehehe… neway, nice information & good sharing to everyone 🙂
Zik says
kena banyakkan berlatih dan bersedia untuk present… bukan tolak2..
MDHAFiZ.NET says
kalau buat presentation utk assignment memang saya lemah.. 🙁
Hisyam says
Lagi best kalau berkumpulan, boleh cover malu.
wandisini says
sebelum bagi ucapan, biasanya aku akan buat note sikit kat kertas. tapi bila dah atas pentas, semua note tu kekadang aku tak baca pun
Zik says
aku kadang2 kalau lupa baru refer note tuh…
tehr says
bab yang aku paling lemah tenaga
bab pembentangan ni la
huhu
tapi kalau depan budak2, ok je
hehe
Zik says
budak2 tak cakap banyak..ehe
MR.Z says
bagus artikel ini…cuba thinking out of box dengan berkomunikasi dengan cara yang unik dan boleh menarik perhatian penonton.. aku pun bab2 nak bentang ni susah gak la..
Zik says
cuba buat kelainan… sedikit…
akubiomed says
Kalau hendak melihat pembentang yang hebat adalah Steve Job ketika pelancaran gajet Apple dan kalau di Malaysia adalah Pengerusi Proton Datuk Syed Zainal Abidin Tahir bersahaja pembentangannya ketika pelancaran model terbaru Proton.
Zik says
diaorang banyak pengalaman…
wazy says
aku dapat satu input yang berguna dalam entri ni
boleh guna pada masa akan datang
Zik says
insyallah..selamat mencuba bro
paihujey says
huhu..kenapa la kalau bab2 perbentangan ni aku x suka..sebab aku ni jenis pemalu,,hehe..kena buang sifat malu jauh2..
lagi satu..setiap kali turn aku yg bentang mesti statik jew pastu sangkut2(gagap)..
Zik says
takper mula2.. memang macam tuh…nanti kalau dah selalu.. lama2 ok dah….
fiezaradzi says
lagi satu yg ptg, pastikan kita benar2 faham dgn apa yg kita nak sampaikan.. maksudnya kita tahu & belajar pasal perkara yg nk dibentangkan. sebab penah de pengalaman, bgi tugasan pada org, bab simple je, tapi bila kurang knowledge dan persediaan, terus org tu tak tahu nak terangkan macam mana.. kdg2 org yg skill komunikasi agak kurang, tapi expert akan sesuatu, leh je sesi penerangan tu berjaya..
Zik says
kena study dengan lebih details..sebelum ditanya macam2…
Ladfe Amir says
dah lama tak buat perbentangan. tapi mmg biasa praktis utk buat ucapan
Zik says
owh yeker… kiranya takda masalah lah kan…