Ya, sekarang sudah berlangsung perlawanan akhir diantara Kelantan dan Terengganu. Anda boleh menonton di televisyen tv1 secara langsung. Perlawanan bola sepak ini berlangsung di stadium bukit Jalil.
Keadaan di stadium bukit jalil, petang tadi. Credit to harimau malaya twitter.
Kedudukan terkini Kelantan 1 VS Terengganu 2
Minit ke 9: Kad kuning pertama dari pemain kelantan , Farisyam.
Minit ke 13 : Masih kosong-kosong.
Minit ke 14 : Syahrul idlan dijatuhkan dikotak penalti. Tetapi tidak diberikan sepakan penalti.
Minit ke 17: Chanturu terlepas peluang untuk menghasilkan gol.
Minit ke 20: Kelantan hampir dibolosi , namun berjaya diselamatkan oleh Keeper Khairul Fahmi. Siapa yang try tadi, pemain no 14, owh Amri Yahya.
Minit ke 24: Percubaan dari Piya pemain kelantan sepakan percuma. Tetapi tersasar jauh….ke atas gawang pintu gol.
Minit ke 29: Bola banyak dikawal oleh pemain kelantan dan kedudukan bola banyak ditengah padang. Aduh, aku pun tak tahulah. Takda percubaan yang merbahaya. Semua sipi-sipi jer.
Minit ke 32: Chanturu diusung keluar padang. Kecederaan yang agak serius, 2 kad kuning sudah dikeluarkan. dari kelantan dan terengganu.
Minit ke 34: Subramaniam membuat tackle sliding yang merbahaya.
Minit ke 39: Ada sedikit pergaduhan kecil di tengah padang dengan captain kelantan. Aduyai.
Minit ke 40: Percubaan yang menarik dari idlan talaha, namun berjaya ditampan oleh keeper terengganu. Sepakan sudut buat kelantan.
Minit ke 41 : Tampanan dari khairul fahmi untuk clearkan bola hampir membawa padah. Nasib baik.
Minit ke 43: Peluang untuk membuat percubaan dari pemain kelantan no23.Namun dbengkes. Lambat sikitlah.
Minit ke 45: Masa tambahan selama 2 minit. Pemain banyak injured lah. Aduyaiii. Dah tamat. Dilihat peratus control ball, sama rata. perlawanan separuh masa pertama. Berehat seketika.
Ulasan perlawanan separuh masa pertama.
Apa yang aku lihat ialah, kedua-kedua pasukan masih tidak bermain ditahap optimum. Mereka banyak bermain di tengah-tengah padang. Selain itu juga, masa banyak habis dengan kecederaan dan juga gaduh-gaduh kecil. Setakat ini baru dua kad kuning dilayangkan dari kelantan dan terengganu. Percubaan yang cantik cuma dari Idlan talaha sepakan dari sebelah kiri, keeper terenganu cekap menampan bola kencang itu. Idlan talaha menang dikawal ketat. Mereka sudah tahu, rancangan mereka itu.
Namun begitu persembahan mereka masih agak tenggelam. Cuma masih menghadapi masalah dari subramaniam terlewat untuk membuat asakan dalam membuat clear awal kerana abdul hadi dilihat penyerang merbahaya. Sebolehnya aksi kasar janganlah ada lagi.
Separuh masa kedua bermula :
Tiada lagi pertukaran pemain.
Minit ke 45: Bola masih lagi berlegar di tengah.
Minit ke 46: Pemain terengganu membuat percubaan sepakan leret tetapi tersasar jauh.
Minit ke 47: Kad kuning ketiga, dari pemain terengganu. Sepakan percuma dari kelantan. Sepakan dari zairul fikri. Owh sayang sekali tandukan yang terlepas ke atas palang gol. Cantik hantaran tuh.
Minit ke 50-52: Peluang dari terengganu oleh Helmi, tampanan yang terkena angin. Owhh perlawanan dihentikan seketika. Ada orang baling objek. Aduhh kecoh betul lah!!! Rupa-rupanya ada orang baling mercun. Katanya dari penyokong kelantan. Kita tunggu keadaan tenang.
Minit ke 55 : Peluang dari pemain terengganu tadi, hampir gol tadi. Namun berjaya diselamatkan oleh Khairul Fami. Sepakan ketepi yang memang cantik dari jauh.
Minit ke 59: Masing-masing membuat serangan. Tetapi semuanya tersangkut di bahagian pertahanan. Bila pertahanan dah dapat clear tak ingat.
Minit ke 61: Ashaari membuat percubaan serangan dari jarak jauh. Sepakan sudut buat terengganu.
Minit ke 64: Izuan dikeluarkan dan ramzul dimasukkan. (kelantan).
Minit ke 66: Percubaan chanturu. Tetapi kelautlah. Krem pulak dah.
Minit ke 66: Ramzul hampir gol, tetapi pertahanan cepat membuat block. Kesilapan penjaga gol terengganu yang keluar. Memang dah tewas tadi. Aduyai. Gerakan dari ramzul solo tadi memang cantik.
Minit ke 68: Ismail faruqi keluar diganti dengan Alias. (Terengganu)
Minit ke 70: Shakir shaari membuat tackle sliding. Dah injured pemain terengganu. Kena usung bawak keluar padang. Sapa namanya, tak perasan.
Minit ke 73: Sepakan sudut yang keempat buat kelantan. Alah jauh bebenor hantarannya.
Minit ke 74: Syakir Shaari dilayangkan kad kuning. (kelantan)
Minit ke 76: Tendangan percuma buat terengganu (tengah padang). Terus ke penjaga gol kelantan.
Kedua-dua pasukan masih buntu. Dan games belum dapat titik noktah. Semua gerakan tidak dihabiskan dengan baik.
Minit ke 77: Hantaran lintang dari kelantan, tetapi berjaya dibaca oleh keeper terengganu. Tangkap dengan mudah.
Minit ke 79 :Goooolll dari kelantan. Membuat loop ball(sungkit ball) dengan kaki kiri diangkatnya . Jaringan oleh mohd Nurul Azwan Roya. Hasil dari hantaran yang cantik dari shaari kalau tak silap. kedudukan terkini Kelantan 1-Terengganu 0.
Minit ke 82: Terengganu hampir menjaringkan gol tadi . Satu peluang yang menarik tadi. Rugi kenapa dia tarik kebelakang bola tuh. Adooi.
Minit ke 85 : Norshahrul hampir-hampir nak gol tadi. Gerakan solo yang menarik dan sepakan leret ketepi kiri gol. Tetapi penjaga gol dengan pantas baring dan tangkap bola leret itu.
Minit ke 89: Subramaniam injured. Mintak tukar pemain katanya. Keeper terengganu tukar
Minit ke 92: Sepakan percuma dari terengganu. Hampir gol tadi, terkena palang lah pulak. Ruginya.
Minit ke 94: Masa tambahan 4 minit.
Minit ke 96: Sepakan percuma buat kelantan.
Minit ke 97 : Goolll dari terengganu. Dimasa tambahan. Makkk aiiiii. Jaringan oleh gol sendiri oleh Daudsu…. Adduuyaii..tersilap nak buat clear. tapi clear ke dalam gol. Ayoo..
Masa tambahan….. kita berehat seketika…….
Ulasan separuh masa kedua:
Kita lihat perlawanan separuh masa kedua ada sedikit agressifnya. Dimana cubaan-cubaan yang merbahaya berjaya dihasilkan banyak dari kelantan dan juga terengganu. Antaranya shahrul idlan ada satu peluang untuk gol tadi pada minit ke 85. Jaringan oleh mohd Nurul memang cantik hasil hantaran dari Shaari. pada minit ke 80. Dan pada minit terakhir tadi Daudsu membuat kesilapan untuk clear tetapi celar ke dalam gol lah pulak.
Masa tambahan:
Minit ke 91: Ada player injured lah pulak. Pemain no 12 ,terengganu. Ahh dah pulih.
Minit ke 94: Ramzul dikasari. Mazlizam dapat kad kuning. Ini kad kuning ke 7 kalau tak silap.
Minit ke 97: Zahiri membuat percubaan dari jauh menguji khairul fahmi. Tapi tak gol pun.
Minit ke 100: Percubaan dari pemain terengganu sepakan dari luar kotak penalti. Namun jauh tersasar. Lihat dari jauh khairul Fahmi bola itu terbang… hihi
Minit ke 103: Kata pengulas, terengganu cuba melenggahkan permainan. Namun, kalau ada siapa buat silap. Nahaslah. Keadaan sekarang 50-50. Namun, banyak bola dikuasai oleh terengganu. Pemain pun sudah keletihan. Kosentrasi diperlukan dalam perlawanan ini. Masih1-1.
Minit ke 105 : Tamat. Berehat sekejap. Kita tunggu masa tambahan, separuh masa kedua. Final push. Elakkan dari lakukan kesilapan. Kedua-dua team dilihat dalam keadaan tertekan.
Separuh masa tambahan kedua :
Minit ke 105: Kad kuning buat pemain no 17. Kelantan.
Minit ke 107 : Kelantan diasak bertubi-tubi. Terengganu begitu bersemangat. Katanya ada penyokong terengganu dah masuk stadium balik, masa dah nak habis masa tadi. Hehe. Apepun, teruskan menonton.
Minit ke 108: Sepakan sudut buat terengganu oleh Shaari. Dan gol… pemain no18, Alias. (Ahmad Nordin Alias) Hasil dari tandukkan siapa aku tak berapa sure dan Alias terus menyepak. Kedudukan terkini terengganu 2- Kelantan 1.
Minit ke 116: Asakan demi asakan dari kelantan membuat percubaan dari kelantan. Tetapi tersasar jauh.
Minit ke 118: Terengganu mencari gol. tetapi berjaya dibaca oleh Khairul Fahmi.
Minit ke 120: Tamat perlawanan, terengganu menang juara piala FA 2011.Tahniah diucapkan!!
Cr video gol dari sokernet.com
MDHAFiZ.NET says
Walaupun saya bukan lah orang Kelantan mahupun Terengganu..tetapi saya tetap sokong Terengganu… 🙂
hafizmd says
yahooooo! ganu menang jugok akhirnya!
best2! jadi, esok aku cuti (alamak, mmg esok dah sedia cuti daaa….)
Zik says
hehe… yeker… tahniah la bro hafiz…
Kamal Mustafa says
KM tak minat sagat bola, tapo kalu suruh pilih gak KM pilih Terengganu.
zulkbo says
salam Zikr..
dup dap dup dap..
ermmm..unyi jantung ku..
he he..layan..
hafizmd says
itulah juge bunyi jantungku….dup dup dup dap sejak semalam….akhirnya lega! yahoooooo!
julz says
terengganu boleh……………….
apiz ganu says
paden muko mung kelate.. hahahaha.. ganu gomo ganu gomo.. nate mung kelate..
anak zul says
walaupun bkn org terengganu@kelantan tp hati tetap skg terengganu! Td pun ada di sana. Tp xmsuk stadium ah.:)
kasmin says
tahniah ganu!!! =P
Gee says
Mohon share kat blog sye
Zik says
boleh tapi credit link yer.. bro…
Joot says
Esok Terengganu Cuti Kan??
Zik says
agaknya… cuti kot??
aathirah21@yahoo.com says
MB x umum pun cuti esok.. 🙁
GanuSohoor says
Wehhh ..tahniah ganu…memang deserve menang..sukma pun dah memang pasti juara…mat said kena bagi cuti 2 ari ah…ape pun…
untuk bolasepak tanahair terengganu akan tetap
menjadi perhatian keran for the time being player harimau muda
muda pun ader 6 player trg,,..
Terngganu negeri Cantik,Budaya Menarik,Orangnya Athletic…
Iqbal says
Ceria je wajah DYMM Tuanku Mizan lepas Terengganu menang..hehe
GanuSohoor says
Terengganu Negeri Cantik,Budaya Menarik,Rakyatnya Athletic….sukma pun juara boh…he..he.. To Malaysia Sports Fans…Here Come Terengganu People..Making Us Proud To Be Malaysian…kecik2 azizulhasni pun orang putih panggil dia rocket man..huihh bangga aku jadi orang trg…
=) says
cuma makanan je mahal cikit~ =)
baka05 says
aku mmg sokong pasukan kelantan… krn komitmen, disiplin yg baik..
tp aku mmg xsuka sbhgian penyokong kelantan… yg over.. padan muka.. main baling2 mercun lg… suluh pancaran laser kat goal keeper t’ganu ms sepakan percuma… ape lagi…
xreti nk bersabar.. aku sedih krn klate kalah sipi2 dlm ms kecederaan lak tu.. yg mn bleh dkatakan chances 99% klate bleh menang setelah gol pertama oleh Roya..
xpasal2 pasukan klate menerima pembalasan dgn m’dapat kekalahan drp t’ganu akibat onar penyokong sendiri… sedih.. sedih..
aku xsalahkan Daudsu… dia sudah lakukan yg terbaik.. dia bleh jadi cuak, panik… ini menunjukkan penyokong kelate bkn bg semangat n fokus pd pemain kelantan tp diorg wat pasukan kelate jd blur….
tehr says
kelantan dah kalah
gol sendiri bawa padah
tahniah buat sang penyu
gembira sakan geng gganu