Setelah perlawanan pusingan pertama di lubnan tempoh hari, bertempat di Stadium Camille Chamoun, Beirut, Lubnan. Malaysia hanya terikat seri tanpa jaringan 0-0. Hari ini, perlawanan bola sepak Kelayakkan Olimpik 2012 di London bawah 23 tahun akan berlangsung malam ini untuk pusingan kedua, pada pukul 8:45 malam sekejap sahaja lagi (tinggal beberapa jam) Malaysia vs Lubnan.
Perlawanan pusingan kedua (2nd leg) hari ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 23 Jun 2011.
Keputusan terkini Malaysia 2 – Lubnan 1 (perlawanan sudah bermula ,tamat perlawanan)
Aggregate: Malaysia 2-1 Lubnan (Malaysia layak ke pusingan seterusnya)
Jaringan:
- Irfan Fazail minit ke 8 (M)
- Wan Zack Haikal minit ke 41 (M)
- Chadie Atie, Lubnan minit ke 63 (L)
Tonton secara live??
Anda semua boleh ditonton secara live di Astro Arena channel 801 bermula pukul 8.45 malam. Harap-harap lakukan yang terbaik disana, kelayakkan pusingan kedua sekarang ini harap-harap malaysia lebih aggressive, dan gunakan peluang yang ada sebaiknya sebagai tuan rumah!!
Penyokong turut memberi sumbangan dalam menaikkan semangat untuk pemain bermain ditahap optimum. Harap jurulatih ong kim swee dapat membuat percaturan yang lebih teratur.
Video sebelum mula perlwanan. Tengoklah apa yang patut. Di stadium bukit Jalil. Suasana meriah disana.
Minit ke 1: ……Sudah bermula perlawanan.
Minit ke 8: Goooool oleh Irfan Fazailll….
Bola dari sepakan sudut, hantaran passing dari wan zack haikal ke Irfan Fazail pada mulanya namun terkena pemain defend lubnan dan bola itu dapat balik oleh gary steven dan passing kepada muslim dan muslim beri semula kepada Irfan Fazail yang tidak dijaga mengundang padah dengan sepakan kencang ketepi. Memang kencang. Pertahanan Lubnan agak goyah.
Minit ke 35 : Masih lagi satu kosong. Diingatkan kepada pemain malaysia jangan seri. Kalau seri advantage buat lubnan dan malaysia takda peluang dah.
Minit ke 36: Serangan dari Lubnan, hasil dari rembatan kaki kiri pemain Lubnan, Mohamad Haidar. Fuuuhh memang kencang.. bergegar palang gol MALAYSIA.. terselamat pintu gol Malaysia..
Minit ke 37: Wan Zack Haikal diibelenggu kecederaan.
Minit ke 40 : Malaysia gol lagiii yeahhh 2-0 sekarang nie. Gerakan berkualti gol dari Wan Zack Haikal. Satu gerakan yang tersusun untuk menjolok bola. Satu hantaran dari gary. Yang memecah benteng pertahanan lubnan.
Kita tengok dari hantaran Gary Steven yang bijak membuat through pass ke wan zack haikal digunakan sebaiknya untuk menghasilkan gol itu. Fuhh puas hati beb.
Minit ke 45: Masa tambahan 2 minit. Pemain lubnan dapat kad kuning, diaorang ingat dapat penalti. Tak dapat lah beb. Huhu
Minit ke 47: Sudah tamat separuh masa pertama.Kedudukan sekarang agak selesa. Tetapi awas, jangan alpa. Kita berehat seketika.
Ulasan:
Jaringan gol pertama minit ke 8 melegakan buat skuad kebangsaan bawah 23 ini. Kebanyakkan malaysia melakukan short passing. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol khairul fahmi kerana telah menyelamatkan gol-gol bahaya yang terkena palang tadi.
Kemungkinan lubnan akan bermain secara passing untuk separuh masa kedua nanti. Mereka ada banyak buat hantaran lang pass yang merbahaya tadi. Tetapi buat pemain malaysia bawah 23 tahun ini jangan lupa perketatkan pertahanan. Bekalan 2 gol sekrang ini melegakan buat pemain malaysia. Harap kekalkan momentum perlawanan separuh masa kedua ini. Masih ada 45 minit untuk berjuang. Terlalu awal untuk mengumumkan pemenang.
Separuh masa kedua:
Minit ke 45: Sudah bermula.
Minit ke 47: Bola banyak berada ditengah padang. Lubnan begitu membuat asakan untuk mencari gol. Nasib baik muslim banyak mengemudi barisan pertahanan disebelah kanan.
Minit ke 49: Fandi hampir menjaringkan gol , lambat sedikit. Dapat sepakan sudut buat malaysia.
Minit ke 50: Gary dikeluarkan kad kuning kedua (kad merah) . Alamak pemain malaysia tinggal 10 pemain.
Minit ke 52: Khairul Fahmi dibelenggu kecederaan. Aisey.
Minit ke 54: Pertukaran pemain dari malaysia . Syahrul Azwari dikeluarkan dan siapa yang masuk aku kurang pasti.
Minit ke 56: Asakan demi asakan dari lubnan apabila mendapat sepakan percuma, speakan sudut. Nasib baik cepat membuat clearance yang awal.
Minit ke 60: Pemain lubnan dilihat sebenarnya, tiada pemain yang laju berlari macam takda, cuma mereka membuat hantaran yang pantas. Ditambah malaysia, tinggal sepuluh orang sahaja. Tetapi lubnan buntu tiada serangan yang agak tumpul juga.
Minit ke 63: Alamak malaysia bolos satu, Lubnan menjaringkan gol. Kesilapan berlaku. Malaysia 2- 1, Lubnan. Gol dihasilkan oleh jaringan Chadie Atie.
Sebenarnya khairul fahmi dah dapat tampan bola dari first attack tuh (kena kaki). Tetapi bila dah keadaan yang agak kelam kabut, Si Chadie Atieambik peluang tanduk masuk terus. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku, pemain agak lambat untuk membuat wall dan hentikan dari hantaran captain lubnan tuh.
Minit ke 65: Wan Zack Haikal dilayankan kad kuning. Dan kapten lubnan pun dapat kad kuning. Setakat ini, dah 5 kad kuning dikeluarkan. Permainan psikologi sudah mula dilakukan oleh lubnan. Bahaya nih. Hafizi dibelenggu kecederaan.
Minit ke 71: Malaysia pun agak cuak, mental dan fizikal juga diuji oleh lubnan nih. Walaupun sudah mendahului satu gol, masih lagi belum boleh bernafas kerana kekurangan 1 pemain malaysia. Rentak permainan sudah mula slow. Tetapi kena berhati-hati.
Minit ke 73 : Wan Zarul Nizam cuba membuat serangan. Tetapi takda rakan yang nak assist. Aduyai.
Minit ke 75: Lubnan mula mengasak, bahaya tadi. Nasib baik dapat buat clearance. Fuhh menakutkan.
Minit ke 77: Offiside. Kalau malaysia menang, malaysia akan layak ke peringkat seterusnya. Harus elak dari seri. Kalau tidak nahaslah.
Minit ke 78: Wan zarul nizam dijatuhkan dikala hampir membuat serangan. Kad kuning oleh Lubnan, nor mansor.
Minit ke 80 : Sepakan percuma buat Lubnan. Muslim berjaya mengasak. Kena buat wall, bahaya nieh. Wahhh nasib baik khairul fahmi tumbuk bola keluar. Sepakan sudut. Serangan demi serangan dari lubnan dan bola dpat ditangkap. Muka lega dri ong kim swee. Fuhh.
Minit ke 83: Fuhh nasib baik offside. Nasib baik pandai buat perangkap offside. Ong kim swee resah dekat luar padang. Kesilapan yang sedikit bakal mengundang padang.
Minit ke 85: Muslim pantas mengeluarkan bola out. Tinggal 5 minit tidak campur masa tambahan. Resah gelisah sekarang nih.
Minit ke 86 : Sorakan dari penyokong menaikkan sedikit pemain kita.
Minit ke 86: Saamir saat pemain Lubnan membuat rembatan dari jauh. Nasib baik kena pemain pertahanan. Lubnan mengasak dengan gila-gila.
Minit ke 86: Irfan dikeluarkan diganti izaq farriz.
Minit ke 92 : Dah nak habis nih….cepattttt..
Minit ke 92: Izaq farriz membuat serangan dari kana. tetapi dibengkes. Takda bantuan.
Minit ke 93: Tamat perlwanan. Tahniah malaysia. Kedudukan penuh malaysia 2-1 Lubnan.
Sekejap lagi ulasan. Kita berehat seketika.
Ulasan separuh masa kedua:
Separuh masa kedua. Memperlihatkan malaysia diambang maut sebenarnya kerana apabila Gary dilayangkan kad kuning kedua(kad merah pada minit ke 50 (tak sengaja pun). Keadaan sangat kelam kabut jadinya.
Serangan dari serangan lubnan yang bertubuh besar, namun tetap bertahan buat pasukan negara. Ia semakin meresahkan ong kim swee dan juga penyokong apabila pada minit ke 64 malaysia mula bolos satu kosong hasi jaringan dari Chadie Atie. Tekanan demi tekanan mula dirasai.
Apa yang dilihat, malaysia jarang sekali membuat serangan, cuma sekali sekala adalah buat. Gary stephen Robett orang yang paling lega. Hehe, kalau tak dialah orang yang disalahkan. Pemain terpaksa bekerja keras untuk terus mengekalkan rentak permainan dan pertahanan terutamanya dek kerana kekurangan satu pemain.
Pun begitu, pujian harus diberi kepada Muslim yang bekerja keras memastikan pintu gawang tidak dibolosi. Selain itu, kharul fahmi yang sebagai penjaga gol, banyak percubaan beliau menyelamatkan. Hasilnya, malasyia berjaya bertahan sehingga wisel perlawanan tamat pada minit ke 93.
Untuk pusingan seterusnya. Perlu membuat latihan dan gandakan usaha buat permainan yang dilakukan. Tinggal 12 pasukan untuk ke pusingan seterusnya yang akan berentap nanti.
Eng Kim Swee: Kesungguhan, kotmitmen pemain. Pemain bertahan pada separuh masa kedua, ia membanggakan. Beliau dapat membuktikan dari tohmahan, tekanan dari pihak yang mempertikaikan kebolehannya.
Jurulatih Lubnan: Lubnan telah lakukan terbaik untuk. Beliau kata tak puas hati dengan mutu pengadilan. Separuh masa pertama, sepatutnya mereka dapt penalti. Dan juga berkata lubnan menguasai permainan dair separuh masa pertama dan kedua. Dan peluang banyak,cuma serangan terlalu tumpul.
Bookmark website/blog ini Ctrl+D. Sekarang sudah bermula liputan….( SUDAH TAMAT).
Live video chat by Ustreamcredit video gol dari sokernet.com
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Notakaki says
tgk live lam tenet ada x? kat umah xde astro..hehe..
Zik says
ada insyallah. nanti aku bagi linknya…
Kamarul Azri™ says
pass dekat KA jua eh.. 🙂
nak juga..
Chipcoklat says
Akhirnya aku jumpa jua…setelah dari pagi sampai sekarang aku mengodek2 blog2 ni…Hahahaahahaha……. Kamarul Azri? hahahahahahahahahahahahahahahahaha
Kharaba Nazak says
nk gak
Iqbal says
Sama la… umah sewa xde astro, kena pi kedai mkn nih.. tapi klu live dlm tenet, cun la..hehe
Zik says
dah ada livestreaming kat blog nih…
Chipcoklat says
Salam perkenalan Zik…
Tepat Jam 8.45 mlm…. maka terpacak la org bernama samaran Chip di depan kaca tv dan terus menekan button 801 diremote control nya..
bEe says
Bola lagi ker zik??? Hehehe~
Setia sungguh dgn bola yer 😉
Farhan says
Selain channel 801 , ada yg channel lain kah ?
Norizwan says
Go go malaysia….GO GO HARIMAU MALAYA
fan malaysia u23 says
kat rumah xdek astro..
tgk kat kedai…
baru meriah….
Kharaba Nazak says
nak jugak link 2..live kt tenet
Zik says
dah update… tengok lah
nuriz says
Semoga malaysia menang 🙂
ghah says
pe link nyer,,nk tgk msia vs lubnan ni,,,
Zik says
dah ada livestreaming di blog ini.. tengok lah
sanicha cha says
gomo malaysia gomo….malaysia mene dh2…
ad says
sape menang..
Zik says
malaysiaa… 2-1
Adi Jalil says
TERBAIK!!!!!!!
esyara says
thanks update.. ((;
Sabahan Bloggers Club says
Ramainya orang tengok post ni Zik.
tahniah buat zik dan Malaysia. 😉
sayacomel says
wahhh..ulasan terperinci nih. hehe..
apapun, tahniah pada skuad olimpik malaysia!
tehr says
kita ke pusingan seterusnya
tahniah untuk semua
Dulu Lain Sekarang Lain says
Persembahan yang baik dan kemenangan yg bermakna buat team Malaysia.. Masa utk rub shoulders dgn team elite Asia… Siap sedia Korea, Jepun etc di Pusingan ke 3 nanti 😀
Inspirasicyber says
Ulasan yang dasyat…tahnia tuan tanah..tahniah malaysia