

Assalamualaikum. Berita sukan terkini.
Keputusan terkini malaysia 1- indonesia 2.
Aggregate: Malaysia 4 Indonesia 2.
Disini aku akan membuat liputan terkini kedudukan terkini perlawanan akhir yang kedua, dan merupakan satu perlawanan penentuan siapa kah yang akan menjulang piala suzuki AFF 2010. Bertempat di indonesia, stadium Bung karno bermula pukul 8 malam nanti.
Sila jangan ganjakkan kerusi anda ya.
Minit ke 1: Perlawanan sudah bermula.
Minit ke 2: Serangan pertama dari indonesia oleh penyerang Arif Suyono dengan pantas khairul fahmi menangkap bola.
Minit ke 6:- offside buat indonesia, Gonzales yang terlalu gelojoh disitu.
Minit ke 8:- Serangan demi serangan oleh indonesia, sepakan sudut pertama buat indonesia.
Minit ke 11:- Sepakan pecuma buat indonesia, perggh ada orang main laser kat muka khairul fahmi. Mendapat sepakan sudut lagi, buat indonesia.
Minit ke 15 :- Sepakan sudut buat malaysia yang pertama.
Minit ke 17:- Penalti buat indonesia. Alamak. Yess tak gol!!!! selamat ….cayalah khairul fahmi.
Minit ke 20:- Percubaan yang menarik dari Ashaari, penjaga gol markus pantas menyelamatkan keadaan.
Minit ke 25:- Percubaan dari gonzales hasil dari hantaran bola lambung, tapi tak gol pun.. keke
Mint ke 28:- sekali lagi penjaga gol malaysia di uji, berjaya diselamatkan dengan mudah.
Minit ke 32:- Percubaan yang menarik dari Safee Ali , walaupun tersasar jauh.
Minit ke 38 :- Fuh terselamat dari serangan indonesia (cayalah khairul fahmi) , sepakan sudut buat indonesia.
Minit ke 40-42:- Serangan demi serangan dari indonesia, nampaknya mereka memang tertekan untuk mendapatkan gol awal, Arif Suyono membuat serangan yang macam offside, serta gonzales. Fuh bahaya nie!! Malaysia must do something!!
Minit ke 45:- masa tambahan sebanyak 2 minit, asakan demi asakan dari pemain indonesia menampakkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir yang kedua ini. Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol, nasib baik diselamatkan oleh pemain pertahanan, keeper khairul fahmi sudah pun keluar, tak sempat nak balik ke position asal dek kerana nak membuat clearance.
Tamat separuh masa pertama.!
Sedikit analisis perlawanan separuh masa pertama.
Memang diakui separuh masa pertama, melihatkan indonesia begitu garang dalam membuat serangan. Namun pujian buat penjaga gol malaysia, khairul fahmi yang begitu cemerlang dalam menyelamatkan gawang apabila indonesia menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke 17, termasuk semua adalah 4 kali saves.
Separuh masa kedua, kemungkinan besar, indonesia akan menukarkan corak permainan dan malaysia sudah tentu akan buat strategi tertentu. Apapun kita tengok perlawanan separuh masa kedua nanti, apa yang Raja Gopal akan membuat percaturannya.
Separuh masa kedua! Sudah bermula.
Minit ke 45-51 :- Tiada serangan yang betul-betul mengancam, cuma serangan demi serangan dari indonesia. Mereka betul-betul bersungguh -sungguh. Pertahanan dari malaysia masih dalam kawalan yang ketat.
Minit ke53:- Goooool dari Safee ALi… terbaik!! Sepakan yang sangat kencang… kedudukan terkini malaysia 1- Indonesia 0. Aggregate 4-0.
Mnit ke 62 :- Serangan demi serangan dari indonesia, tetapi kebal disitu pertahanan, sepakan sudut buat malaysia. Kelihatan muka raja gopal, happy jer.
Minit ke 72 :- Golll buat indonesia. Dijaringkan oleh Mohammad Nasuha , kedudukan sekarang ialah malaysia 1- indonesia 1. Aggregate 4-1
Minit ke 77:- Amri yahya dimasukkan.
Minit ke 81:- Cubaan yang menarik, tetapi tak gol lah pulak!! Tandukkan yang kencang oleh syahrul, hasil hantaran yang cantik dari Safee Ali. Sikit jer lagi nak gol.
Minit ke 88:- Golll lagi oleh indonesia, oleh Muhammad Ridwan. Kedudukan terkini malaysia 1-indonesia 2. Aggregate 4-2 .
Minit ke 90:- Sepakan percuma oleh indonesia. Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi.Sepakan sudut buat indonesia.
Minit ke 94 :- tamat perlawanan!! malaysia juara piala suzuki 2010!!
Statistic penuh perlawanan malaysia vs indonesia 2nd leg Piala suzuki 2010.
Anugerah buat pemain bola piala suzuki aff 2010!
Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina sekalipun dia gagal malam tadi menyempurnakan sepakan penalti malam tadi. Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).
Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).
*** Akan diupdate dari masa ke semasa. Sila refresh untuk mengetahui kedudukan semasa.
Video highlights gol-gol yang dijaringkan oleh safee ali dan pemain indonesia, pada malam tadi!!
Gol Safee Sali pada minit ke 53.
Ataupun tengok dari yang kena penalti semualah: ( tapi dalam bahasa china,hehe)
Tiada lagi update berita.!! Safee Ali top scorer 5 gol!! tahniah sekali lagi buat pemain malaysia.!!
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
wah….. rajin gila bro… nak tulis smpai 90 minit k??
Terbaik dari bilik berita ni 😀
tak gol….
ashaari boleh cuba lagi ye….
bila nak start main laser nih???
hahaha.
nasib baik gonzales tak gol…
caya laaaa zikrihusaini.com. Aku tengah kerja so ko buat laporan dapat gak aku tahu keptusan. Jiwa meronta ronta nak tengok aksi kat TV tapi kerja tak boley tinggal.. adui sedinyer. nasib ader brother ni buat ulasan secara maya. terima kasih!!!!!!!!!!!!!
terima kasih kembali.. sorry lamba reply..hehe, selamat tahun baru bro..
bagus malaysia untuk minit ke 28…
takpa shafee ali.. cuba lagi…
cayalah malaysia… ini macam la main… aku tak dpt tgk atas alasan tertentu… tapi baca omen lu ni kan buat aku terasa bahangnya beb… cayalah bro… wah tabik spring…
terima kasih bro..selamat tahun baru… 2011
at minit 38: bagus malaysia…
minit 40-42: jaga2 malaysia… jangan kecundang..
tunggu second half pulak…
alhamdulillah kubu malaysia masih bertahan separuh masa. go malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sory lah bro.. spamming kat sini… aku refresh setiap minit page nih….
x spam dh… nak p tengok kat tv.. tp nice bro, aku suka….
takda hal..keke…. belasah jer bro..
bnyk bro komen. 😀
salam bro.. elok sgt ngam² tgh kursus nih… update juga .. heheh risau tadi mana nak dpt update match ni… tqvm bro keep this up 🙂 nice job…. sharing is caring 🙂 Malaysia boleh….
terima kasih bro… selamat tahun baru 2011 diucapkan..
cayalaaaaaaaa malaysia!!!!!
sabar malaysia… lupakan goll tu…. relax… tenang… bertahan… juara masih dalam genggaman…
tahniah malaysia juara piala suzuki aff 2010.dan selamat tahun baru 2011…
malaysia menang dengan 4-2…. hanya di zikrihusaini.com
Nasib baik bekalan banyak. Kalau tak hancusss. Tahniah Malaysia. Harap jangan ada sesapa yang sakit hati.
yeay.. sudah menang sudah..
tahniah untuk pasukan Harimau Malaya. kami rakyat Malaysia amat bangga dengan kecemerlangan anda semua serta jurulatih Rajagopal
TAHNIAH MALAYSIA~!! 😀
hehehheee… memang best malam ni walaupun seram dapat penalti ekekee
tp tulah, satu je yg tak best, bape ratus kali entah pengulas cakap “kita berada 3 gol di hadapan”, fokus kat game je dahla, geram betul,
Malaysia hebat! Tahniahhh…
wow game hebat, blog update pun hebat jugak ni bro zik 😀
haha terbaik dari Zik
yeahhh malaysia boleh
Terkini : Perjalanan Malaysia Sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 | Senarai Juara Piala AFF Suzuki Terdahulu
salam..
tahniah buat seluruh rakyat
Malaysia..ermmm..jangan lupa
Jumaat ni cuti umum ye..
update dari rumah ke mamak ni bro..power la ko..leh jadi reporter pasni..hehe
pertahanan Malaysia agak bagus semalam. serangan demi serangan berjaya juga ditahan. rajin update.
TERBAEK !!! :w00t:
Malaysia Bulihh!
boleh dan sentiasa boleh…
tahnian untuk rakyat malaysia
malaysia boleh
tahniah Malaysia….!!!!!
Wah, ada live comment. Tanniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai piala AFC Suzuki dan tanniah kepada pasukan Indonesia kerana mengatasi pasukan Malaysia pada perlawanan kedua ini
alhamdulillah..misi harimau malaya berjaya!
Tanah Tumpah Darah Ku!
Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010.
gerun juga semalam,tapi nak buat apa.
kami juara.
nice bro.. Harimau Malaya dh berjaya melawan si Garuda..
Fahmi yg terbaik!
garuda patah sayap di baham
Harimau Malaya. :w00t:
bapaklah lengkap review perlawanan 90minit. KAGUM aku ngan hang nie Zik
rasa tak adil la kalau firman dapat pemain terbaik…baik bagi kat khairul fahmi tu..dia lebih terbaik tau!!! tapi aku rase mst diorang nak bagi adil..takot indonesia slaku tuan rumah kecik ati~
tahniah buat pasukan M’sia…USD100k tu 🙂
Dalam game ke dua, nampak betul game plan Indonesia adalah untuk menewaskan Malaysia melalui bola2 tinggi di kota penalti. Memandangkan Gonzales adalah pemain tertinggi dalam padang, mereka cuba ambik kesempatan ini. Namun Muslim Ahmad, Fadley dan Sabree Abu cemerlang di udara dan menyekat Gonzales dari menanduk dengan sewenang-wenangnya.
K. Rajagobal menunjukkan kepekaan beliau pada tektik dengan menukarkan Kunalan di sebelah kiri bagi membantu menyekat Ridwan dari terus membuat hantaran lintang ke tengah. Tindakan bijak dan mematikan tektik pihak lawan. Well done Malaysia.
Aku amat teruja bila penjaga gol kita berjaya menyelamatkan tendangan penalti dari ketua pasukan mereka 😀
Malaysia dah bawa balik
Piala AFF Suzuki.
mari kita pergi serbu.
Bestnya Boleh menang dan holiday extra!
Kami Juara.
yeah malaysia sudah mara ke hadapan…..cayalah…. :biggrin: