• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL kedua di Stadium Bung Karno Indonesia

Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL kedua di Stadium Bung Karno Indonesia

Zik · Dec 29, 2010 · 59 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

statistic perlawanan malaysia vs indonesia separuh masa pertama, malaysia vs indonesia, piala suzuki aff2010, piala suzuki , piala suzuki 2010, perlawanan piala suzuki aff 2010 kedua di indonesia, perlawanan malaysia kedua piala suzuki aff 2010

Assalamualaikum. Berita sukan terkini.

Keputusan terkini malaysia 1- indonesia 2.

Aggregate:  Malaysia 4 Indonesia 2.

Disini aku akan membuat liputan terkini kedudukan terkini perlawanan akhir yang kedua, dan merupakan satu perlawanan penentuan siapa kah yang akan menjulang piala suzuki AFF 2010.  Bertempat di indonesia, stadium Bung karno bermula pukul 8 malam nanti.

Sila jangan ganjakkan kerusi anda ya.

Minit ke 1: Perlawanan sudah bermula.

Minit ke 2: Serangan pertama dari indonesia oleh penyerang Arif Suyono dengan pantas khairul fahmi menangkap bola.

Minit ke 6:- offside buat indonesia, Gonzales yang terlalu gelojoh disitu.

Minit ke 8:- Serangan demi serangan oleh indonesia, sepakan sudut pertama buat indonesia.

Minit ke 11:- Sepakan pecuma buat indonesia, perggh ada orang main laser kat muka khairul fahmi. Mendapat sepakan sudut lagi, buat indonesia.

Minit ke 15 :- Sepakan sudut buat malaysia yang pertama.

Minit ke 17:- Penalti buat indonesia. Alamak. Yess tak gol!!!! selamat ….cayalah khairul fahmi.

Minit ke 20:- Percubaan yang menarik dari Ashaari, penjaga gol markus pantas menyelamatkan keadaan.

Minit ke 25:- Percubaan dari gonzales hasil dari hantaran bola lambung, tapi tak gol pun.. keke

Mint ke 28:- sekali lagi penjaga gol malaysia di uji, berjaya diselamatkan dengan mudah.

Minit ke 32:- Percubaan yang menarik dari Safee Ali , walaupun tersasar jauh.

Minit ke 38 :- Fuh terselamat dari serangan indonesia (cayalah khairul fahmi) , sepakan sudut buat indonesia.

Minit ke 40-42:- Serangan demi serangan dari indonesia, nampaknya mereka memang tertekan untuk mendapatkan gol awal, Arif Suyono membuat serangan yang macam offside, serta gonzales. Fuh bahaya nie!! Malaysia must do something!!

Minit ke 45:- masa tambahan sebanyak 2 minit, asakan demi asakan dari pemain indonesia menampakkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir yang kedua ini. Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol, nasib baik diselamatkan oleh pemain pertahanan, keeper khairul fahmi sudah pun keluar, tak sempat nak balik ke position asal dek kerana nak membuat clearance.

Tamat separuh masa pertama.!

Sedikit analisis perlawanan separuh masa pertama.

https://i2.wp.com/img203.imageshack.us/img203/5516/analisismalaysiavsindon.png

Memang diakui separuh masa pertama, melihatkan indonesia begitu garang dalam membuat serangan. Namun pujian buat penjaga gol malaysia, khairul fahmi yang begitu cemerlang dalam menyelamatkan gawang apabila indonesia menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke 17, termasuk semua adalah 4 kali saves.

Separuh masa kedua, kemungkinan besar, indonesia akan menukarkan corak permainan dan malaysia sudah tentu akan buat strategi tertentu. Apapun kita tengok perlawanan separuh masa kedua nanti, apa yang Raja Gopal akan membuat percaturannya.

Separuh masa kedua! Sudah bermula.

Minit ke 45-51 :- Tiada serangan yang betul-betul mengancam, cuma serangan demi serangan dari indonesia. Mereka betul-betul bersungguh -sungguh. Pertahanan dari malaysia masih dalam kawalan yang ketat.

Minit ke53:- Goooool dari Safee ALi… terbaik!! Sepakan yang sangat kencang… kedudukan terkini malaysia 1- Indonesia 0. Aggregate 4-0.

Mnit ke 62 :- Serangan demi serangan dari indonesia, tetapi kebal disitu pertahanan, sepakan sudut buat malaysia. Kelihatan muka raja gopal, happy jer.

Minit ke 72 :- Golll buat indonesia. Dijaringkan oleh Mohammad Nasuha , kedudukan sekarang ialah  malaysia 1- indonesia 1. Aggregate 4-1

Minit ke 77:- Amri yahya dimasukkan.

Minit ke 81:- Cubaan yang menarik, tetapi tak gol  lah pulak!! Tandukkan yang kencang oleh syahrul, hasil  hantaran yang cantik dari Safee Ali. Sikit jer lagi nak gol.

Minit ke 88:- Golll lagi oleh indonesia, oleh Muhammad Ridwan. Kedudukan terkini malaysia 1-indonesia 2. Aggregate 4-2 .

Minit ke 90:- Sepakan percuma oleh indonesia. Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol  khairul fahmi.Sepakan sudut buat indonesia.

Minit ke 94 :- tamat perlawanan!! malaysia juara piala suzuki 2010!!

Statistic penuh  perlawanan malaysia vs indonesia 2nd leg  Piala suzuki 2010.

analisis perlawanana penuh piala suzuki 2nd leg 2010, malaysia vs indonesia, piala suzuki 2010, keputusan penuh malaysia vs indonesia,

Anugerah buat pemain bola piala suzuki aff 2010!

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina sekalipun dia gagal malam tadi menyempurnakan sepakan penalti malam tadi. Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

*** Akan diupdate dari masa ke semasa. Sila refresh untuk mengetahui kedudukan semasa.

Video highlights gol-gol yang dijaringkan oleh safee ali dan pemain indonesia, pada malam tadi!!

Gol Safee Sali pada minit ke 53.

Ataupun tengok dari yang kena penalti semualah: ( tapi dalam bahasa china,hehe)

Tiada lagi update berita.!! Safee Ali top scorer 5 gol!! tahniah sekali lagi buat pemain malaysia.!!

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan highlights malaysia gol di stadium indonesia piala suzuki 2010, Indonesia VS Malaysia FINAL ! (2-1) 2nd Leg AFF Suzuki Cup 2010 !, juara piala suzuki 2010, keputusan online piala suzuki aff 2010, keputusan penuh malaysia4 vs indonesia 2, keputusan semasa piala suzuki aff 2010 akhir pertama, keputusan terkini malaysia vs indonesia di stadium bung karno piala suzuki 2010, keputusan terpantas piala suzuki akhir kedua di indonesia, keputusan yang terkini perlawanan akhir kedua piala suzuki 2010, malaysia juara piala suzuki 2010!!, malaysia menang piala suzuki 2010, malaysia pertahan piala suzuki 2010, malaysia vs indonesia, malaysia vs indonesia piala suzuki AFF 2010, perlawanan akhir kedua piala suzuki 2010, perlawanan malaysia vs indonesia piala suzuki 2010, piala suzuki 2010, piala suzuki dimenangi oleh malaysia, siapa juara piala suzuki 2010, streaming live malaysia vs indonesia piala suzuki 2010, utube gol malaysia vs indonesia piala suzuki 2010, youtube malaysia 1 indonesia 2 piala suzuki 2010, youtube perlawanan gol malaysia vs indonesia piala suzuki 2010

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:18 pm

    wah….. rajin gila bro… nak tulis smpai 90 minit k??

    Reply
    • dnoBiz says

      December 31, 2010 at 7:47 pm

      Terbaik dari bilik berita ni 😀

      Reply
  2. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:20 pm

    tak gol….

    Reply
  3. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:21 pm

    ashaari boleh cuba lagi ye….

    Reply
  4. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:24 pm

    bila nak start main laser nih???

    Reply
    • RedBoys says

      December 30, 2010 at 8:05 am

      hahaha.

      Reply
  5. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:27 pm

    nasib baik gonzales tak gol…

    Reply
  6. buyung says

    December 29, 2010 at 8:27 pm

    caya laaaa zikrihusaini.com. Aku tengah kerja so ko buat laporan dapat gak aku tahu keptusan. Jiwa meronta ronta nak tengok aksi kat TV tapi kerja tak boley tinggal.. adui sedinyer. nasib ader brother ni buat ulasan secara maya. terima kasih!!!!!!!!!!!!!

    Reply
    • Zik says

      January 1, 2011 at 12:00 pm

      terima kasih kembali.. sorry lamba reply..hehe, selamat tahun baru bro..

      Reply
  7. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:30 pm

    bagus malaysia untuk minit ke 28…

    Reply
  8. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:35 pm

    takpa shafee ali.. cuba lagi…

    Reply
  9. Murdox says

    December 29, 2010 at 8:35 pm

    cayalah malaysia… ini macam la main… aku tak dpt tgk atas alasan tertentu… tapi baca omen lu ni kan buat aku terasa bahangnya beb… cayalah bro… wah tabik spring…

    Reply
    • Zik says

      January 1, 2011 at 12:00 pm

      terima kasih bro..selamat tahun baru… 2011

      Reply
  10. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:40 pm

    at minit 38: bagus malaysia…

    Reply
  11. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:45 pm

    minit 40-42: jaga2 malaysia… jangan kecundang..

    Reply
  12. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:53 pm

    tunggu second half pulak…

    Reply
  13. buyung says

    December 29, 2010 at 8:56 pm

    alhamdulillah kubu malaysia masih bertahan separuh masa. go malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
  14. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:56 pm

    sory lah bro.. spamming kat sini… aku refresh setiap minit page nih….

    Reply
  15. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 8:59 pm

    x spam dh… nak p tengok kat tv.. tp nice bro, aku suka….

    Reply
    • Zik says

      December 29, 2010 at 9:02 pm

      takda hal..keke…. belasah jer bro..

      Reply
    • RedBoys says

      December 30, 2010 at 8:07 am

      bnyk bro komen. 😀

      Reply
  16. alimsabah says

    December 29, 2010 at 9:06 pm

    salam bro.. elok sgt ngam² tgh kursus nih… update juga .. heheh risau tadi mana nak dpt update match ni… tqvm bro keep this up 🙂 nice job…. sharing is caring 🙂 Malaysia boleh….

    Reply
    • Zik says

      January 1, 2011 at 12:01 pm

      terima kasih bro… selamat tahun baru 2011 diucapkan..

      Reply
  17. buyung says

    December 29, 2010 at 9:14 pm

    cayalaaaaaaaa malaysia!!!!!

    Reply
  18. Murdox says

    December 29, 2010 at 9:34 pm

    sabar malaysia… lupakan goll tu…. relax… tenang… bertahan… juara masih dalam genggaman…

    Reply
    • Zik says

      January 1, 2011 at 12:01 pm

      tahniah malaysia juara piala suzuki aff 2010.dan selamat tahun baru 2011…

      Reply
  19. Jebat Malaya says

    December 29, 2010 at 9:55 pm

    malaysia menang dengan 4-2…. hanya di zikrihusaini.com

    Reply
  20. Norasikin says

    December 29, 2010 at 9:57 pm

    Nasib baik bekalan banyak. Kalau tak hancusss. Tahniah Malaysia. Harap jangan ada sesapa yang sakit hati.

    Reply
  21. MDHAFiZ.NET says

    December 29, 2010 at 10:05 pm

    yeay.. sudah menang sudah..

    Reply
  22. Ladfe Amir says

    December 29, 2010 at 10:24 pm

    tahniah untuk pasukan Harimau Malaya. kami rakyat Malaysia amat bangga dengan kecemerlangan anda semua serta jurulatih Rajagopal

    Reply
  23. Afiq Bukhari says

    December 29, 2010 at 10:32 pm

    TAHNIAH MALAYSIA~!! 😀

    Reply
  24. padin says

    December 29, 2010 at 10:58 pm

    hehehheee… memang best malam ni walaupun seram dapat penalti ekekee
    tp tulah, satu je yg tak best, bape ratus kali entah pengulas cakap “kita berada 3 gol di hadapan”, fokus kat game je dahla, geram betul,

    Reply
  25. adamfaiz says

    December 29, 2010 at 11:17 pm

    Malaysia hebat! Tahniahhh…

    Reply
  26. etomyam says

    December 29, 2010 at 11:55 pm

    wow game hebat, blog update pun hebat jugak ni bro zik 😀

    Reply
    • dnoBiz says

      December 31, 2010 at 7:49 pm

      haha terbaik dari Zik

      Reply
  27. suffer8zine says

    December 30, 2010 at 12:59 am

    yeahhh malaysia boleh

    Terkini : Perjalanan Malaysia Sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 | Senarai Juara Piala AFF Suzuki Terdahulu

    Reply
  28. zulkbo says

    December 30, 2010 at 1:09 am

    salam..
    tahniah buat seluruh rakyat
    Malaysia..ermmm..jangan lupa
    Jumaat ni cuti umum ye..

    Reply
  29. fendidahada says

    December 30, 2010 at 2:37 am

    update dari rumah ke mamak ni bro..power la ko..leh jadi reporter pasni..hehe

    Reply
  30. RedBoys says

    December 30, 2010 at 8:09 am

    pertahanan Malaysia agak bagus semalam. serangan demi serangan berjaya juga ditahan. rajin update.

    Reply
  31. eimsperfume says

    December 30, 2010 at 8:13 am

    TERBAEK !!! :w00t:

    Reply
  32. takenaga says

    December 30, 2010 at 8:39 am

    Malaysia Bulihh!

    Reply
    • Zik says

      January 1, 2011 at 12:02 pm

      boleh dan sentiasa boleh…

      Reply
  33. tehr says

    December 30, 2010 at 9:19 am

    tahnian untuk rakyat malaysia
    malaysia boleh

    Reply
  34. Lee says

    December 30, 2010 at 9:59 am

    tahniah Malaysia….!!!!!

    Reply
  35. akubiomed says

    December 30, 2010 at 10:40 am

    Wah, ada live comment. Tanniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai piala AFC Suzuki dan tanniah kepada pasukan Indonesia kerana mengatasi pasukan Malaysia pada perlawanan kedua ini

    Reply
  36. fitri says

    December 30, 2010 at 10:56 am

    alhamdulillah..misi harimau malaya berjaya!

    Tanah Tumpah Darah Ku!

    Reply
  37. Ali ridha says

    December 30, 2010 at 11:12 am

    Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010.
    gerun juga semalam,tapi nak buat apa.
    kami juara.

    Reply
  38. Fareast says

    December 30, 2010 at 11:15 am

    nice bro.. Harimau Malaya dh berjaya melawan si Garuda..
    Fahmi yg terbaik!

    Reply
  39. Ali ridha says

    December 30, 2010 at 12:49 pm

    garuda patah sayap di baham
    Harimau Malaya. :w00t:

    Reply
  40. Anwar Osman says

    December 30, 2010 at 4:04 pm

    bapaklah lengkap review perlawanan 90minit. KAGUM aku ngan hang nie Zik

    Reply
  41. nash says

    December 30, 2010 at 9:21 pm

    rasa tak adil la kalau firman dapat pemain terbaik…baik bagi kat khairul fahmi tu..dia lebih terbaik tau!!! tapi aku rase mst diorang nak bagi adil..takot indonesia slaku tuan rumah kecik ati~

    Reply
  42. anuarkarimz says

    December 31, 2010 at 12:06 am

    tahniah buat pasukan M’sia…USD100k tu 🙂

    Reply
  43. Ismail N says

    December 31, 2010 at 1:49 am

    Dalam game ke dua, nampak betul game plan Indonesia adalah untuk menewaskan Malaysia melalui bola2 tinggi di kota penalti. Memandangkan Gonzales adalah pemain tertinggi dalam padang, mereka cuba ambik kesempatan ini. Namun Muslim Ahmad, Fadley dan Sabree Abu cemerlang di udara dan menyekat Gonzales dari menanduk dengan sewenang-wenangnya.
    K. Rajagobal menunjukkan kepekaan beliau pada tektik dengan menukarkan Kunalan di sebelah kiri bagi membantu menyekat Ridwan dari terus membuat hantaran lintang ke tengah. Tindakan bijak dan mematikan tektik pihak lawan. Well done Malaysia.

    Reply
  44. dnoBiz says

    December 31, 2010 at 7:49 pm

    Aku amat teruja bila penjaga gol kita berjaya menyelamatkan tendangan penalti dari ketua pasukan mereka 😀

    Reply
  45. Ali ridha says

    December 31, 2010 at 10:04 pm

    Malaysia dah bawa balik
    Piala AFF Suzuki.
    mari kita pergi serbu.

    Reply
  46. aviators ray ban says

    January 1, 2011 at 4:18 pm

    Bestnya Boleh menang dan holiday extra!
    Kami Juara.

    Reply
  47. mira says

    January 8, 2011 at 6:37 pm

    yeah malaysia sudah mara ke hadapan…..cayalah…. :biggrin:

    Reply

Trackbacks

  1. Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL kedua di Stadium Bung Karno Indonesia « news@yoys says:
    December 29, 2010 at 8:34 pm

    […] See more here: Keputusan terkini malaysia vs indonesia FINAL kedua di Stadium Bung Karno Indonesia […]

    Reply
  2. Sudah-sudahlah Indonesia | JebatMalaya[dot]com says:
    December 30, 2010 at 7:34 am

    […] tiba-tiba boleh pulak layan bola depan tv untuk second half. Untuk first half aku tengok live di zikrihusaini.com. Penuh kot aku spam kat situ. Setiap kali ada bena berlaku time perlawanan berlangsung, bro zik nih […]

    Reply

Leave a Reply to Afiq Bukhari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Badminton Sukan

Live streaming final Malaysia vs Indonesia Asia Championship 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Malaysia vs Indonesia. Perlawanan yang bakal …

Badminton Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia final Asia Championship 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan terakhir dalam pentas Asia Champio…

Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia separuh akhir piala thomas 23 mei 2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pasukan manakah yang akan menempah tiket ke f…

%d bloggers like this: