Categories: Sukan

Keputusan terkini malaysia U23 vs Myanmar u23 (VFF cup 2011)

Keputusan terkini ini dibawakan oleh zikrihusaini.com. Perlawanan yang kedua selepas menentang uzbekistan yang malaysia U23 tewas 3-1. Mampukah untuk bangkit dari kekalahan pertama dalam kejohanan ini? Kita saksikannya sebentar sahaja lagi.

KEPUTUSAN TERKINI

MALAYSIA U23 [2] VS MYANMAR U23 [1]

Dah mula!!

Jaringan:

  • Kyaw Ko Ko (minit ke 16) myanmar
  • Syahrulazwari (minit ke 54) malaysia
  • Baddrol Bakhtiar (minit ke 85) Malaysia

Harimau muda kelihatan memakai jersi baju biru. Dan kedengaran lagu negaraku dinyanyikan. Bangga!!

Minit ke 1 : Ada percubaan dari malaysia, tapi ditampan pemain Myanmar. Yong kuong yong kalau tak silap aku. Lontaran kedalam buat malaysia. Ada terdengar ong kim swee. haha.

Minie ke 4: Sepakan sudut pertama dari malaysia. Gagal disempurnakan dengan baik.

Minit ke 7: Setakat ini tiada serangan merbahaya. Baik dari malaysia ataupun dari myanmar. Bola banyak dipegang oleh malaysia.

Minit ke 9: terlepas peluang young tadi, cross yang kureng sikit jer lagi.

Minit ke 16: Myanmmar dah gol. Keeper malaysia dah tangkap bola, cuma terlepas dan penyereang terus sepak. Adui apa defend buat nih?? myanmmar 1-0 malaysia.

Minit ke 20: Malaysia mula mengatur serangan. Agak tertekan. Mencari gol penyamaan. Sepakan percuma buat m’sia.

Minit ke 25: Myanmar suka membuat sepakan dari jauh. Percubaan yang merbahaya kalau dibiarkan begitu sahaja.

Minit ke 27: Through pass yang main sepak jer. Merugikan!! Seharusnya kena timing cantik, takpun biar kemas lor. Goal kick buat myanmar.

Mint ke 30: Cubaan lagi sekali dari Myanmar. Nasib baik keeper cemerlang. wahh cubaan dari Ibrahim. Sangat rugi. Tersasar ke sebelah kanan. Keeper diaorang dah terbang habis dah. Haha.

Minit ke 34: Offiside pemain myanmar.

Minit ke 36: saavinram. Wahh rugi!! Sepakan terkena kaki player myanmar.

Minit ke 38: Bahaya!! Semua pertahanan tengok jer diaorang buat crossing. Nasib baik keeper tangkap kemas kali ini.

Minit ke 40: Fandi!!! dah lepas perangkap offiside. Tteapi sepakan ke kiri terlebih 3,4 cm jer. Hadui. Sikit jer lagi.

Minit ke 42: Through pass yang tak berapa menjadi dari savindram.

Minit ke 45: Satu minit tambahan diberi. Tamat masa pertama!

Ulasan separuh masa pertama.

Malaysia terlepas ,2-3 peluang dari ibrahim syahrulazwari dan fadi othman one by one tuh. Kesilapan pada minit ke 16, disebabkan penjaga gol kurang kemas menangkap bola dan defend yang agak kurang mengejar. Entahla.

Separuh masa kedua

Minit ke 45: Sudah bermula!

Minit ke 47: Pemain myanmmar ada yang injured pulak! Savindram dikeluarkan, Steven Gry robbert masuk!

Minit ke 49: Gurusamy!!! Tanduk kurang sikit jer lagi nak gol. hasi sepakan sudut dari siapa kurang pasti.

Minit ke 52: Mai Aih Ning dikenakan kad kuning.

Minit ke 54: Gooooll !! Syahrulazwari menjaringkan gol. cantik dari hantaran siapa ya?? Steven gary robbert kot?? ,malaysia 1-1 myanmar!

Minit ke 64: Aye San (captain) dilayangkan kad kuning. Menjatuhkan steven gary robbert.

Minit ke 66: Bahaya!! Min Ai membuat percubaan, hampir-hampir tadi. Fuhh!!

Minit ke 67: Baddrol baktiar!!! Aku ingatkan gol tadi. rupanya tepi gol. Huhu.

Minit ke 68: Kyaw-kyaw Myo IN, Nyar la Win OUT! Ayng Myint Aye dilayangkan kad kuning. Pemain myanmar!

Minit ke 70: Sepakan sudut buat myanmar.

Minit ke 75: Othman Fandi OUT, Mat Nasir Daniel IN.

Minit ke 77: Dua kali percubaan dari Myanmar nasib baik percubaan pertama through pass yang cantik, nasib baik keeper dah bersedia. Manakala yang kedua, keeper pantas kejar bola. Fuhh.

Minit ke 78: free kick buat malaysia. Aku tak tengok siapa shoot. Hampir nak gol tadi.

Minit ke82: Bahaya!! Sepakan kelaut dari Myanmar. Dalam petak penalti tuh.

Minit ke 85: Baddrol baktiar!! Menjaringkan gol. Memang cantiklah gol nih. Korang kena tengok video nih nanti. Malaysia dah leading 2-1 Myanmar!!

Minit ke 90: Masa tambahan 4 minit. Bertahan dan buat serangan lagi weyh!!

Minit ke  92: Apa da lagi 2 minit !! Syahrulazwari OUT, See Kok Luen IN!

MInitk e94: tamat perlawanan !! Tahniah malaysia. U can do it!!

Siapa nak tengok video gol-gol dari youtube highlights di bawah nie:

Segala update jaringan dan keputusan semasa akan dicatat. So , teruskan bersama kami hanya di zikrihusaini.com. Kepada yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara online boleh layari disini, dilaman VTC vietnam negara mereka.

Keputusan perlawanan yang lain :

Uzbekistan [1] vs [1] Vietnam. Biarpun vietnam bermain 10 orang (tidak pasti separuh masa pertama/ kedua). Sengit katanya. Hari ahad ini malaysia akan bertemu dengan tuan rumah Vietnam.

Kedudukan Sekarang:

1-Vietnam,4 point
2-Uzbekistan,4 point
3-Malaysia,3 point
4-Myanmar,0 point

Next match : (23/10/2011) Ahad nih…

  • Vietnam vs Malaysia
  • Uzbekistan vs Myanmar

Credit picture to bolasepak malaysia facebook

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

SIARAN LANGSUNG FINAL LEE ZII JIA VS ANGUS NG KA LONG 19.5.2024

Perlawanan terakhir hari ini berlangsung di Thailand , terbuka Toyota 2024. Bukan mudah untuk menang… Read More

2 hours ago

LEE ZII JIA MARA KE FINAL TERBUKA THAILAND, AKHIRNYA!!

Bukan mudah untuk tundukkan pemain dari Chinese Taipei. Tapi malam ini memang malam Lee Zii… Read More

13 hours ago

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 18.5.2024

Hari ini kita ada tiga perlawanan sahaja dalam saingan liga super perlawanan kedua. Semalam satu,… Read More

14 hours ago

SIARAN LANGSUNG LEE ZII JIA VS CHOU TIEN CHEN TERBUKA THAILAND 18.5.2024

Wakil tunggal negara yang melangkah ke separuh akhir dalam saingan terbuka Thailand, tajaan Toyota. Lee… Read More

16 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

2 weeks ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

2 weeks ago