Keputusan terkini ini dibawakan khas oleh Zikrihusaini.com. Mampukah skuad harimau muda ini mengganas kembali setelah tumpas kepada Syria 2-0 setelah kepenatan mengharungi perlawanan yang sangat sengit bertemu indonesia ketika final Sukan sea tempoh hari.
Mungkinkah semangat maal hijrah ini dapat membina semangat baru buat harimau muda ini? Besar harapan yang digalas bagi anak muda ini dalam mengharungi laluan yang berliku. Ong Kim Swee selaku jurulatih telah menjanjikan “mengutip mata” untuk perlawanan malam ini nanti.
Tunggak sudah bersedia!!
Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dilaporkan bersedia untuk beraksi pada malam ini dan kehadiran mereka akan memberi banyak pilihan kepada OKS untuk merencanakan kesebelasan utamanya.
Keputusan terkini:
MALAYSIA U23 [2] VS [3] BAHRAIN U23
[separuh masa kedua ]
Jaringan:
- nazmi faiz mansor (minit ke 30).
- Mahali Jasuli ( minit ke 66)
- Syeh Al amir (minit ke 80)
- Bahrain (minit ke 83)
- Bahrain ( minit ke 85)
11 Pemain yang beraksi malam ini.
Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Amer Saidin, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Irfan Fazail, Nazmi Faiz, Affizie, Fandi Othman, Wan Zack Haikal dan Thamil Arasu.
Suasana padang stadium bukit jalil pukul 6 petang.
Separuh masa pertama:
Minit ke 1: Bahrain bermula dengan baik sekali. Mendapat bola dibahagian tengah.
Minit ke 3: Bahaya!! Nasib baik KFC berjaya menangkap percubaan pertama dari bahrain.
Minit ke 5: Zubir membuat hantaran ke Thamil. Kurang tepat dari segi timing.
Minit ke 6: Ong Kim Swee marah kepada pemain. Memakai kot, cuaca yang agak sejuk. Musim hujan.
Minit ke 7: Pemain Bahrain memang tinggi. Wahhh irfan fazail berjaya mengawal bola dan membuat hantaran kepada wan zack haikal. Tetapi penyudah yang agak terlalu slow. Aduii ruginya.
Minit ke 10: Pemain bahrain bermain dengan laju. Sepakan leret dari jauh!! Nasib baik KFC cemerlang!!!
Minit ke 14: Ball possesion setakat ini, malaysia 50%, Bahrain 50%.
Minit ke 15: Pemain bahrain banyak mencuri bola ketika passing. Kelajuan mereka memang diakui. Nazmi mengawal bola dengan baik di tengah.
Minit ke 17: Lebih kurang 20 ribu penyokong, di stadium bukit jalil, katanya.
Minit ke 19: Bahaya seyh!!!. Pemain no 12 bahrain terlepas peluang. Nasib baik tak gol. Kena perbaiki pertahanan kita nih.
Minit ke 23: Situasi sekarang, bahrain menguasai permainan. Mahali membuat hantaran bola dari jauh( bola loop_. Tetapi mudah bagi penjaga gol bahrain.
Minit ke 24: Nazmi mencuba !!! Tetapi tersasar sedikit. Sepakan sudut pertama buat malaysia. Takda hasil lah pulak.
Minit ke 26: Sepakan percuma buat bahrain. Jarak 10 meter dari kotak penalti. Bahaya nih!! Nasib baik KFC cekap!!Bola melantun tuh.
Minit ke 27: Pemain bahrain suka membuat serangan dari tengah.
Minit ke 29: Satu gerakan dari Nazmi, tetapi kurang kemas. Wan Zack haikal sukar untuk mengambil bola.
Minit 30: Nazmi!!!! Sepakan dari jauh kotak penalti. Dan golll!!!! Memang cantik lah!! Malaysia 1-0.
Minit ke 33: Bahrain mengatur serangan. Serangan dari jauh. KFC tangkas menangkap bola.
Minit ke 37: Sepakan sudut buat malaysia. Sikit jer lagi!!! Tandukkan yang sangat laju. Malaysia terus mengasak!!!
Minit ke 39: Offisde lah pulak. Thamil arasu kena kad kuning. Dia tak dengar lah tadi. Bongok lah ref.
Minit ke 41: Wan Zack Haikal OUT , Syahrul Azwari IT. Sepakan percuma buat bahrain!!! Nasib baik tersasar.
Minit ke 45: 1 minit masa tambahan. Prittt masa tambahan sudah tamat. Pemain malaysia semakin bersemangat nampaknya!!! Yeah!!
Separuh masa kedua.
Minit ke 47: Sepakan sudut buat bahrain. Mereka mual mengasak. Sepakan kencang dari captain bahrain.
Minit ke 48: Husain al farhan dilayangkan kad kuning. Menarik pemain malaysia. Siapa kurang pasti. Depan-depan ref lak tuh.
Minit ke 51: Fadhli shas dilayangkan kad kuning. Tackle yang keras. Sepakan percuma buat bahrain. Ishak Ahmad.
Minit ke 54: Irafan fazail, terpeleot. FAndhi othman ditarik. Kad kuning buat pemain bahrain.
Minit ke 56: Jurulatih bahrain kelihatan resah.
Minit ke 57: Apa yang terjadi nih?? Pemain malaysia dan bahrian bertembung. Dah delay permainan. Semua duk minum air jap. Ong kim swee muka masih resah lagi sebenarnya.Ada isyarat pertukaran dari medic.
Minit ke 60: Pemain no 7 , dari bahrain tak boleh main. Jalan pun ter esot-esot.
Minit 62: Sepakan percuma buat bahrain. Bahaya seyh. Nasib baik tandukkan terkena angin jer.
Minit ke 63: Malaysia membuat pertukaran ketiga. Sorang pemain bahrain kena kad merah.
Minit ke 64: Fouls malaysia 7, bahrain 7.
Minit ke 66:Pemain Nazmi Faiz mansur OUT, Ganti kepada pemain no 10. (Faris Danial)
Minit ke 67: Mahali Jasuli!!! Berjaya menjaringkan gol. Kesilapan penjaga gol tidak menangkap bola dengan kemas. Dengan mudah menjaringkan gol!!! 2-0 sekarang ini!!
Minit ke 70: Bahrian mula mengasak!! Shot malaysia 8, bahrain 5.
Minit ke 71: Sepakan sudut buat bahrain. peluang!! Nasib baik tidak menepati sasaran. Jauh atas tiang gol. Sepakan sudut sekali lagi.
Minit ke 73: Pertukaran pemain dari bahrain.
Minit ke 75: Bahaya!! Serangan dari Syed al amir (pemain no14). KFC berjaya menangkap bola itu. Tetapi berlaku pertembungan. Sedang menyepray kaki KFC.
Minit ke 77: Syahrul Azwari dijatuhkan. Pemain no 16 dilayangkan kad kuning.
Minit ke 79: Hantaran dari mahali kurang sikit jer lagi. Syahrul Azwari tak sempat nak kejar bola. Keeper dah tangkap dengan cepat.
Minit ke 81: Syed al amir menjaringkan gol hasil dari lipat yang cantik. KFC terpegun melihat bola itu. Adui… 2-1. Jaga-jaga petahanan.!!!
Minit ke 83: Sepakan percuma buat bahrain. Bahaya!!! Harap KFC berjaga-jaga!!!. Adui 2-2 dah sekarang nih!!! Kencang seyh. Cantik dowh.
Minit ke 84: mengecewakan .Bahrain menajringkan gol lagi. Bahrian didepan. Walaupun bermain 10 orang dioarang dah lead. Hadui…
Minit ke 89: Faaris danial sikit jer lagi !! Hadui
Mint ke 90: 4 minit masa tambahan.
Tamat perlawanan . Malaysia u23 [2] vs Bahrian u23 [3] Hadui nyer pun.
JOm layan 3 gol dari Bahrian:
Apepun tahniah baut malaysia u23 telah lakukan yang terbaik. Jangan menyokong pasukan kita bila menang jer. Bila kalah ,kutuk! Yakin dan percaya bola itu bulat. Banyak perkara boleh berlaku.
Segala info dan keputusan terkini akan diupdate setelah perlawanan akan bermula. teruskan kesetiaan anda bersama zkrihusaini.com. Kongsikan artikel ini kepada rakan anda. Terima kasih.
semoga berjaya harimau muda.
pemain kecerderaan.
Salam Zik (:
Apa2 pun yang pasti semangat Harimau terus membara
dalam diri setiap pemain M’sia.
NG tetap terus support utk malam ni (:
mmg terus sokong Harimau Malaya
kena terus kuatkan mental dan fizikal serta taktikal…ayuh!
Hari ini merupakan pertembungan antara hidup dan mati. Kalau tewas hari ni bermakna Malaysia hanya sebagai pasukan pelengkap jadual sahaja.
salam..
tak nak minta banyak kali nih..
nak minta layak ke Olimpik je
dari Team Muda kita..
pastikan kita boleh menang
takda rezeki.. sob2
style la bro..update laju sikek…kawe dop ade tv sinih..thnks bro
teriam kasih kembali bro..teruskan menyokong blog yang tak seberapa ini…
aku sedih bercampur geram. Patut leh menang besar. Tapi jadi lauk dengan bahrain. Itulah akibatnya bila dah leading..mulalah besar kepala dan main-main. Sejujurnya, Ong Kim Swee kena cari striker baru. Thamil Arasu dah boleh baca sangat cara dia. Sudahlah tak pandai buka ruang..just tunggu aje..camana la orang nak pas ke dia..
tapi aku ucap tahniah pada nazmi, hafizi dan mahali. 3 orang ni aku tengok memang bersungguh gila. Tapi bila nazmi keluar..terus hancur permainan malam tadi. Takde orang nak cover. hafizi pula terus hilang punca bila nazmi takde..last.last..defend pun sama ikut hancur..nak harap kat fazli shaz aje pun susahh..
kena perbaiki lagi. Walaupun dah takde peluang sangat nak lepas ke pusingan seterusnya. jadikan 3 perlawanan akhir ini ujian dan latihan untuk pemain-pemain muda. Memang dah tak ada harapan dah.
betul tuh bro… apepun kita terus menyokong pasukan harimau muda… pemain kita terlalu bergantung kepada pemain yang injured.. muslim, nazmi , dan sebagainya… bila tiada hilang punca…. sob2… harus lakukan sesuatu…
nak tak nak, kena terima hakikat yg itu saje player yg kita ade…dan jujurnya aku bangga tgk semua player main sungguh2, cuma aku tgk mmg betul kate titan…bila nazmi keluar, mmg nampak kureng sikit, bila si hafizi tu keluar, lagi nampak longgar…
mereka dah buat yg terbaik walaupun aku rase boleh buat lagi baik…tapi mereka mmg dah byak berubah
satu lagi, mmg kena cari striker baru yg benar2 mantap…baru dapat sudahkan hantaran silang fandi, nazmi, irfan dll….
ayuh Malaysia!
kim swee lum cukup cekap atur pemain. pemain dah ok tpi cepat sgt kluarkan nazmi satu ksilapan besar. tula punce kekalahan memalukan
hancus bro…
Siapa yang tengok bola malam ni. Semuanya kecewa, tipu kalau ada yang suka dan gembira. Tapi apakan daya… Teruskan Usaha skuad Mas kita.
singgah2.. usha entry usha iklan…
sama2 tambah dana blog…..
serius bola nazmi cantik, sedih juga bila kalah sebab kita dari awal dah leading dah, tp xpa, sebab bila lihat balik malaysia sudah ada banyak peningkatan
Kecederaan banyak mengugat..
Ramai juga yang tak puas hati Nazmi dikeluarkan.. tapi rasanya memang dia dah cedera..
Aku cuma kurang puas hati bila Irfan Fazail tak dikeluarkan.. Sebelum Nazmi dikeluarkan sepatut dia dah keluar dulu… Kat luar dah nampak dia terhencut-hencut dan lebih kepada penumpang. Lebih elok kalau dia keluar dan lawan 10-10… apapun kesan Sukan SEA dah mula terasa ke pemain utama…
sudah ade byk peningkatan…….meh sama2 sokong malaysia