Categories: Sukan

Keputusan terkini liga super 02.5.2015

Liga super sempena hari buruh edisi 2015. Apakah akan ada perubahan kedudukan carta liga super malam ini?? Adakah akan ada pendahulu liga yang baru?? Sukar untuk diramal perlawanan malam ini. 5 perlawanan sedang berlangsung. Jom kita tengok keputusan terkini liga super 2 mei 2015.

  • Perak 2-1 Selangor FT
  • Sarawak 3-2 Kelantan FT
  • Pahang 3-2 Terengganu FT
  • PDRM 1-3  ATM FT
  • Sime Darby 1-2 Lions XII FT

Kedudukan terkini akan diberitahu kemudian kelak. Sabar naaaa..

 Ulasan ringkas.

Perak 2-1 Selangor.

Kejutan buat selangor. Perak melebur rekod tanpa kalah selangor di tempat sendiri malam tadi apabila tumpas kepada perak 1-2. Biarpun pada awalnya selangor didepan hasil tandukkan wak doyok, de paula guilhelme, hasil dari sepakan sudut tanpa dikawal menerjah masuk tandukkan itu.

Serangan bertali arus dari selangor memang tidak dinafikan memang banyak, cuma dari segi finishing agak malap dan banyak kali tersasar. Tersasar sedikit takpa, tapi tersasar jauh tinggi diseparuh masa kedua memang tak boleh terima betullah. Namun begitu perak pun ada juga membuat tekanan kepada selangor mencari gol penyamaan. Perak ada main kasar malam tadi, hard tackle. Tapi itu bukan point utamanya.

Kekasaran yang dilakukan oleh pemain import selangor menjatuhkan pemain perak dalam kotak penalti mengundang padah. Wong namkung menyempurnakan sepakan penalti dengan mudah sebelum separuh masa pertama tamat. 1-1 ketika itu.

Separuh masa kedua.

Perak lebih bersemangat mencari gol kemenangan. Andik vermansyah bersunguh-sungguh juga mencari gol , namun buntu keseorangan disamping pertahanan perak yang lebih ganas tackle baik dari nasir dan pemain import.

Sehinggalah ke minit ke 61, perak dihadiahkan sepakan percuma dari satu sudut yang bahaya. Nuri membuat sepakan yang cantik sebelah kiri, hanya mampu meilhat bola swing itu masuk ke gawang selangor. Memang cantik beb. Penyokong perak bersorak gembira di stadium selangor sana di kaca televisyen. Senyap terus penyokong selangor. Tiad gol dihasilkan sehingga tamat perlawanan. Cuma ada insiden kekasaran yang berlaku dengan kerap. Nuri  selaku penjaring pada minit ke 85, dilayangkan kad kuning kedua. Perak bermain 10 orang. Tapi sudah terlambat buat selangor membuat asakan, kerana perak sudah bersedia lebih awal.

Keempat-empat import skuad Yob beraksi malam ini. Thiago Junio Aquino nampak kebal dan solid di ruangan udara. Kehadiran Nasir dalam kesebelasan utama menampakkan keseimbangan di bahagian tengah. Control ball dan position Namkung terbaik tapi takde support. Chad Souza & Horace James???

 Sarawak 3-2 Kelantan.

Sukar buat kelantan untuk meneruskan momentum kemenangan malam tadi. Setelah menewaskan selangor 2-1 ditempat sendiri, namun tidak dapat bangkit lagi di ngap sayop. Agak terlambat untuk membuat comeback. TSAM ada komen???

PDRM 1-3 ATM

Perlawanan yang agak pelik, macam mana boleh kalah nih dengan ATM?? Mungkin jurulatih baru, ada sedikit impak buat atm. Ataupun hanya kerana… ATM adalah tentera, takkan PDRM nak menang pulak.Erkk kesitu pulak.

Pahang 3-2 Terengganu

Skuad tok gajah dilihat cemerlang malam  ini membenam skuad penyu sek pantai timur. Belum habis penat afc cup hari rabu lepas, dah sabtu malam nih lawan pulak dengan team maut jugak nih, terengganu. Bermain di stadium darul makmur, tiada masalah untuk menang kerana hari minggu sorakan penonton membangkitkan semangat tok gajah malam tadi!!! Zesh rehman cemerlang malam nih, 2 gol sumbat dengan matias conti satu gol. terengganu 2 gol dibolot paulo rangel.

Sime darby 1-2 Lions Xii.

Gagal lagi untuk menang. Masih gagal mencari rentak dalam saingan liga super kali ini. Sime darby dalam zon penyingkiran. Pad aseparuh amsa pertama leading 1-0. Tapi separuh masa kedua, lions xii bangkit mencari 2 gol untuk menang menewaskan sime darby .

Kedudukan terkini liga super setakat ini.

PDRM masih ditangga pertama, namun tidak selamat lagi. Kalau memang malam tadi, fuhh jauh tinggalkan kami. Selangor biarpun kalah, masih tangga kedua. Perak melonjak tangga ketiga setelah menang 2-1 ke atas selangor. (Hutang satu game lawan pahang). Pahang naik terus ketangga kelima memberi saingan hebat kepada pasukan atas, 4 pasukan 17 mata, jdt vs felda united esok.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

1 day ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

2 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

6 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

6 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

6 days ago