• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan terkini AKHIR, Spain VS Italy Euro 2012, 2 Julai 2012

Keputusan terkini AKHIR, Spain VS Italy Euro 2012, 2 Julai 2012

Zik · Jul 1, 2012 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

https://i0.wp.com/img825.imageshack.us/img825/6770/italyvsspaineuro2012fin.jpg

Juara EURO 2012, Milik siapa???

Pasukan yang manakah akan menjulang piala EURO 2012 untuk edisi kali ini?? Spain yang menjadi penyandang juara EURO 2008, dan juara Piala Dunia 2010 semestinya lebih tertekan kerana perlu mempertahankan kejuaraan dan merupakan ranking nombor 1 dunia (point jauh banyak tue).

Berbanding dengan pasukan italy ranking no12, tetapi semestinya kedua-dua negara ini punyai strategi tersendiri dalam memastikan kejuaraan EURO kali ini lebih bermakna.

Keputusan terkini AKHIR :

ITALY [0] VS [4] SPAIN

SPAIN (SEPANYOL) JUARA EURO 2012

Jaringan:

  • David Silva: Minit ke 14.
  • Jordi Alba: Minit ke 41
  • Fernando Torres: Minit ke 83
  • Juan mata: Minit ke 88

Jom kita tengok lineup Italy VS Spain nih.

line up italy vs spain final euro 2012, spain vs italy line up,

Italy XI: Buffon(C), Abate, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Pirlo, Marchisio, De Rossi, Montolivo, Cassano, Balotelli.

Spain XI : Iker(C) Arbeloa, Piqué, Ramos, Jordi Alba, Busquets, Xavi, Xabi, Silva, Iniesta, Fabregas.

Dah nak mula. Penyokong italy nampaknya tampak lebih sedikit berbanding penyokong spain yang lebih membanjiri stadium disana.

https://i0.wp.com/img215.imageshack.us/img215/6443/buffon.png

Ketika sedang menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing. Penuh semangat buffon.

Minit 1:Sudah bermula. Italy mula mengasak.

Minit 2: Bola banyak dipegang oleh italy buat masa ini.

Minit ke 5: De rossi dipersalahkan, sepakan percuma buat spain. Sepakan kelaut.

Minit ke 6: Bahaya!!! Hantaran yang baik dari sebelah kiri sergio ramous ke xavi. Lambat sedikit. Sepakan sudut buat spain.

Minit ke 7: Spain mula mengasak bertubi-tubi. Namun, pertahanan italy tampak kebal. Cuma clearance yang tak berapa nak cantik.

Minit ke 10: Bahaya, serangan dari spain. Sergio ramos hand ball. Hurm.

Minit ke 12: Passing yang kemas dari spain.

Minit ke 14: David silva menyempurnakan gol pertama buat spain!!!! Memang cantik. Hasil hantaran dari cassano.

Hantaran memang tepat, pada masanya kena kepala dan David Silva tengah lari dengan laju.

Minit ke 16: Italy mula mengasak. Sepakan sudut buat italy. Sergio ramos clear. Sepakan sudut sekali lagi. Kali ini casillas saves bola dan kedepan. Memang cekap  iker casillas.

Minit ke 20: Italy mula tertekan, pemain ada sorang injured. Tukar pemain.

Minit ke 25: Gerrard Pique dipersalahkan. kad kuning pertama.

Minit ke 26: Cross yang cantik dari pemain italy, tetapi sayang lambat sedikit buat Mario. Dan iker casillas cepat keluar kedepan.

Minit ke 28: Italy mula mendapat rentak untuk menyerang. Beberapa percubaan digagalkan oleh Casillas yang cekap. Fuh!!!

Minit ke 39: Spain mengatur langkah, percubaan yang menarik.

Minit ke 41: Satu hantarn yang tepat pada masanya. Jordi Alba terus menyempurnakan gol denga cantik sekali . warrgghhh 2-0.

Minit ke 44: Tambah 1 minit masa tambahan.

Ulasan separuh masa pertama:

Spain nampak lebih yakin dah penguasan bola yang lebih tepat hantarannya ternyata memberi kelebihan buat pasukan ini membuat percubaan yang lebih menyakinkan. Ini terbukti pada minit ke 14 david silva menyudahkan dengan tandukkan. hasil hantaran  dari Cassano. Spain juga menguasai dibahagian tengah. Hantarn yang tepat pada masanya (dari perangkap offside) memberi kelebihan buat Jordi alba mendapat hantaran dari siapa kurang pasti. Tapi dia memang bijak cari ruang kosong.

Ternyata strategi yang digunakan oleh Italy membuat strategi open membawa padah. Selain, mario balotelli yang diikat (dikawal ketat).  MAmpukah italy bangkit??? Susah nak aku bagitahu. Tetapi bola itu bulat.

Separuh masa kedua:

Minit ke 45: Dah mula!!!

Minit ke 47: Diayam-ayankan jer keeper italy. Nasib baik, kalau tak memang lauk.

Minit ke 50: Casillas menyelematkan pintu gawang sekali lagi. Memang cekap dia.

Minit ke 54: Italy cuba membuat sesuatu, tetapi buntu.

Minit ke 57-58: Italy mendapat sepakan percuma. Tetapi dinafikan oleh Casillas. David Sila OUT, Pedro Rodriguez IN.

Minit ke 64: Spain bermain secara aggressive. Pemain italy ada seorang injured. Coach kata takda pertukaran pemain dah. Pandai-pandailah.

Minit ke 68: Pedro hampir menjaringkan gol untuk spain. Satu taktikal yang cantik. Cuma pertahanan italy pantas membuat clearance. Kalau tak, nahasla. Italy diasak dengan kerap.

Minit ke 71: Serius aku dah makin mengantuk nih.

Minit ke 73: Spain hampir pesta gol lagi. Italy berkampung di bahagian pertahanan. Kemonla italy.

Minit ke 74: Fabregas OUT, IN Fernando Torres.

Minit ke 78: Pertahanan italy rapuh!!! Nasib baik Offside, kalau tak , tak tahu aku nak cakap wei.

Minit ke 83: Kesilapan passing. Memberikan peluang kepada spain. Dn passing kepada Torres , memang habisla. 3-0 Bro…… Huyyyyyyy

Minit ke 86: Pertukaran pemain, Inniesta OUT, Juan Mata IN.

Minit ke 88: Juan mata menjaringkan gol keeepat hasil hantaran yang pantas dari torres. Fuhhhh 4-0 beb!!!

Minit ke 90: 3 minit masa tambahan. Tamat perlawanan. Spain juara EURO 2012!!!

Tahniah weiiii buat Spain. Viva Espanyol…

Nantikan ulasannya pukul 2:45 pagi nanti. Refresh setiap 5 minit yer.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan euro final 2012, final italy vs spain 2012, italy juara euro 2012, keputusan akhir euro italy vs spain 2012, keputusan terkini euro 2012, livescore sepanyol vs itali 2012, livesteaming spain vs italy 2012, spain juara euro 2012, spain vs italy, youtube goal spain vs italy 2012, youtube gol spain vs italy final euro 2012

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Oh! budu says

    July 1, 2012 at 8:00 pm

    aku bajet spain menang. 2-0.. hahaaha

    Reply
  2. titan says

    July 1, 2012 at 8:17 pm

    ok. jerman dah kalah dengan italy. jadi, italy kena menang..

    Reply
  3. anif says

    July 1, 2012 at 11:09 pm

    Italy ada peluang jadi champion ni! 😀

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      July 2, 2012 at 12:25 am

      sokong bro.. 🙂

      Reply
  4. eddie says

    July 2, 2012 at 12:22 am

    Spain la…2-1

    Reply
  5. akubiomed says

    July 2, 2012 at 10:59 am

    Perlu ulang menonton siaran perlawan ulangan. Tertidur tahu-tahu sudah 2 gol disumbat dan apabila terjaga pasukan Itali sudah naik untuk terima hadiah tempat ke 2. 🙂

    Reply
  6. yas says

    July 2, 2012 at 5:42 pm

    Yezzz….yg penting SPAIN menang..hehehe

    Reply

Trackbacks

  1. Sepanyol [Spain], Juara EURO 2012 tewaskan italy [itali] 4-0 | Zikri Husaini says:
    July 2, 2012 at 5:50 am

    […] Check out this Kita semua ada memori terindah dengan Biskut Julie's kan? Blogkan & menang!. ← Keputusan terkini AKHIR, Spain VS Italy Euro 2012, 2 Julai 2012 […]

    Reply

Leave a Reply to Sepanyol [Spain], Juara EURO 2012 tewaskan italy [itali] 4-0 | Zikri Husaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
%d bloggers like this: