• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan pahang vs jdt piala fa suku akhir 1 6.4.2018

Keputusan pahang vs jdt piala fa suku akhir 1 6.4.2018

Zik · Apr 7, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

piala fa, piala , piala fa super best power,

Keputusan penuh JDT 0-0 PAHANG

Tidak memihak kepada mana-mana pihak tetapi ada kelebihan buat pasukan pahang sebab jdt tidak ada jaringan gol pelawat. Itu yang dicaturkan oleh Coach Dollah Salleh rasanya. Tetapi ianya bukan mudah buat pasukan pahang untuk perlawanan yang kedua suku akhir di stadium larkin. Biarpun tahun lepas pahang menghampakan pasukan jdt apabila sama juga keputusan seperi malam semalam 0-0 dan seri di larkin 1-1 terus memihak kepada pahang sebab ada jaringan pelawat.

Tok gajah gagal manfaat selaku tuan rumah.

 Pahang menempah laluan sukar apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Adakah skrip akan berulang kembali??

Kita tak tahu macam mana taktikal untuk pasukan jdt dalam perlawanan seterusnya kali ini. So secara keseluruhannya pasukan jdt lebih mendominasi perlawanan dan beberapa percubaan yang hampir menjaringkan gol dinafikan oleh penjaga gol pahang helmi heliza dan palang menjadi penghalang untuk gol.

Separuh masa pertama jdt lebih mengasak serangan, namun pahang ada jugak sekali sekala membuat counter attack, cuma itulah dari segi finishing dan juga kekemasan dalam menjelmakan mencari gol tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Sepakan percuma dari jdt yang banyak dapat di luar kotak penalti juga tidak dapat menghasilkan sebarang gol.

Tuan rumah gagal memperagakan aksi terbaik mereka sebaliknya Harimau Selatan lebih banyak memberi tekanan terutama pada separuh masa pertama. Pada babak pertama, pelawat jelas menguasai perlawanan berbanding Pahang yang gagal memberi tekanan kepada lawan.

Peluang terbaik JDT hadir menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim tetapi bola terkena palang walaupun penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias sudah tertewas pada minit ke-39.

Pahang berusaha untuk mendapatkan jaringan pendahuluan tetapi terpaksa akur gagal memecah kebuntuan pada babak pertama.

Separuh masa kedua. 

Selepas rehat, tuan rumah seolah-olah mula menemui rentak dengan melakukan asakan ke kubu lawan. Namun kekentalan jentera pertahanan lawan menafikan peluang tuan rumah yang memerlukan kemenangan sebagai bekalan apabila bertemu pada suku akhir kedua di Larkin, 20 April ini. Bagi Pahang, tugas berat menanti mereka kerana JDT terlalu kebal di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Namun coach dollah salleh mengatakan mereka ada formula untuk menewaskan pasukan jdt. Bukan menewaskan tapi mungkin mahu seri sekurang-kurangnya sebab jaringan pelawat itulah yang menjadi kelebihan buat pasukan pahang.

Nantikan perlawanan suku akhir kedua 20 apirl ini hari jumaat di stadium Larkin nanti ok.!!!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan jdt vs pahang, keputusan jdt vs pahang 6.4.2018, ulasan jdt vs pahang suku akhir 1 2018, ulasan perlawanan jdt vs pahang piala fa shopee 2018

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Live streaming pknp vs felda united shopee piala fa suku akhir1, 7.4.2018 – Zikri Husaini says:
    April 7, 2018 at 10:17 am

    […] perlawanan suku akhir pertama malam semalam, jdt seri tanpa jaringan 0-0 di stadium darul makmur, kuantan pahang. Ternyata skuad tok gajah bukanlah pasukan yang mudah dijinakkan. Memanglah dari seri serangan jdt […]

    Reply

Leave a Reply to Live streaming pknp vs felda united shopee piala fa suku akhir1, 7.4.2018 – Zikri Husaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: