Bagi aku ia merupakan satu berita baik buat skuad kebangsaan. Aku agak cuak juga, kalau malaysia bertemu dengan jepun, australia ker mahu gulung tikar. Apepun malaysia sekarang ini sudah berada dilandasan yang optimum bagi aku. Biar apapun lawan, malaysia tidak gentar!!!(cakap pandai ler, try jadi couch).
Setelah melalui proses undi, Malaysia akan bertemu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik 2012 London.
Bertemu lubnan pusingan kedua.
Bila akan gerak sana?
Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan bertandang ke Lubnan pada 19 Jun dan akan menanti kedatangan lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun. Walaupun masa masih lama lagi, latihan jangan lupa, disiplin kena jaga. Jangan ada yang buat hal pulak pemain kebangsaan kita nih!
Kalau ikut ranking, malaysia vs lubnan , memihak kepada siapa?? ?
Kalau ikut kertas dalam ranking Fifa, Malaysia berkemungkinan takda masalah bertandang ke bumi Lubnan kerana Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan ke-21 Asia sementara Lubnan kini berada dalam ranking 169 dunia dan 32 di Asia.
Kata jurulatih :
“Kita tidak tahu corak permainan mereka dan akan menganalisa dahulu serta membuat perancangan latihan pusat. Selain itu kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan Skuad Olimpik Negara.
“Bagaimanapun ia masih dalam perancangan. Masih belum muktamad. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan anak buah dengan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lubnan,” Jurulatih Ong Kim Swee
Cadangan lain beliau adalah untuk membuat latihan pusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana cuaca yang terlalu panas di sana tidak sesuai untuk anak buahnya untuk berlatih. Semoga berjaya buat skuad kebangsaan, aku harapkan sangat, agar terus mara pemain kebangsaan.
Sumber bharian.
semoga mereka berjaya, aku harap ranking Malaysia bakal meningkat, memang perlu banyak latihan yg membawa kepada kemajuan corak permainan
aku setuju, kena banyak buat latihan nih…
Sakura juga mengharapkan kejayaan utk Malaysia especially 😀
harap boleh kekalkan momentum kemenangan kali ini
Jangan base pada ranking. Ranking tidak mengambarkan apa-apa. Semoga Harimau Malaya terus maju. 🙂
ranking cuma hanya kedudukan… ia bergantung kepada banyak faktor, semoga berjaya skuad harimau
malaysia boleh..mesti blh 🙂
insyallah…
harap2 keadaan keruh kat sebelah sana reda..kalau tak putus harapan zik nak tgk malaysia lawan lubnan
harapannya … keadaan reda…
kalau ikut ranking kita boleh menang tu
tapi semuanya boleh berlaku kerana bole itu bulat
harap2 la dapat lepas pusingan ni
harap2 sangat perlawanan ini nanti kita boleh makan team lubnan nih
semoga Malaysia dapat beraksi dengan sebaik mungkin nanti..
harapannya memang… macam tuh
Aku harapkan yg terbaik je utk malaysia…
Memang ranking jauh beza..Tapi kalau dah bermain dengan mereka2 yg jarang kita jumpa,itu yg bahaya…
sukar diramal kalau tak pernah jumpa…
semoga pasukan malaysia berjaya menewaskan lubnan. rasa cam bleh menang je nih
kalau 1st leg agak seri atau dapat makan 1-0 dekat sana nanti.. ada peluang untuk cover bila 2nd leg dekat malaysia nanti
skuad harimau mudah untuk kelayakan olimpik ni kelihatan lincah. cuma penyudah masih lemah. dalam liga tempatan, risau je aku tengok permainan diorang.lubnan pun pernah tewaskan qatar dan syria. kuat tuh!
semoga pasukan malaysia olimpik dan malaysia world cup dapat mempamerkan aksi terbaik!
harap ada live kat tv..jangan jadi cam aritu sudah..keciwa tunggu punya tunggu depan tv skali takdak