Tahniah diucapkan kepada pasukan the red warriors, Kelantan yang telah berjaya menjadi juara pada malam semalam.
Tidak mudah berputus asa.
Ketinggalan satu kosong pada separuh masa pertama. Tidak mematahkan semangat kelantan untuk bangkit pada separuh masa kedua. Kesilapan penjaga gol yang tersandung penyerang negeri sembilan, S. Kunanlan membawa padah, di dalam kotak penalti.
Negeri 9 dihadiahkan sepakan penalti. Sepakan pertama tidak dikira, kerana dikatakan penjaga gol tidak bersedia. Namun sepakan penalti kedua gol, kerana tertipu dengan trick sepakan yang pertama. Sepakan penalti disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah, sepakan leret ke kiri, pada minit ke-13.
Babak kedua, kelantan pamer aksi tersendiri.
Pasukan Kelantan bangkit dengan semangat juang yang tinggi, dengam membuat serangan demi serangan yang tidak putus asa. Hasilnya, gol yang pertama berjaya dihasilkan untuk menyamakan kedudukan. Gol pertama dijaringkan oleh , Hairudin Omar pada minit 56, tandukkan yang berbisa (kepala botak, ala-ala Zidane tuh!!) hasil dari hantaran lintang yang tepat sasaran oleh Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan di kepala untuk menanduk masuk ke gol lawan.
Dan gol kemenangan buat kelantan, Badri Radzi pada minit 65, dari passing through pass yang tepat pada masanya untuk mengelakkan dari outside, hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad seterusnya menewaskan penjaga gol negeri sembilan dengan rembatan yang sangat kencang.
Perlawanan kekal 2-1 hingga masa tamat. Kemenangan ini turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia pada tahun lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun. Jumlah penonton kelantan yang hadir dijangkakan lebih 50,000 ribu orang.
Cuti umum hari ahad buat negeri kelantan!
Timbalan menteri kelantan Datuk Ahmad Yakob di Stadium Nasional Bukit Jalil, mengumumkan hari ahad cuti umum, buat negeri kelantan. Itu satu keputusan yang sangat menggembirakan buat rakyat kelantan.
Video highlights perlawanan kelantan vs negeri Sembilan.
Sekian terima kasih.
Berdasarkan poll dari entri yang lepas, 85 respondent telah memberikan respon berikut:
Ternyata ramalan pembaca blog ini memihak kepada pasukan kelantan. Tetapi ia hanyalah pandangan peribadi sahaja. Banyak faktor yang pempengaruhi kemenangan malam semalam, taktik, penyokong dan juga doa.
Majulah sukan untuk negara
tahniah kelantan…bila lah nak tengok negeri aku masuk final eh…huhu…
johor pun kecundang… sedih aku..huhu
haha..takpe2 nanti tunggu ko jadi pengurus pasukan la eh
salam..
tahniah buat peminat bolasepak
dan warga kelantan semua..
kemenangan yang julung kalinya
ini memang patut di rayakan..
ya betul harus diraikan , buat pertama kalinya…
Memang sonok dan enjoy betul la tengok game semalam….. cume ramai sgt player yang asyik injured jeee
entahla… kenapa injured jer dua2 player….
tahniah pasukan dan penyokong Kelantan
tahniah juga diucapkan oleh zikrihusaini.com…hehe
Usaha kelantan akhirnya membuahkan hasil..tahniah kepada pasukan dan penyokongnya yang setia…cutiiiii…. 😀
yeah cuti2 malaysia…
Tahniah buat pasukan kelantan
seronok deme….
tengah sakit tekak lagi ni zik hehehe
dah elok sekarang nie??
kapten kelantan indraputra mahyudin..apa2pun tahniah ore klate,pata timor meme ganah….
ok2 thank u… dah edit…
awk edit pon salah lagi adoyai…
kapten memang la indraputramahyudin…
yang menjaringkan gol kemenangan ialah
hairudin omar (hai-o)
seronok menang dan seronok dapat cuti
rezeki2…
Ari ni perarakan Piala Malaysia
gomo kelate gomo!! takbir!
gomo kelate sokmo..
mohon share..
boleh jer…
Tahniah untuk pasukan Kelantan & tahniah juga untuk N9.
Semoga pembangunan bola sepak negara akan terus berkembang. 😎
Sokong Malaysia. :happy:
ya betul tuh…
Akhirnya, Kelantan JUARA PIALA MALAYSIA 2010 !!!
GO MORE KELATE GO MORE !!!
yah ore kelate nieh… hehe..
Tanniah kepada pasukan Kelantan kerana buat pertama kali memenangi piala Malaysia
sejarah tercipta… akhirnya…
Meriah sambutan menerima kehadiran Piala Malaysia dan pasukan Kelantan hari ni
tahniah untuk pasukan kelantan kerana berjaya menjuarai piala malaysia 2010. seronoklah rakyat kelantan dapat cuti peristiwa.
tak sia2 penyokong datang dari jauh… sekurang-kurangnya …. dapat rehat… sikit…
tahniah buat pasukan kelantan.. pasukan lain, cuba lagi musim depan..
cuba jangan tak cuba… johor fc..harus ke final tahun depan!!
tahniah buat pasukan kelantan, hadiah yang cukup bermakna buat penyokong kelantan…yeahh
yeha… bro mijie orang kelantan tuh…eh yeker??
ye zik, saya orang kelantan, hihi
ah betullah tuh… takut tersilap…
sampai sekarang aku masih lagi tersenyum kepuasan 😀
wah … masih celebrate lagi ke bro???
peminat kelantan konpem bersuka ria. Apapun perlawanan malam tu mmg menghiburkan. jaringan gol pun cantik2 gak
em, gol pertama Kelantan dijaringkan Hairudin Omar, bukan Indra Putra, 🙂
apa2 pun, congrats to Kelantan!
tambahan juga, kemarau yang melanda Kelantan bukan 55 tahun, tetapi 89 tahun, sejak tertubuhnya Liga Malaya.