Kelantan meneruskan penguasaan dalam meneruskan misi mengekalkan piala malaysia 2013.
Keputusan separuh akhir 1
Kelantan (2) vs (1) Atm
Ulasan perlawanan.
Pada permulaan sepak bola, atm dilihat garang membuat banyak siri percubaan yang merbahaya. Passing yang kemas, tetapi disebabkan padang yang lecak disebelah kanan merencatkan proses mencari peluang gol.
Kelantan didepan.
Dikala atm yang mencari gol pertama, pertahanan dilihat longgar apabila kelantan membuat counter attack. Ini terbukti apabila dalam minit ke 19 norfarhan merembat bola, apabila keeper dah tahan, piya badri menyudahkannya dengan bijak.
Atm menyamakan kedudukan.
Atm juga tidak mengaku kalah dalam mencari gol penyamaan. Pada selang 5 minit, cristie pemain atm menyamakan kedudukan 1-1 sepakan leret yang kencang sebelah kiri. Menewaskan penjaga gol malaysia no 1.
Memang kencang beb. Selepas itu tiada gol berjaya dihasilkan sehingga separuh masa tamat.
Separuh masa kedua, kelantan mula mendominasi.
Pada mula separuh masa kedua, atm ada banyak siri percubaan, termasuklah hai o yang terlepas peluang terhidang. Minit ke 50-60 perlawanan dah start slow, macam takda percubaan merbahaya.
Kelantan didepan.
Minit ke 79, kelantan membawa bekalan selesa 1 gol lagi sebagai 2 gol pelawat. Norfarhan bijak mencuri bola hasil dari pertahanan yang gagal membuat clearance yang kemas, menyudahkannya dengan cantik sekali.
Sehingga minit ke 90 tiada gol berjaya dihasilkan lagi. Beberapa percubaan kelantan mula banyak. Dicksen yang banyak dapat bola dia nak gentle sendiri menjadi tumpuan. Berapa ramai dia lepas gelicik bola. Kemahiran individu dia meman bagus, cuma kena ingat main as a team bro.
Dengan ini tinggal satu perlawanan lagi dalam timbal balik di kelantan. Pasukan ini membawa bekalan selesa tambah lagi 2 gol pelawat.
Tahniah kelantan.
Tetapi perlu ingat, bola itu bolat bro. Macam-macam boleh berlaku.
Sekian dari meja sukan zikrihusaini.com
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
tahniah kelantan memang hebat malam nie hehe
hebat dan pertahanan yang kental..
kelantan ada kelebihan. tapi apa-apa boleh berlaku kat kota bahru..
mungkin ada kejutan kot?? kwang2..
den tak tengok game ni smlm. tapi sempat la tengok gol ke 2 kelantan.. tenang je si penjaring gol tu shoot
norfarhan memang rileks jer orang nya. itu memang makanan dia … dalam position macam tuh
hebat! harap lebih ramai lagi pemain macam ni 😀
tahniah untuk pasukan Kelantan..
kelantan dah selesa sekarang nih