Aduhai cerita kelakar lagi lah kau nie. Tapi yang penting ada moralnya. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Dialog diantara satu keluarga, diantara anak,dan abahnya.
“Lepas habis basuh pinggan nanti, jangan lupa ikut Abah pergi masjid kita sembahyang subuh ya! Abah kan bilal, so kena datang awal sikit nak prepare mic dan zikir-zikir apa yang patut,” kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk tanda setuju jer. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan nak sambung tidur!!
Hush, nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Sejuk betul pagi tuh, menyesal aku tak pakai baju tebal sedikit.
Ganjil!! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Dia buat dek jer.
Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud!!?? fikir aku.
“Kenapa dengan kau nih?” tanya Abah kehairanan.
“Laillatulqadar bah, tengok tuh!,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau dah tak ke masjid nie?”
Tak pasal-pasal aku kena marah. Betul-betul rosak pengalaman suci aku ini.
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh!!,” sambung Abah memaki lagi.
Bah, sabarla bulan puasa tak boleh marah-marah, nanti markah pahala kurang bah!. Sampuk aku nak mengover malu yang amat.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.(haha)
Terima sahajalah. Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. Ah, alasan aku sahaja.
Morale: Rajin-rajinlah kita ke mesjid/surau yer. Adakah kita sudah bersedia menghadapi malam laillaturqadar?? Peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya. Sob2x.
Sumber ohhumor.com dan gambar dari alditta
He2 rase macam baru berpuasa ,da dekat lalilatulqadar da ….hmm rajinbya bro zik gi solat subuh di masjid
Hahaha.. lawak betul la..
Cerita kubah sujud mengingatkan saya pada video kubah terbang dari negara jiran.
Yang lebih penting,kita fahami mukjizat paling besar Al-Quran.
saya ada tgk jugak video tu. wallahualam betul atau tidak kesahihannya.
Teruk benar macam dah lama tidak ke majid. Agak-agak pergi solat Jumaat tak? π
Dia sembahyang jumaat tempat lain.. kan dah tak duk kampung….! (Tlg jawab untuk Zik)
ini betul hari raya je baru balik hihihihi..:)
hahaha kelakar
mcm2 hal bulan puasa
nak kata bersedia mlm lailatul qadar tak berani nak kata..tp mmg malam yg ditunggu 10 mlm terakhir
Memang lawak nih. kesian tak pasal2 malu besar dekat abah sendiri. semoga kita dapat berjumpa dengan lailatul qadar.
tuh la akibat bila tak rajin ke surau/masjid. kan dah kena kui3 π
ayah say bilal jugak..tapi kejadian begini jarang berlaku..
Assalam..
He..he..lawak jgk cerita ni.
Kena da sekali ngan abah
Hehehe nasib baik abah tu marah je.. Kalau dia buat Stone Cold Stunner sedas konferm ICU sekali. Hehehe..
P/s: Maaf lama tak melawat sini. Sangat sibuk baru-baru ni.. π
haha, best2..abah dia ni kuat emo sangat ni.
hehe peringatan yg bagus.jgn hanya ramadhan kita imarahkan masjid…habis ramadhan kembali pada yg asal
tak pasal2 kena maki sedas oleh si abah hehe
aku tak boleh nak cakap apa cuma mampu gelak je hahahahah
dah separuh ramadhan kita ni
memang tak terasa
sempena menjelang mlm lailatul.
sama2 kita mendapat keberkatan mlm tersebut
Kahkahkah…nasib baik nampak kubah masjid kat atas tanah…kalau dia nampak tangga masjid atas kubah…lagi haru…!!
Kesian anak tu…
Iye2 ingat dia dah dpt mlm lailatur Qadar yek π
oh dah panjang juga ramadhan kita…
lawak-lawak. huhuhuhu
adeh, adeh..dapat sedas baik punyer dari abah tersayang..
direct kena kpala hotak.. haha
Wahh dah lama tak jejak sini.. Hehhe salam ramadhan bro π
amboi kalau cerita ni betul, memang terbaik punya bapak. kahkah
hahahahah! sapa makan cili dia yang terasa pedas