Satu penemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan.!
Pencarian imam muda kedua sekarang ini sedang giat dijalankan, diseluruh malaysia. Apa yang aku baca di akhbar utusan ada menyatakan bahawa juara imam muda musim kedua ini, dikatakan menjadi bakal mufti??
Selain mempunyai latar pendidikan dalam bidang agama Islam, setiap peserta turut bijak dan mampu menguasai bidang-bidang lain seperti ekonomi dan pentadbiran selain mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Astro Oasis selaku penerbit Imam Muda telah mencadangkan juara pertandingan program realiti televisyen (TV) itu dilantik menjadi mufti kerana kelayakan dan bakat yang mereka miliki sebagai pemimpin bagi mengisi jawatan itu pada masa depan.
“Kebanyakan peserta termasuklah juara musim pertama Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan mempunyai ijazah dalam ilmu agama Islam dari universiti tempatan. Ramai juga peserta lain yang merupakan graduan bidang agama dari universiti luar negara.
“Selepas bergelar juara, mereka tidak semestinya hanya menjadi pengacara rancangan TV atau imam di masjid sahaja. Sebaliknya, mereka juga layak menjadi mufti,” (Penerbit imam muda)
Bukan calang-calang orang yang datang ujibakat!
Apa yang aku difahamkan interview/ujibakat imam muda musim kedua kali ini, lebih 100 peserta dari pelbagai bidang profesional seperti jurutera, doktor dan peguam mencuba bakat dalam sesi itu yang sebelum ini diadakan di seluruh negara.
Dan juga dikatakan, calon-calon imam muda kali ini lebih matang, dan pihak juri sukar untuk membuat pilihan.
Mudir Imam Muda juga menyokong pendapat ini, yang juga pendakwah yang kita sedia maklum, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang menyifatkan juara Imam Muda patut dipertimbangkan mengisi jawatan mufti biarpun para peserta pertandingan itu berusia daripada 18 hingga 27 tahun.
“Sekarang ini pun kebanyakan yang dilantik sebagai mufti mempunyai ijazah dalam bidang agama Islam. Sedangkan juara Imam Muda bukan setakat itu sahaja, tetapi turut memiliki pengetahuan dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan politik.
“Para peserta Imam Muda didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan sehinggalah bagaimana untuk memandikan jenazah. Bukan setakat mufti, tetapi kalau boleh saya juga mahu mencadangkan agar taraf mufti itu sama tarafnya dengan jawatan menteri seperti di Mesir,” ujarnya.
Penyertaan dibuka untuk luar negara!
Untuk tahun ini, Imam muda kedua membuka penyertaannya kepada para peserta dari Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura. Ini membuktikan Imam muda merupakan satu anjakan paradigma program yang berbentuk kerohanian yang harus diberi perhatian dari masa ke semasa. Seterusnya menjadi ikon untuk generasi muda sekarang ini.
Pendapat penulis blog ini mengatakan, mungkin untuk yang juaranya adalah dalam lingkungan umurnya 21-27 dan keatas, aku rasa wajar lah. Mengikut kematangan pemikiran dan juga latar belakang yang baik serta penampilan yang sejuk mata memandang, sudah tentu menyokong dijadikan Mufti.
Golongan-golongan ini sepatutnya diangkat dan dimakmurkan(dipopularlan), bukan golongan-golongan artis (tidak semua) yang kadang-kadang tidak elok dijadikan ikon untuk generasi hari ini dan akan datang. Generasi yang muttaqin adalah generasi yang dicari-cari dan sukar untuk ditemui.
Imam muda prolog (preview) akan bermula 1 april 2011, (hampir sama tarikhnya dengan akademi fantasia, maharaja lawak 2 haribulan). Betulkan kalau salah. Insyallah kalau ada kesempatan, aku akan cuba membuat review ringkas, serba sedikit mengenai perjalanan imam muda musim kedua ini, seperti tahun lepas.
Psst.. Siapakah 10 calon-calon imam muda musim kedua?? Jeng-jeng…Nantilah tak suspen nak bagitahu awal-awal.
Akan datang, nama mudir, 4 orang mursyid dan juga 10 calon imam muda 2011 musim kedua.
Sumber utusan.com.my dan murai
Mrs.Ayie says
Semoga perjuangan meneruskan usaha menyerapkan kembali jiwa Islam dipermudahkan.
Zik says
insyallah…. harapnya
eastbullet says
rasanya macam terlalu muda dan mudah untuk mereka menjadi mufti.. nanti gelaran mufti itu akan dianggap remeh seperti gelaran idol.. harap mereka pertimbangkan perkara ini dari semua sudut.
muhammad fakhruddin says
Ada benarnya pandangan ini. Untuk mencapai taraf mufti bukanlah dalam beberapa bulan, minggu apatah lagi hari.
Namun jika ada yang berkelayakan apa salahnya. Imam Syafie sendiri diberi kebenaran untuk berfatwa ketika usianya baru belasan tahun.
Sangat setuju dengan cadangan Mudir Imam Muda untuk mengangkat taraf mufti sama seperti menteri. Cuma biarlah mencontohi keberanian dan ketegasan ulama seperti Sultanul Ulama’ Al-Izz Abdul Salam.
Ismail N says
Yup sebaiknya biarlah org lama pegang jwtn tu biarpun mereka layak dari segi akademik dan intelektual tetapi org2 lama biasanya byk pengalaman dan wiser.
Maybe boleh buat jawatan apprentice kepada Mufti dulu utk mereka. Top 3 ke jadi apprentice. Jadi pembantu Mufti utk beberapa tahu before assume the post. Amacam?
Zik says
kepada east bullet:- sebenarnya nak masuk imam muda ada banyak stage… dia punya interview lebih kurang nak jadi ustaz , tanya macam2 tentang agama… rasanya terlalu layak untuk digelar mufti sekiranya salah 10 orang ini menang, takda kena mengena dengan famous atau tidak, …. ini pendapat saya… cuma mungkin perlu banyak belajar lagi dalam ilmu2 yang lain…sebab dilihat terlalu segera…
Fitrihadi says
tak salah jadi mufti asalkan tahu semua hukum agama dan boleh keluarkan dalil-dalil dan nas bila diperlukan..
.
Zik says
ya betul2… pengalaman pun perlu ada juga…
decrewz says
Asalkan dah cukup syarat & dan bersedia dari segala segi dah boleh kot rasanya.. Mereka mungkin dah pertimbangkan perkara ni sehabisnya…
p/s : Apa syarat2nya? hu3
Zik says
mungkin perlu banyak pengalaman ….. ataupun sambung pengajian…. di mesir sana…
tengkorak emas says
pada pendapat aku, memang imam muda yg menang tu tau banyak perkara, jadi harapnya takla sekadar pengacara tv,
kalau seperti yang dikatakan jurutera, peguam datang ujibakat..memang bagus, walau apa bidang yg diceburi tetapi ilmu agama masih jadi satu keperluan,
tak salah kalau dilantik jadi mufti, asalkan memang yg dipilih calon yg tepat
Zik says
kalau boleh ilmunya serba serbi…. dan cukup masak dengan keadaan semasa… mungkin perlu ada sedikit beberapa kena tambah lagi ilmu2 yang lain….
madlut says
betul jugak tu….mereka nie lebih bagus diangkat jadi pemimpin ke, dari sekadar jadi pengacara tv, lebih baik libatkan mereka dalam sesuatu yang lebih bermakna dalam membina generasi masa depan
Zik says
betul tuh…aku lagi prefer terus ke jawatan dalam agama berbanding dengan menjadi pengacara…
akubiomed says
Saya mengharapkan Imam muda boleh pergi jauh dari sekadar pengacara sahaja
Zik says
harapannya mahu mereka ini memegang jawatan dalam bidang agama….
mekar says
Ramai peserta imam Muda 1 yg lalu sya lihat ada potensi utk jadi pemimpin islam dlm masyarakat kita. Mereka berilmu dan berani mghadapi cabaran2 yg penganjur berikan.
psst: kekadang org yg lebih berusia kurang respect pada org muda walaupun ilmu nya lebih. Macamana pula bakal2 mufti lain ( yg tak masuk program ni) tp mrka lebih berpengalaman ? Pada fikiran sya juga harus ada syarat2 tertentu lg utk dilantik mufti ni. jgn krn mereka popular di kaca tv. -ini pendapat saya.
Zik says
tak salah mereka popular di kaca tv… itu sahaja ruangan yang ada… kalau nak dibandingkan dengan artis2 x… lagipun kalau mereka popular di kaca tv… mereka adalah memberi pendedahan dalam ilmu kerohanian.. bukan dalam rancangan yang berbentuk duniawi…
yang tidak masuk program ini, tetapi ada pengalaman yang lebih tinggi… mereka ada sebab2 tersendiri dan juga itulah dia punya pilihan untuk menjadi seperti itu…. seperti saya juga.. bukan nak kata sombong dalam bidang agama ini, saya belajar ilmu agama pun banyak juga.. tetapi kita perlu buka minda kita.. setiap apa tindakan pasti ada kesannya baik buruk atau tidak… itu terpulang..
donny says
imam muda semakin meriah..
Zik says
syukurlah…
suri says
pernah tgok beberapa kli…rasanya program bgi mmg bgus di teruskan sampi bila2
Zik says
selagi ada penaja yang sudi untuk teruskan program seperti ini…
Mus says
jika dibuka untuk luar negara.. makin hebatlah cabarannya
Zik says
cabaran untuk musim kali ini lebih mencabar… dan juga kemasukan kali ini lebih ketat, sebab ramai yang bagus2x…
cikgu den says
bukan calang-calang orang datang interview. program penuh bermanfaat untuk tontonan semua.
Zik says
ada banyak level /tapisan nak masuk imam muda nih.. katanya dalam 3,4 peringkat… entahla…
tehr says
mengapa pulak mahu mengangkat mufti setaraf menteri?
saya berpendapat taraf mufti sejak dahulu, sekarang dan akan datang sentiasa lebih tinggi dari menteri
mufti memberi hukum mencakupi dunia dan akhirat
menteri hanya berpakat membina peraturan untuk kepentingan sesebuah negara
Ladfe Amir says
menteri kebiasaannya hanya arif bab2 keduniaan. mufti lbh kepada hal2 akhirat. namun mufti lbh dipandang mulia dari mana2 sudut sekali pun
Wan Perlis says
aku kurg setuju bakal jadi mufti
nnt mesti kena fire..mufti dari rancangan realiti tv
Zik says
apa salahnya… bukan nya dari program yang berbentuk duniawi pun…
RozaniGhani says
memang patut pun lepasan ijazah mencuba ujibakat. maklumlah dah makin ramai penganggur.
Zik says
meman ramai sekarang nie.. termasuklah aku.. walaupun dah dapat kerja.. tapi gaji rendah jer…
Ladfe Amir says
jika mereka ingin dilantik menjadi mufti..mungkin pihak astro perlu menaja dulu pengajian untuk mereka bertama menjadi mufti.
juga menjadi mufti perlu melalui syarat yg ketat dan mendapat persetujuan daripada pemimpin tertinggi negara.
Zik says
kena tengok juga pemenang tuh.. bagaimana orang nya… dan kalau memang betul2 layak… teruskan jer…
Khidhir says
kalau cakap mungkin boleh dipertimbangkan jadi mufti boleh terima la kot. Tapi kalau hadiah dapat jadi mufti, macam tak kene je..
Zik says
mungkin dia punya ayat kena betulkan sikitlah…
nasslimdiet2 says
ada kelas la program imam muda. cayalah
Zik says
harap akan datang mendapat liputan, penaja dan juga dikekalkan…
Rajdev says
Program mencari iman muda ini seharusnye diberi galakan kerana tak ramai kini yang arif bab agama walaupun seseorang itu berpangkat jeneral sekalipun
Zik says
sekurang-kurang yang menjadi penonton nie boleh tahu dan belajar apa2 ilmu yang belum kita pelajari atau sudah lupa….
khairolghani says
Bagus yg teramat sangat program ni..kalau tengok pada peserta musim pertama,semuanya hebat2 dan ada kelebihan masing2..harap2 musim ke-2 lebih baik..
Zik says
boleh tahan ..cuma imam muda abe syara’, iman muda syakir agak nervous sikit masa awal2..
bEe says
Sy sokong rancangan realiti Imam Muda! Dari kita tgk budak2 kita terkinja2 dlm rancangan realiti ntah apa2 mcm tak hengat dunia…. 🙂
Zik says
rancangan yang seharusnya diketengahkan dan dimasyurkan… dan satu2nya realiti program berbentuk kerohanian di dunia ini….
Freaks Tips says
salah satu rangcangan yang dapat menyejukan mata yang menonton.. moga ada lagi rangcangan seperti ini di lahirkan. agar islam itu tidak lagi di mulut.. tapi menjadi cara hidup (di amalkan).. InsyaAllah.. semua yang terbaik. ;D