Satu keputusan games yang mengejutkan dan mengecewakan peminat setia jdt nih. Puihh. Macam mana boleh kalah nih, apepun taktikal dan strategi taktikal azraii khor yang dicaturkan malam semalam menjadi, menewaskan jurulatih Cesar Fernando Giminez, dari sepanyol nih.
Keputusan penuh:
JDT [0] vs [1] T-Team
- Jaringan: minit ke 70 patrick wangai.
Kekalahan mengejut dan mengecewakan.
Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Terengganu T-Team dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam. Apa agaknya yang perlu diperbaiki untuk perlawanan kedua ini?? Shafiq rahim, tak berapa nak menjadi. Tapi bila tengok pablo aimar main, memang dia dah bagi yang terbaik. Mahali jasuli bekerja keras, namun kekebalan benteng t-team sukar diatasi.
Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, namun skuad Harimau Selatan itu tampak sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah yang mempamer semangat juang serta disiplin yang cukup tinggi. Seawal 15 minit pertama, jdt mula memberi tekanan kepada tuan rumah. Kemudian, t-team mula mendapat rentak permainan, cepat membuat counter attack dan pertahanan dibawah ramai. Susah nak lepas. Peluang ada tapi finishing yang dibuat luciano figueroa tak berapa menjadi lah. Bengang tol lah!!Separuh masa pertama lesu permainan takda jaringan dihasilkan.
Separuh masa pertama menyaksikan bola lebih banyak berlegar di tengah padang dengan penguasaan ditunjukkan pasukan pelawat apabila menghasilkan beberapa percubaan berbahaya ke gawang tuan rumah khususnya menerusi gandingan dua pemain import, Pablo Aimar dan Luciano Gabriel.
Namun, kekentalan benteng T-Team yang dikepalai kapten, Mohd. Faizal Muhammad menggagalkan hasrat pelawat untuk memburu gol.
Tuan rumah yang sesekali beroleh peluang keemasan juga berpeluang untuk menghasilkan gol namun turut gagal untuk memanfaatkan peluang yang terhidang itu dengan sebaiknya.
Separuh masa kedua. T-team leading lah pulak!!
Masuk babak kedua, aksi lebih agresif dipamerkan kedua-dua pasukan untuk mencari gol.
Pelawat terlebih dahulu mencemaskan kubu tuan rumah apabila percubaan Gabriel yang menerima umpanan Mohd. Amri Yahyah terkena tiang pada minit ke-61. Rugi leyh. Hampa betul aku tengok peluang keemasan yang sukar nak dapat nih.
Nazrin main agak kelam kabut, depan gol disia-siakan jer. Pablo aimar dah bagi cantik lorongan bola tuh. Ketika JDT ghairah mengatur serangan bertali arus, penyerang import dari Indonesia, Patrich Steve Wanggai berjaya mencuri tumpuan apabila menanduk gol tunggal kemenangan pada minit ke-70 untuk memastikan tiga mata penuh diraih T-Team di depan penyokong sendiri. Ketika itu sepakan sudut, bola agak tinggi, so keeper agak sukar untuk tampan bola itu.
Minit ke 80 lebih, baru nak masukkan matyo dan safee sali. Dan akhir harris Harun. Sudah agak terlambat, untuk kemasukkan ini. Nazrin yang tidak berfungsi sangat, kena tukar cepat-cepat. Selain matyo mungkin belum betul-betul fit lagi untuk game kedua ini.
Keserasian diantara pemain masih belum ditahap yang sepatutnya. Tapi pablo aimar dan luciano bagus, cuma finishing jerla failed. Kalau nak dianalis games malam tadi, t-team memang patut menang, sebab ada percubaan yang hampir go. Nasib baik, aidil bertindak cemerlang sebagai last man.
Kemenangan ini juga menebus kekecewaan anak-anak buah Azraai Khor Abdullah yang sebelum ini tumpas 2-0 kepada Selangor dalam aksi pembukaan Liga Super di Kelana Jaya, minggu lepas. Apepun tahniah buat t-team, kerana mengetahui banyak corak permainan jdt malam tadi. Azraii Khor yang banyak tahu pemain malaysia, strategi dan taktikal yang dibuat memang membanggakan.
Buat pasukan jdt, jangan lah simpan semua player-player tuh. Kena bagi peluang pemain lain yang top-top tuh. Kan dah dapat malu , haduww. Susah juga beli player mahal-mahal. Tapi tak dapat nak main sebab jurulatih yang tentukannya. Pening pun ada, coach pun nak decide sapa yang main, siapa yang tak fit tak boleh main. Kalau pemain injured sekurang-kurangnya ada pemain lain sebagai ganti. keeper dah ok, cuma penyerang belum cukup tajam lagi.
Razlan says
Perghh memang blog bola ne…kena promo jersi memang laku ne…
zik says
takda lubang baik nak dapatkan jersey murah bro.. itu yang susah tuh.. huhu ..kalau ada contact2 bro..hehe
suri says
wah t team 1 biar benar!
p/s: zik dah mula blogging balik?
Zik says
Belum full sangatla… Sikit2 lah