• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Membership Account
  • Log In
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Info tiket final piala fa kelantan vs lions xii 23.5.2015

Info tiket final piala fa kelantan vs lions xii 23.5.2015

Zik · May 20, 2015 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

image

Kepada mereka yang sudah mendapatkan tiket final piala fa 2015, kelantan vs Lions Xii sabtu ini bersamaan 23 may 2015. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan super epik dalam kejohanan piala fa edisi 2015.

So sedikit info tiket final piala fa 2015.

1. Sejumlah 78,452 tiket dijual dengan harga RM40 dewasa & RM5 kanak-kanak. Tak termasuk harga gst 6% tuh ya.

image

2. Pada mesyuarat Jawatankuasa Pengelola semalam, Kelantan dan LionsXII diberi peruntukan sama rata 30,000 tiket setiap pasukan manakala selebihnya akan dijual secara online di www.tickethotline.com.my.

3. Namun pihak LionsXII hanya mahu sejumlah 3,000 tiket (dewasa sahaja) untuk dijual pada Rabu ini (esok) di Stadium Jalan Besar, Singapura dari 12 tengahari hingga 9 malam.

4. Keadaan itu membolehkan FAM meluluskan penambahan peruntukan tiket kepada Kelantan dan sejumlah 40,000 tiket (termasuk 2,000 tiket kanak-kanak) akan dijual pada Rabu ini (esok) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bermula 9 pagi.

5. Selebihnya baki tiket termasuk 1,000 tiket kanak-kanak dijual secara online di www.tickethotline.com.my bermula 10 pagi tadi (Selasa). Setiap pembelian, maksimum 4 tiket sahaja.

6. Penebusan tiket online di Pintu Ungu, Stadium Nasional pada Khamis (10am-6pm), Jumaat (10am-6pm) & Sabtu (10am-7pm). Tiada jualan tiket biasa di Stadium Nasional, hanya penebusan tiket online.

7. Pintu masuk untuk penyokong LionsXII, hanya boleh masuk di Pintu Biru. Selebihnya pintu-pintu lain adalah untuk penyokong Kelantan. Jangan cari pasal woo, kang bergaduh pulak. Huhu. Pintu mula dibuka jam 4 petang, Sabtu ini.

8. Kenderaan berpelekat di parkir C dan parkir VVIP/VIP. Penyokong LionsXII di parkir E manakala selebihnya untuk penyokong Kelantan.

9. Pihak polis dan keselamatan akan membuat kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk dengan membuat pemeriksaan tubuh secara menyeluruh dan kawalan barang-barang terlarang. Harapnya pihak berkuasa lebih tegas dan pastikan betul-betul semua penyokong bebas dari bawak benda yang terlarang. Kita takut ada insiden yang tidak diingini berlaku.

10. Jawatankuasa Keselamatan FAM turut mengingatkan penyokong supaya tidak membawa sepanduk/banner berunsur politik dan provokasi. Jika ia dipamerkan, banner berkenaan akan dirampas pihak keselamatan.

11. Pihak FAM dengan kerjasama SWCorp akan mengadakan Kempen Zero Sampah – Kebersihan Stadium Tanggungjawab Bersama pada final, Sabtu ini. Ia permulaan kempen dan akan diteruskan di setiap negeri sepanjang penganjuran Liga Malaysia.

12. Perkhidmatan LRT serta bas perantara (Rapid KL) akan dilewatkan sehingga jam 3 pagi bagi memenuhi keperluan penyokong selepas tamat perlawanan.

Harapnya tiada lah sebarang insiden yang tidak diigini akan berlaku sepanjang perlawanan, sebelum, semasa dan selepas. Kalau ada harapnya cuma permusuhan selama 90 minit diatas padang sahaja. Kita harap semua penyokong lebih matang dan tahu apa kesannya bila dah berlakunya jadi macam ini. Aepun keputusan yang akan kita dapat selesai perlawanan, haruslah terima dengan hati terbuka.

image

Campur harga gst , rm 44.50. Erkk sabor jerla.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan beli tiket final piala fa kelantan vs lions xii 23/5/2015, beli tiket murah piala fa kelantan vs lions xii 2015, beli tiket online kelantan vs lions xii, info tiket final piala fa 2015, nal beli tiket online final piala fa 2015

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    May 21, 2015 at 9:30 am

    tiket gambar pertama tu ada jual lagi tak?

    Reply
  2. ZOOL says

    May 22, 2015 at 10:26 am

    pergi tengok ke bro?
    hebat tu.. den tgk kat tv je

    Reply
  3. muliani says

    May 26, 2015 at 7:51 pm

    buat sendiri pun bolehlaah.. hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Membership Account
  • Log In
%d bloggers like this: