Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Iman yang naik turun.

Iman yang naik turun.

Zik · Jun 17, 2011 · 12 Comments

Share this on WhatsApp

iman yang naik turun, graph, the statistic performance,

Iman yang naik turun.

Pengertian iman.

Pengertian iman dari bahasa Arab bermaksud percaya. Manakala menurut istilah, pengertian iman adalah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahwa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata.

Jadi, seseorang dapat dikatakan sebagai mukmin (orang yang beriman) sempurna apabila memenuhi ketiga unsur keimanan di atas. Apabila seseorang mengakui dalam hatinya tentang keberadaan Allah, tetapi tidak diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal perbuatan, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan sebagai mukmin yang sempurna. Sebab, ketiga-tiga unsur keimanan tersebut merupakan satu kesatuan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan.

Iman yang naik turun.

Ada banyak sebabnya, memang diri sendiri yang dapat merasakan iman kita dimana kekuatannya. Kuat atau lemahnya iman bukan ditentukan oleh kecerdasan akal tetapi ditentukan oleh bersihnya Hati. Berbanding ketika zaman sahabat Nabi, mereka siap bercerita diantara satu sama lain, iman tuan hamba macam mana hari ini?

Ciri-ciri hati yang mengalami iman lemah:

  • Tidak merasa nikmat dalam beribadah, rasa malas jer nak buat sembahyang sunat.
  • Sukar memaafkan kesalahan orang lain
  • Menderita jika orang lain berjaya dan suka lihat orang lain menderita
  • Mudah berkeluh kesah
  • Mudah putus asa
  • Lebih mengutamakan kerja-kerja duniawi dari urusan akhirat.

Renungan:

Perlu anda dan aku sendiri ingat keimanan merupakan nikmat tertinggi yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Keimanan ibarat engine badan dalam diri manusia. Ia berfungsi untuk mengendalikan perkataan, perbuatan, gerak langkah hingga getaran hati. Malah lintasan-lintasan dalam diri seseorang juga sangat bergantung pada kemantapan dan ketegaran imannya. Bila terjadi sedikit jurang dan pada iman maka akan menimbulkan kerosakan pada gerak langkah yang tercipta.

Keimanan yang berintikan lafaz La ilaha illallah, bukanlah kata-kata tanpa makna. Bukan pula janji kosong tanpa tindakan susulan. Kalimah ini merupakan pintu masuk ke dalam ‘bangunan’ Islam, yang membezakan muslim dengan ghairu nuslim (bukan Islam). Kalimah ini mampu mempengaruhi kehidupan insan yang menghayatinya. Seseorang yang memahami kalimah ini secara benar dan bermuamalah dengannya akan dapat menempuh hidup ini penuh dengan perhitungan dan pertimbangan.

Setiap gerak dan diamnya merupakan realisasi ikrar bagi kalimah yang telah diucapkannya. Inilah kalimah yang memberikan kekuatan, keteguhan, kesabaran, keberanian dan keyakinan yang dalam ketika meniti arus kehidupan yang semakin mencabar.

Sumber : Adiyasan, islamagamaku, brohamzah,

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan ciri-ciri orang yang lemah iman, iman lemah, iman yang harus naik, iman yang naik turun, kenapa ada naik turun iman, pengertian iman, punca iman sekarang ini semakin turun, punca kenapa iman lemah

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. tengkorak emas says

    June 17, 2011 at 7:53 am

    keluh kesah dan putus asa tu tanda tidak bersabar juga, walaupun bersabar pada mulanya tapi tidak mampu untuk terus bersabar,

    maka bersabarlah untuk terus bersabar

    Reply
  2. Sabahan Bloggers Club says

    June 17, 2011 at 9:11 am

    Salam Zik. terima kasih kerana berkongsi ilmu di hari Jumaat.
    Banyak lagi yang saya perlu belajar.

    Reply
  3. faiz says

    June 17, 2011 at 10:14 am

    kita manusia biasa ni mesti tak lari dari turun naik iman ni…sama2 kita menambah keimanan kita..

    Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    June 17, 2011 at 10:49 am

    sama-sama kita renungkan dan beramah… πŸ™‚

    Reply
  5. Jamal Rafaie says

    June 17, 2011 at 5:37 pm

    Zaman sekarang ni bukan iman naik turun, kadang2 keluar masuk.. Nauzubillah.. Oleh itu, kena usaha atas iman untuk recharge balik iman tu kan?

    Reply
  6. afzal laidin says

    June 18, 2011 at 6:24 am

    tazkirah yang sangat baik. sama-sama kita renungkan diri sendiri.

    Reply
  7. chii says

    June 18, 2011 at 12:07 pm

    hurm..thanks utk info yg menarik..chii sendiri angkat tgn siap2..ngaku..iman naik turun..kadang2 dlm tak sedar..

    Reply
  8. Miminn says

    June 18, 2011 at 12:51 pm

    nak copy boleh bro? boleh la.. boleh la… boleh la…

    Reply
    • Zik says

      June 18, 2011 at 3:35 pm

      boleh2x..mcm baru kenal jer…

      Reply
  9. Hisyam says

    June 20, 2011 at 3:09 pm

    sekarang ni banyak sangat yang boleh menggoyahkan iman, sampai terasa diri tergugat

    Reply
  10. muhammad fakhruddin says

    June 20, 2011 at 11:44 pm

    Iman itu perlu dicari dan diusahakan, salah satunya dengan tidak putus-putus memohon hidayah dan taufiq dari Allah.

    Reply
  11. bEe says

    June 21, 2011 at 6:33 pm

    Alamak… bila berbicara ttg iman ni …………..tet……………. hihihii (bEe hanyalah manusia biasa) πŸ˜‰

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.