Kepada para pengguna pengangkutan awam jalanraya, iaitu pengguna bas di ibu kota yang masih menggunakan perkhidmatan ini untuk pulang kekampung atau ke destinasi lain, diharap bersabar dan bawa bertenang.
Masihkan anda ingat mengenai progress hentian pudu raya yang dalam proses menaik taraf pada tahun lepas. Juga mengenai makluman alternatif selain pudu raya, iaitu Hentian Bukit Jalil yang dibuka buat sementara waktu iaitu mereka yang dari pudu raya atau dari ibu kota perlu menaiki kenderaan awam (teksi/bas shuttle) atau menggunakan LRT yang lebih mudah untuk mengelakkan dari kesesakkan yang melampau disana.
Bila confirm boleh buka?
Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan ke 16 April 2011 depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya. Kalau mengikut dari tarikh asalnya, hentian pudu raya ini sepatutnya dibuka semula pada 1 mac 2011, sepatutnya lah.
Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, seperti biasa ketika ini sehingga diberitahu kelak.
Masih tak lengkap lagi.
Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum testing (diuji) lagi,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. (Sumber metro)
Sehingga kini, proses menaik taraf Hentian Puduraya membabitkan tingkat bawah tanah (91.4 peratus), tingkat bawah (91.7 peratus), tingkat mezzanine (90 peratus), tingkat satu (94 peratus), tingkat dua (98 peratus) dan medan selera (95 peratus).
Secara keseluruhan status peratusan siap bagi hentian itu adalah 96 peratus dengan kos menaik taraf sebanyak RM52 juta. Dalam pada itu juga, UDA Holdings turut menambah sistem kamera litar tertutup (CCTV) menjadi 200 daripada 96 sebelum ini selain monitor tv untuk mengawal perjalanan bas.
Penambahan lain, yang boleh dilihat ialah:
Tempat menunggu yang lebih selesa.
- Surau yang lebih besar dan selesa
- Lif yang lebih efisien
- Tempat permainan kanak-kanak
- Sistem siar raya
- Tempat menunggu ber “air cond”
- Tandas yang lebih bersih (berbayar kot??)
Masalah ulat tiket!
Ulat tiket tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Darat dan perkara ini akan ditangani oleh SPAD JPJ, polis untuk menangani masalah ini.
Cakap dari orang atasan katanyalah, nak banteras ulat-ulat nie. Tapi setakat mana keberkesanannya aku kurang pasti. Aku mencadangkan E-ticket (kuota perlu diperbanyakkan) perlu ada setiap syarikat bas yang berdaftar, memudahkan para pengguna pengangkutan awam, yang tak perlu beratur panjang, dan membuang masa yang banyak. Syarikat bas yang menggunakan perkhidmatan e ticket masih boleh dibilang dengan jari. Antaranya ialah maraliner, transnasional dan konsertium.
Sumber gambar dari : skycrapercity.
Fitrihadi says
aku harap tempat ni tak jadi bangunan orang asing berkumpul dan melepak..huii tak selesa kalau ada speseis tu semua..
.
Umairah says
Setuju,siap jd melepak ramai-ramai pastu fewiiit kat “ore-ore”yang lalu lalang kat situ
faizal says
hahah…itu yg benci kat kl,,,time weekend, pasti penuh ngan warga asing, central market, pudu etc…government should do something to reduce the foreign workers in malaysia
jue says
yes..x saba nk tggu pudu ni cpt siap..hehehehe
Zik says
sabar2.. huhu
Mawardi says
Terima kasih infonya
Zik says
ya beres2….
slimdiet2 says
lawa betul designnya, patut la mahal kos pengubahsuaiannya.
teringat kenangan masa aku keje perlis. kat pudu ni la transit aku ulang alik kl kangar
agak-agak ada lagi tak peniaga kedai makan kat situ yang tarik-tarik orang?
Zik says
ada lagi tuh… entahla….
Mohamad Fairosza says
tapi pelik la dah banyak sgt stesen bus. yg terminal bersepadu selatan tu sume..jd bus ke selatan dah tak pegi puduraya lagi ke?
Zik says
yang itu aku kurang periksa.. sepatutnya kena consider juga…
Ismail N says
Amboi, nampak cantik skrg Puduraya.. waaa.. kawe dah lama tak naik bas kat KL. 😀 . So lokasinya tak tahu nak komen. Kalau kawe pi KL – selalunya guna keretapi dan LRT.
Zik says
naik lrt lebih mudah… kalau naik kereta.. jammed memanjang… minyak lagi.. huhu
Iklil says
Aku bru 1st time naik bas kt KL mggu lpas. Tp kat Bukit Jalil la… Sesak gila sebab tpkse beli tiket bwh kemah.. meruap2..huhu
Masalah lg 1. Punya lah rmai orang asing.. Dah rupe makhluk asing pn banyak.. sguh x selesa klau dorg ni ade… nk2 time dorg brkumpul. Rase x mcm duk Malaysia dh…
Zik says
macam dekat nigeria.. lah pulak.. takut juga aku…
suri says
dah turun sini bro tapi kt depan jer..masuk blum lagi heee..
Zik says
nanti tunggu siap yer..huhu
suffer8zine says
tak silap aku bro bagi pengangkutan bas keselatan akan guna terminal lain, x guna puduraya ni. lupa pula terminal yg baru siap tu apa nama
Zik says
bro boleh tak komen jangan letak link macam tuh.. kan dah ada com luv…
Sabahan Bloggers Club says
Waaaaaah. cantik owh. Dah lama tak pergi puduraya…. 😉
Zik says
lama juga tak pergi ..sebab tak siap lagi..hehe
madlut says
macam grand je..hehe, e-ticket..boleh ke selesaikan masalah ulat tiket? hoho..ntahla,haha
Zik says
itu salah satu cadangan bro… atasi masalah kesesakkan , kau sanggup ker beratur panjang2???
Dila.13 says
Lama dah tak naik bas sejak zaman sekolah dulu. tapi memang puduraya yang lama tu menakutkan juga terutama masa menunggu bas. waktu beli tiket paling rimas sebab ramai je kutu menghampiri. harap-harap improvement yang dibuat sekarang akan lebih menyenangkan rakyat, bukan ‘menyusahkan’.
Zik says
masih takut lagi di puduraya… sebab ramai yang serbu bila nak beli tiket.. kan dah susah tuh.. buat orang keliru jer
saiful says
mmg cantik Hentian Puduraya skrg berbanding dulu. Lebih selesa dan nampak lebih selamat. e-ticket mmg boleh mengurangkan masalah ulat2 haram ni tapi menghapuskannya secara total,mustahil.
Zik says
total memang sukar sekali.. huhu
Miss Tira says
Harap polis banyak berkawal disana lepas terminal ni siap. Lagi banyak polis rasa lebih selamat..
Zik says
kena ada yang berkawal lah… jangan duk mengganggur..
azizan4444 says
makin banyak la kemudahan yg di sediakan sekiranya ia d buka balik kan..harap tiada masalah yg berlaku lg..
Zik says
harapan besar nie…
Hadi Rofiee says
Salam Zik.
Aku sangat setuju dengan cadangan e-ticket itu. Banyak manfaat yang akan diperoleh oleh semua.
Berkenaan lokasi pula, ia kini sudah tidak lagi strategik kerana kesesakan di kawasan sekelilingnya. Mungkin boleh jadikannya stesen bas kedua / ketiga / lain2.
p.s: tak salah aku, di Bandar Tasik Selatan, ada stesen bas baru yang akan menjadi stesen bas utama. Benarkah? :face: :pinch:
Zik says
mungkin dijadikan tempat teksi ok juga..
Ezany-Kun says
dah lama tak naik bas untuk travel jauh2.. tapi area puduraya ni sesak la.. jalan salu jer jem.. bkn dulu kata nak pindah ker pastu puduraya buat tmpt utk teksi jer..
Zik says
tak tahu lah… cakap masih nak buat untuk bas…
chii says
lamanya x naik bus..rasanya last skali naik bus turun pudu…2 thn lepas kot..blk dr mn tah..pastu da tade lg da
Zik says
sekarang nie guna kenderaan sendiri.. serik nak naik bas… tunggu 2,3 jam… kesabaran melampaui batas..
chii says
agak la..public transport kt m;sia ni kn agak ‘terbaik’
Bro Ery says
Fuiyoooo.. Kawasan menunggu tu mcm duduk dalam hotel 5 bintang. Berkilat wooo~ Kagumnya rasa..
Zik says
boleh tahan gakla…. yang lain , aku kurang periksa…
MDHAFiZ.NET says
co-ba-aaannnn 🙂
Zik says
berapa banyak cobaan…
papabear says
tapi nanti akan sesak semula la daerah tu.. sekarang ni walaupun dah kurang bas masuk situ or lalu situ, masih jugak sesak kalau peak hours…
Zik says
betul tuh …. masih tak tahu apa jalan penyelesaian… kena pindah hentian nie sepatutnya… huhu , ganti hentian teksi/ pusat beli belah pun ok juga…
akubiomed says
Fasiliti Pudu Raya khabar sudah semakin baik dan mengharap juga layanan pengusaha bas pun kelas pertama.
Zik says
first class… mesti.. dan nak mintak harga tiket tuh kasih murah la… grrr..
hafizmd says
Memang cantiklah sangatlah puduraya baru ni…sempat juga tinjau2 tempat menunggu beberapa bulan yg lalu…mmg cantik…selesalah…tak macam tempat menunggu dulu2…
Harapnya, masalah ulat tiket dapat dibanteras hingga ke akarnya…
pssst…sekarang selalu ke hentian duta…senang juga, tapi parking motor kat situlah… 😀
Zik says
hentian duta ada juga lalu… tapi tak pernah guna perkhidmatan disana… lebih ke arah… utara/barat… malaysia..hehe
tehr says
cantik pulak nampak puduraya ni
aku dah lama benar tak singgah kat pudu
nak gi pudu pun dah ingat2 lupa
Zik says
boleh tahan…. takpe pemandu pelancong ada… hehe
Anip says
harap pembaikkan pulih puduraya nie bole memberi keselesaan kpd smua, strategik aku rasa hentian nie.
Zik says
masalahnya buat jammed… nak keluar masuk ke highway.. amik masa jugak tuh.. huhu
ProfHariz says
Wahh… Rasa tidak sabar nak guna hentian pudu.. Harap terbaiklah selepas dibuka ini~
Zik says
harap lagi mudah , selesa,… huhu
Ladfe Amir says
dah lama tak naik bas ekspress. selalunya akan naik bila kereta ditinggalkan di kampung dan wife terpaksa berada di kampung.
tapi bila puduraya dah makin cantik..harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik.
jangan harap cantik aje tapi service masih lagi kurang dititik beratkan
Zik says
service pun kena tiptop.. huhu
mancai says
wah tampak hebat….
zar says
betul ke yang dari selatan tak buh kat pudu lagi??
coz tau je skang yang nak g selatan pindah jalan duta
tapi ingatkan pudu siap nanti masuk blek pudu dari hentian duta tuh
tak best langsung hentian duta tu..
hai.. alamat lagi malas la aku nak balik kampung..
Zik says
masih lagi dalam perbincangan… buat masa ini yang nak ke selatan naik stesen bas sementara di bukit jalil….. hentian duta pun memang tak best pun… huhu
Ramadhan says
hello,
may i ask u something? if i’m going to Melaka, which bus station i have to go since Puduraya not ready yet? should i go to Bukit Jalil or somewhere else?
FYI : i’m going to choose Transnational Bus
thanks
Zik says
yes, u should go bukit jalil temporary bus station… to go malacca…
dwan says
Semua bas ke Selatan hanya akan beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)…Bas ke utara buat masa nih hanya beropersi di hentian Duta.. nikut sumber tertentu… Hentian Puduraya hanya akan melibatkan bas bandar dan bas express ke Utara sahaja… so slatan punya bas x akan masuk Bandaraya KL.. hanya di Bandar tasik selatan…