Salam semua, berikut adalah pengumuman hari raya Aidiladha.
Jadinya, bagaimana dengan persiapan hari raya aidiladha kali ini?
Hari raya aidiladha akan disambut pada 10 zulhijjah 1431 Hijrah, bersamaan 17 haribulan november 2010, hari rabu. Hari raya Aidiladha sebenarnya lebih bagus disambut meriah berbanding hari raya aidilfitri.
*Update.
Ada sedikit pembetulan dan juga menambah persoalan dari red boys.
Kenapa Aidiladha perlu lebih meriah berbanding Aidilfitri?
Secara fitrahnya, aidiladha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidilfitri. Ini adalah kerana Aidiladha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar), sementara Aidilfitri dipanggil al-Asghar (kecil). Walaupun demikian, masyarakat kita telah salah faham dalam menyambut kedua-dua perayaan terbesar di dalam Islam ini.
Aidilfitri disambut begitu meriah malah pembaziran berlaku di sana sini. Manakala aidiladha tidak begitu terasa melainkan terdapatnya iklan-iklan di televisyen, cuti umum di kalendar, ahli keluarga menunaikan haji ataupun lembu yang ditambat di hadapan rumah. Aku rasa inilah jawapan kepada kenapa timbulnya steroetaip yang ingin aku jelaskan seperti di atas tadi.
Sinar aidiladha perlu dikembalikan, begitu juga persepsi terhadap sambutan aidilfitri harus diperbetulkan. Ini adalah peranan kita sebagai “MUSLIM” yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan. Bertakbirlah sepuas-sepuasnya sepanjang aidiladha ini. Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah’. Ingatilah para Hujjaj yg menjalani pelbagai ujian sebagai tetamu Allah serta lihatlah darah yg mengalir dari lembu atau unta yg disembelih sebagai bukti ibadah korban yg dijalankan.
Apa yang penting ialah kesederhanaan dalam menyambut kemeriahan memanjat kesyukuran. Kemeriahan ini memang dirasai buat penduduk kelantan, Terenganu, dan juga pahang.
salam raya jugak.. haha awal pulak aku wish 🙂
btw bro, apa maksud Hari raya haji sebenarnya lebih bagus disambut meriah berbanding hari raya aidiladha tu?? musykil aku sikit.. hehe
haha.. awal lagik ler bro ucap..
aku pon musykil jugak.. ada penerangan?
Zik.
Ada typo error mungkin, “Hari raya haji sebenarnya lebih bagus disambut meriah berbanding hari raya aidiladha” Bukan aidilfitri ke?
betul tu-aidiladha=hari raya haji/korban
aidilfitri=hari raya puasa, sedikit kesilapan di situ
ha’ah.. aku pon baru je perasan..
ok minta maaf, tersilap taip lah pulak… dah betulkan…
haha, ala typo error sikit je tu, faham maksud zik. :p
masih lagi pemegang yang sama..
raya haji ni nak gi Kedah haha.. kat Jor tak rasa sangat. :cheerful:
aku stay kedah bro.. hehe.. bro balik kedah kt ner?
Kat Sik bro,..
Orang rumah orang Kota Aur..
Mesti bro tau area tue kan..
apa-apa pun selamat mengerjakan haji kepada jemaah haji seluruh dunia tahun ni, dan selamat menyambut hari raya haji kepada seluruh rakyat malaysia-sapa yang ada duit lebih tu boleh la kerjakan ibadah korban ye hehe
korban ikan keli… hehe
salam saudara, selamat menyambut hari raya haji 10 zulhijjah ini…
ok… minta maaf, silap taip.. tertinggal kosongnya pulak…
Nak bagi meriah: mungkin kerajaan perlu lebihkan cuti pada Raya Haji ini. :pouty:
bro, bile tgk gambar ne teringat dr rozmey nye pengumuman psl filem 2 alam. 2.. hehe.
erm.. xlame dh nk raye haji..jap jer kan?
haha.. dr rozmey erk.. betul tu.. sekejap je masa berlalu.. masih lagi rasa kehangatan aidilfitri..
Tiap-tiap tahun sambut Raya Haji, sepatutnya ingat rukun islam ke – 5 kan? Tapi ramai jugak yg tak pegi walaupun dah mampu.. 😀
mungkin masa kot??
sambutan Aidil Adha di Melaka tak meriah..tiada amalan kunjung mengunjung, tp still masak2 mcm raya puasa…untuk family terdekat sj…errr dis year turn beraya haji di Melaka…tak pernah rasa suasana hari raya di tempat tinggal skrg (kuantan)
kat melaka… memang agak kurang meriah..sama seperti di johor…
semoga esok dapat tahu pasal kelulusan nak bercuti balik raya, hehe
Ai bro tak dapat keputusan lagi ke bro… harap harap dapat la
selamat hari raya aidil adha bro zik 😀
selamat.. semoga semuanya selamat.. pergi dan balik…
gua raya kat kl jer~ cuti sehari…huhuhu
yerla tuh, nak balik sana ..jauh kot…
terengganu meriah gak Zik..tahun ni aku rancang nak buat aqiqah anak aku..
insyallah… azam dah ada…
salam..
ermmm…tertunggu-tunggu masa kecil dulu..
bila nak istihar tarikh sesuatu perayaan..bila dah
berumur ni..sama je rasanya,raya mau tak raya..
tapi yang menarik tahun ni umum tarikh 1 zulhijjah dahulu
baru umum hari raya..menarikk..
betul la bru baru aku perasan pasal tu ..
Kecil-kecil dulu semuanya indah.. Besar-besar nie? Urmmm
awainya pengungumannnnn
tak sama dengan hari raya… aidilfitri…
Dah ada pengumuman rupanya.. selamat menyambut hari raya Aidiladha..
selamat … semoga tahun ini lebih bermakna pergorbanan… kali ini…
InsyaAllah.. Hendaknya~
ai kejap je,
pejam celik pejam celik dah nak raya korban dah,
tak lama lagi tamat la tugas aku sebagai gembala lembu sementara 😀 :blush:
owh yeker…. pastu??
pastu dah tak payah lagi aku nak cari rumput bagi kat lembu tu hehehe
Hahaha bape ekor ko tumbang bro?
sambut raya dan terus je sambung dengan cuti sekolah
best2 🙂
yup.. best2.. lama sikit boleh raya.. boleh kunjung mengunjung..
yela redboys.. cuti sekolah panjang lagi… baru habis pmr… tunggu result lak k…hehe
raye taun ni kat mersing..jemput dtg:)
terima kasih jemput.. aku tak balik kg kot… huhu..
makan daging korban… rezeki…
dalam mood sambutan hari raya tidak lupa juga pada keluarga yang menghadapi masalah :cwy: h banjir…
InsyaAllah makin pulih rasanya… Lagipun hujan dah makin berkurangan kan?
nak balik perlis sambut raya haji kali nie. boleh jumpa anak bini. lagi satu, nak tolong kemas umah yg kena banjir aritu.
Raya cuti banyak la nie erk?
Tak sabar nak raya aidilAdha… Mengidam daging korban..