Bermula tengah malam ini (kejap lagi wei) dah naik dah pun , petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, aku baru balik kerja baru aku tahu di facebook dan dapatkan link di malaysia kini. Hampagas, member aku sumber terdekat (staf petronas) lupa nak beritahu. Huhu.
Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.90 seliter. <kekal>
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.50 seliter. Naik 20 sen < harga baru RM 2.70 >
Harga lama – Diesel – <Harga seliter rm1.80> Kekal
Harga lama- Minyak tanah – <Harga seliter rm2.50> Kekal
Harga minyak diesel, ron 95, dan minyak tanah, serta minyak masak seperti biasa.
Sekian dimaklumkan. (ayat sama beb dekat entri sebelum nie). Tukar harga jer.
Tahun nie bulan 4, dah kali ke 5.
Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya berada di awang-awangan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.
Jom kita tengok benchmark harga dari bulan satu sampai bulan april. Akan datang, aku tak tahu lah. Huhu.
Sumber malaysiakini.
nak tanye soalan takde kene mengena sangat ngan entry, tau tak kenapa dinamakan RON 97? kenapa 97? secara saintifik nya? kahkahkah
RON stand for (research octane number) Octane number ialah ketahan minyak tersebut sebelum ianya meletup…. 95 and 97?? ia berkenaan dengan kualiti minyak nie… RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.(dah takda rasanya sekarang nie, kurang periksa) ..
RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport. Jadinya ini tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk motor/kereta.
Kalau dilihat dari sudut pengunaan, RON 95 ini hanya tidak sesuai digunakan oleh kereta yang mempunyai Turbo atau Kuasa yang sangat tinggi. Bergantung jenis kereta lah.
Jika dilihat dari segi penjimatannya, RON 95 ini jauh lebih murah dari RON 97 yang digunakan sebelum ini. Macam ini lah kita buat perbandingan, berger mcd dengan berger tepi jalan…. macam tuhla kualiti dia… hehe.. sory panjang sikit… yang lain nanti reply komen2 rakan yang lain.. huhu harap ianya jelas..
Zik, penerangan yg bagus ni pasal RON97 & RON95. patutlah kereta-kereta besar je suka isi RON97. bukan sebab mereka mampu tapi takut kereta tak mampu tahan lama ye! kereta saya takpelah kot pakai RON95 buat masa ni. bila dah tukar kereta yg lebih kepoweran, mungkin perlu pakai RON97 pulak. yelah.. nak pakai FairLady lah katakan. hahahaha!
Ye lah Dilla kan bakal tak lama lagi bakal memiliki Proton Satria Neo. Lepas ini perlu isi RON97 pula 🙂
haha.. insyaAllah.. doa2kanlah ye impian jadi kenyataan. Tak mampu nak dapatkan Neo CPS, jadi, dapat yang 1.6 (MT) pun ok dah 😉
betul tu…nak yang kualiti beli la 97. kalau 95 kurang la sikit kualitinya.orang kata 97 ni walau mahal sikit tapi lebih penjimatan, bleh pi lebih jauh. tak tau la aku kebenarannya, aku tak reti bab-bab ni
Aha…adakah RON95 Petronas mempunyai kualiti yang berbeza berbanding jenama minyak lain?
Selalu dengar orang komplen hal minyak Petronas ni.
info baru ni.. 🙂
tepat lagi terang,
Thank bro
means 97 tu adalah percentage of octane dalam minyak lah kan? makin banyak peratusnya makin bagus, thats why makin mahal.
Garu-garu kepala. Naik lagi? OKay lepas ni nak gi mana-mana dengan basikal macam dalam gambar dah.
*Sanggup ke?
tak sanggup , kalau pergi mesjid… dekat2 rumah nieh bolehlah.. huhu
Minyak naik kena pakai minyak RON 95 je lah. Bro, betul ke orang cakap kat Malaysia ni banyak kes eksiden je keta mesti terbakar disebabkan guna minyak RON 95?
Wow ! … penemuan terbaru kajian ke ? ni kalau siar di muka depan metro harian mesti gempak punya … (meletup bagaikan bunga api … kekekeke)
Bukan penemuan terbaru, saya just terbaca je dalam blog-blog politik yang banyak membahaskan pasal kenaikan minyak ni.
Ada juga mendengar mengenai kes keret terbakar tapi tidak kesahihan berpunca dari RON95
kereta terbakar tu sebab tak reti nak service bila diperlukan.. minyak punya efek amatlah jauh sekali. biasanya engine overheated yang akan buat kereta terbakar..
Naik lagi.. Haaaish, bersiap sedialah untuk kenaikan harga barangan selepas ini.
tak mampu nak bendung… biarpun menteri dah bagi warn jangan naik harga… tetap jugak naik harga.. huhu
jangan stesen minyak asyik kehabisan Ron 95 sudah..setakat aku naik kancil je nak guna ron 97 payahla..
memang stesen minyak kat rumah aku dah abeh pun.. sakit hati je, padahal dua hari lepas baru je nampak lori tangki isi kat stesen tu. (stesen minyak sebelah rumah je) .. tiba-tiba hari ini nak isi minyak, RON 95 semua sold out..
Mengikut ramalan saya kenaikan RON 97 tidak dapat dibendung kerana matlamat nak turun kan harga dahulu kerana nak tunggu RON 95 berada dipasaran … bila RON 95 berada dipasaran bolehlah kerajaan naikkan harga RON 97 kerana suda ada minyak yang murah … Saya meramalkan (mengunakan teknik ramalan nujum pak belalang) harganya akan naik ke RM 2.70 dalam tahun ni juga. Bagi yang berada dan ada kereta2 mewah ia bukanlah satu isu besar, kerana mereka mampu. Bagi insan-insan yang naik motorsikal pergi kerja seperti saya, … tetap bersyukur kerana masih ada RON 95 tanpa plumbum untuk kegunaan saya mencari rezeki … harap2 RON 95 kekal harga sekarang sehingga tahun 2015 …
Bagi yang berminat kereta berprestasi tinggi terpakai sudah tentu mengeluh antara minat dan poket
kalau mampu beli kereta berprestasi tinggi tapi tak mampu padankan dengan minyak berprestasi tinggi pun tak ada gunanya juga. beri kesan ke atas performance engine. itu apa yang ayah saya cakap la 😛
ehem…inilah salah satu drpd janji manis kerajaan..ho yeaahh 😀
yehaa… susah woo.. nak guna banyak duit untuk pilihanraya kat sarawak nie nanti… huhu
masih setia dgn RON95…rakyat takkan bising selagi harga RON95 masih dikekalkan…
Kereta Proton memang compatible dengan RON95 cuma kereta agak lembap sikit
aha.. kalau macam tu, kereta baru nanti saya letak RON95 pun tak apa ke AB? paling takut isu minyak RON95 mudah terbakar tu..
hehehe cuba ron95 naik mest kecoh.. tp peniaga2 diluar sana akan menggunakan alasan untuk menaikkan harga barang. semua makin naik, gaji tak naik2 moralny rakyak malaysia still sengkek…
kesengkekkan sedang berlaku..adoii….
nampaknya skang ni rakyat malaysia kene berjimat cermat la termasuklah aku
tak tahu macam mana nak berjimat lagi dah….
Agak-agak harga barang lain naik tak?kopakkkk kopak!!
Selepas memberi alasan Tsunami dan Radiasi punca kenaikan harga barang. Boleh guna alasan kenaikan harga minyak selepas ini
naik lagi..makin ramai akn mengeluh..kalo naik lagi pasni..ramai2 la guna public transport..
xpun angkat fixie satu 🙂
beli beskal lah lepas nih.. huhu.. tension dibuatnya.. huhu
HAHA tahniah. Nasib baik sekarang ni Zida tak payah fikir pasal ni lagi~ weeee haha 😉
erm… yela.. student… dan tak pakai kenderaan lagi kot?? huhu
perlu panjat pokok kelapa ni
ambil kelapa muda
hari ni panas la pulak
sekarang nie panas dia lain macam sikit… huhu
Apa lagilah ye tindakan yang boleh kita ambil?Sebab rasanya taktau dah nak jimat macam mana lagi.
dah habis berjimat dah nie… hadoi…
Mungkin lepas ni akan sampai ke tahap rakyat guna basikal kot untuk pergi bekerja.
sometime, when queuing at petrol station, i might terkena to use the ron97 pump, so have to pay more. need to think some strategies how to tackle this life expenses issue… any ideas?
My suggestion is, cut down a bit on other expenses. One thing that we normally forget to cut down is our expenses on food. Home cook meals are always cheaper than eating out, go shopping only when there’s mega sale, or buy grocery things in bulk will be cheaper and can last longer (example: shampoo, toothpaste, etc). just my two cents 🙂
kenaikkan harga minyak & barang telah lama menjadi “trend” pada masa kini. fuh~
trend yang semakin menjadi jadi sekarang nieh.. adoi
argg..PRU nanti mmg aku pangkah pembangkang….kerajaan duk abis duit rakyat utk kempen politik diorang jer…
diaorang hidup mewah2.. semua benda nak sponsor… tajaan sana sini.. rakyat apa dapat?
huh..naik lagi. nasib baik aku naik bas je.
untung nasib badan..
ni hadiah untuk pengundi2 yang bakal mengundi nanti huhu
nak guna duitnya tuh… untuk orang disana nanti… pilihanraya disarawak..
semoga harga minyak jatuh kembali.
Amin.
=)
itu yang semua harapkan… moga2lah
aku tak bising sangat… minyak naik
aku guna RON95 jer
senang lah kalau macam tuh.. cuma tak tahu berapa lama ron 95 ini akan bertahan harganya…
aku pulak main isi minyak je xpikir ron mane nk amek.. tp biasenye aku gne ron95… sbb murah kann.. kalau ron97 mahal.. bkn berguna sangat pun kat motor kapcai aku nih 😛
aku memang guna ron 95… motor pun biasa2 jer pun… .
agak agak kalau aku pangkah pembangkan lepasni minyak tak naik ke…???
Ps : kena pikir dengan akal ni…..
tak pasti… susah nak decide dengan keputusan macam ini…
besar juga tu kenaikan.. kalau hari-hari guna banyak minyak memang terasa juga
memang.. saya guna hari2.. nak pergi kerja..
Memang dah agak dah akan naik punya….
confirm .. mesti naik punya… adoi…
aku dah agak dari 2 tahun lepas. Mesti naik punya..dan dijangka akan naik lagi..dalam tahun ni. Paling teruk pun, awal tahun depan. Paling sakit hati, akan naik lagi sekali dalam tahun ni..
tak boleh tahan dah nie…. tahun nie dah berapa kali… hancus betul..
kenapa bila perkara positif berlaku, kecoh diumumkan.. ulang-ulang banyak kali dalam tv.. tapi bila harga minyak naik, malaysiakini juga yang informkan… oh Malaysiaku..!
kan kan?? benda macam nie..senyap2 jer deme… huhu
dengar citer ron 95 akan naik ujung taun ni…. (kabar angin je entah betul ke tidak…)
namun tak mustahil…
boleh jadi tuh
naik harga pun, mesti kne isi minyak…
bukan nak komen just nk share..sy adalah pengguna ron97. bila harga minyak naik dan naik dan naik, sy cuba tukar kpd ron95. mmmmm, hampeh tul, kesian kete sy. skrg ni, walau naik harga tetap guna ron97 juga. pe nak buat..
nampak gaya trend naik harga ron97 ni akan berterusan. tp kan, ada harga siling ker utk ron97? bila tgk graf tu harga rm2.70 dicatat pd 2006…mmmm. utk smpai harga rm3.00…..tungguuuuuuu….
besar kemungkinan harga tuh akan naik rm 3.00.. addooooi… tak tahu nak cakap apa ntah nie.. huhu
aku gi mana2 byk pakai moto je.. harap2 ron95 still maintain harga