• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Hanya 2.5 % lepasan IPTS/A jadi usahawan, apa kes??

Hanya 2.5 % lepasan IPTS/A jadi usahawan, apa kes??

Zik · Nov 15, 2010 · 30 Comments

Share this on WhatsApp

mind of entrepreneur, minda usahawan, usahawan internet , usahawan dikalangan mahasiswa, mahasiswa yang berfikiran jauh, mahasiswa berniaga,

Salam sejahtera.

Masih lagi di mood ,exam.

Peratusan yang terlalu sedikit!!

Jumlah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menceburi bidang keusahawanan di negara ini masih rendah apabila hanya 2.5 peratus daripada golongan itu menjadi usahawan.

Perkara ini berbeza dengan situasi di negara barat yang maju, kerana antara 10 hingga 15 peratus graduannya memilih menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Walaupun mata pelajaran keusahawanan merupakan subjek wajib di IPT, namun negara kita sebenarnya masih lagi gagal untuk melahirkan ramai usahawan,” katanya oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah., setelah merasmikan  Minggu Keusahawanan Global dan Klinik Usahawan Global.

Jurang antara Malaysia dan negara maju dalam bidang itu sangat luas walaupun kemudahan serta program berkaitan keusahawanan yang disediakan adalah setaraf.

“Apabila saya siasat mengapa perkara ini berlaku, (saya dapati) ia berpunca kerana sektor keusahawanan di Malaysia masih belum menjadi satu gerakan dan hanya menjadi ranting kepada ekonomi,”

Cadangan untuk mengalakkan pelajar ipta/s menyertai bidang usahawan.

  • Modal(untuk memulakan perniagaan)
  • Latihan (selok belok dalam perniagaan)
  • Khidmat nasihat (pendedahan)
  • Testimonial usahawan yang berjaya
  • dan sebagainya…..

Saifuddin berkata, untuk menggalakkan golongan itu menyertai bidang keusahawanan, institusi kewangan berperanan membantu mereka memulakan perniagaan melalui kemudahan pinjaman.

Secara realitinya memang ramai termasuk lah aku bermindset mahu cari kerja yang tetap dan juga gaji yang tinggi selepas habis tamat pengajian. Mengapa ini terjadi?Mungkin adakah modal yang kurang mencukupi, ataupun pendedahan mengenai pentingnya membudayakan usahawan kepada pelajar IPT ini?

Selalunya modal menjadi alasan, aku akui, menggunakan duit sendiri dan menjalankan business secara kecil-kecilan dan juga sering mengalami kerugian, customer complaint,  kekangan masa,  tetapi hati ini tidak pernah terlintas untuk mengatakan aku sudah GAGAL!!

Janji aku.

Insyallah, aku terpaksa mencari kerja dahulu untuk menstabilkan keadaan semasa dan juga melengkapkan modal yang telah lama disimpan, tetapi masih tidak mencukupi dan juga ilmu masih tidak lengkap.

Buat masa ini, hanya menjalankan perniagaan secara underground, masih tidak mencukupi ilmu, selok belok, asam garam dalam perniagaan dan juga kecekapan dalam menguruskan wang untuk mengembangkan/ memantapkan business.

Walaubagaimanapun, satu produk baru bakal :w00t: :w00t: :w00t: dilancar pada awal januari 2011 yang bakal mengegarkan dunia internet malaysia dan seantero dunia!! Tunggue….(ayat macam power jer, padahal ……)

Pendapat anda? :whistle: :whistle:

Sumber disini

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi budaya keusahawanan harus dipupuk oleh mahasiswa, kenapa perlu mahasiswa jadi usahawan, mahasiswa suka kerja makan gaji, mahasiswa tidak membudayakan usahawan, mahasiswa tidak minat usahawan, peratus mahasiswa amal budaya keusahawanan

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anuarkarimz says

    November 15, 2010 at 12:22 am

    mungkin diorang nak cari pengalaman dulu sebelum jadi usahawan…

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 10:59 am

      pengalaman tuh penting…

      Reply
  2. aman says

    November 15, 2010 at 12:41 am

    kerana ibu bapa yang menekan anak untuk mencari kerja terlebih dahulu, dan juga kekangan kewangan.

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:04 am

      kewangan selalu menjadi masalah….

      Reply
    • Rahsia Buah Pinggang Sihat says

      November 27, 2010 at 7:55 pm

      Yang ni saya setuju.Walaupun ada sesetengah lepasan ipta/s yang berminat dalam bidang keusahawanan,kadang-kadang halangan dari pihak keluarga juga antara salah satu puncanya.

      Mungkin disebabkan mindset mereka lebih yakin dengan kerja makan gaji dan mereka juga memikirkan bahawa anak mereka juga dibesarkan dengan kerja makan gaji.

      Reply
  3. Ieda Al-Habsyi says

    November 15, 2010 at 12:41 am

    sikit tu..mungkin dok cari pengalaman lagi kot, produk pe tu zik? ko buat ke? ko jgn lupe buat produk kurus akak tu, eheheh πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:06 am

      hehe.. produk kurus… okeyh!!

      Reply
  4. shaharil says

    November 15, 2010 at 2:08 am

    Kestabilan kewangan amat penting sebelum membuka perniagaan. so ramai yang takut untuk menambah hutang lagi. Dah lah, keluar U jer kena bayar hutang pinjaman…

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:23 am

      persiapan awal itu penting…

      Reply
  5. Pejuang Kesenian Extreme says

    November 15, 2010 at 2:54 am

    Faktor modal dan kekangan ibubapa menjadi perkara utama..Lagipun kelihatannya kebanyakan usahawan yang lahir dimalaysia ini memulakan perniagaan atas usaha sendiri..Jarang dapat dorongan dari ibubpa..yang ada pun cuma sokongan..Jawapan paling popular setelah keluar dari U..ko keja dengan kerajaan,gaji beso..=.=”

    Reply
    • Hadi Rofiee says

      November 15, 2010 at 9:44 am

      Jawapan tu, kalau tak boleh jawab, memang malu. Realiti orang Melayu kita.

      Aku setuju, banyak yang bermula kerana minat. 😎

      Reply
  6. Hadi Rofiee says

    November 15, 2010 at 9:41 am

    Di akhir tahun pengajian, perkara yang menggusarkana adalah: nak buat apa selepas ni?

    Kadang2 terdetik untuk memulakan perniagaan & itulah impian diri ini. i’Allah, Aamin. πŸ™‚

    Namun betul kata Zik, masih banyak yang perlu dipelajari & itulah yang indahnya. 😎

    p.s Wah, ayat ‘killer’. Hehe. Produk apa tu? :whistle:

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:24 am

      produk kecantikan??? hehe..tungguew

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        November 18, 2010 at 10:13 pm

        Produk kecantikan?!. Menarik bunyinya. :silly:

        Reply
  7. nadia abdullah says

    November 15, 2010 at 11:38 am

    wpon kerajaan bg modal permulaan utk berniaga..tp kita juga mesti ada sedikit simpanan utk emergency sbb meniaga nh unpredictable..ada masa lebat..ada masa tengelam. heeeeeeee

    Reply
    • dnoBiz says

      November 16, 2010 at 12:29 am

      betul tu Nadia,
      Modal yang terbaik ialah modal yang terMINIMUM

      Reply
  8. suri says

    November 15, 2010 at 2:26 pm

    kena ada minat pasti blh menjadi usahawan :ninja: :face: yang berjaya…jika dok mikir angan2 mat jenin mmg takan sampailah huhu..

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:42 am

      berminat dan juga serius…

      Reply
  9. akubiomed says

    November 15, 2010 at 10:19 pm

    Pada pendapat saya apabila beberapa kali gagal dalam meniaga MLM dan kali terakhir cendawan. Ada beberapa perkara perlu ada untuk jadi usahawan networking, modal, berilmu, marketing dan komitmen. Antara perniagaan yang paling seronok adalah cendawan cuma kami tidak dapat beri komitment untuk buat fulltime dan kekurang modal untuk expand tapi it give me good lesson πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 11:45 am

      cendawan… ok gak tuh….

      Reply
      • akubiomed says

        November 18, 2010 at 12:03 pm

        Kami tak buat media cendawan sendiri tapi membeli media cendawan dari pembekal. Boleh pulang mudal cuma initial starting kos tinggi sikit terutama modal buat rak. Cendawan kelebihan tidak menggunakan racun dan masalah serangan penyakit tapi boleh handle dengan menjaga kebersihan. Selain ada sewa premis saya ada buat dekat rumah menggunakan bilik kosong tak pakai sebagai experiment puas makan siap boleh jual pada jiran

        Reply
  10. dnoBiz says

    November 16, 2010 at 12:27 am

    aku sokong rancangan kau..
    pada aku ni adalah kesan berangkai daripada sikap pelajar kita yang belajar untuk peperiksaan dan bukan menuntut ilmu, sebab tu mereka gagal mengolah ilmu yang mereka belajar untuk digunakan dalam kehidupan harian mereka termasuklah sabagai sumber pendapatan mereka

    Ps : just My 2 cents

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 12:19 pm

      insyallah …aku kena cari modal secukupnya nih….

      Reply
  11. yoy says

    November 16, 2010 at 2:57 pm

    produk baru pe zik?kongsi r bro..hehe

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 12:22 pm

      tunggu…masih dalam perancangan jer tuh…hehe

      Reply
  12. Dila.13 says

    November 18, 2010 at 11:56 am

    Saya rasa students ni bila kita cakap pasal jadi usahawan, semua fikir kena ada produk fizikal, kena sewa tapak kedai, kena ada supplier atau storage space untuk simpan barang. sebenarnya keusahawanan tu lebih luas dan tak semestinya memerlukan produk fizikal semata2. tapi bila didedahkan dengan bisnes internet, semua jauhkan diri sebab bisnes internet bagi mereka tu semuanya MLM atau piramid. kena teroka dulu, belajar dengan pakar baru terbuka mata dan minda. betul tak zik? saya pun seorang usahawan internet yg berikan perkhidmatan freelance writing. tak perlu pun produk fizikal. yg penting ada laptop dan talian intenrnet! setuju tak, zik? πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 18, 2010 at 12:24 pm

      setuju…. produk tak semestinya benda yang fizikal… digital pun dikira produk…

      Reply
  13. Ayie says

    November 18, 2010 at 8:05 pm

    Untuk mencemburkan diri dalam sesuatu perniagaan itu, seharusnya kita memerlukan keyakinan yang tinggi dalam diri. Selain itu, modal diperlukan. Kerja dulu sebagai kuli. Kalau dah ada duit, buatlah perniagaan sendiri

    Reply
  14. loli says

    May 27, 2011 at 10:03 pm

    org kerja gune SPM je wehh..,,dah boleh berjaya,,..mne ade gune diploma dan ijazah.,,buang aje kat dlm tong sampah sijil2 tu semua..,,

    Reply
    • Zik says

      January 11, 2016 at 1:13 pm

      setuju bro

      Reply

Leave a Reply to yoy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
%d bloggers like this: