TAHNIAH!!
Salam semua. setelah baru selesai menjawab exam satu paper hari ini. Satu berita yang gembira buat calon UPSR, (ujian penilaian sekolah rendah).
Hampir 50 ribu dapat 5A!
Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.
“Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.
Penurunan dalam Grad C
Bagaimanapun, ada sedikit statistik dalam peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu. Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.
Ucapan dari Zikrihusaini.com kepada semua calon UPSR!!
Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR. Yang dapat 5A tuh, beringat jangan sombong ya!!, belum tentu lagi anda berjaya. Banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi. Aku dulu nak dapat A pun susah. Dan yang tak berjaya tuh, jangan sedih-sedih, banyak lagi peluang untuk kita buktikan kepada mak ayah kita, dan juga kepada masyarakat, kita ada nilainya dalam satu komuniti ini.
Berfikir panjang, jangan buat perkara-perkara yang bukan-bukan, kalau gagal! Bukan bererti kita gagal buat selama-lamanya. Ada hikmah yang Allah simpan untuk adik-adik semua renungkan ya. (tiba-tiba jer jadi bro nie).
Sumber utusan.com.my
Norizwan says
tahniah kepada calon UPSR yang memiliki 5A…:)
Mohd Hafiz says
wah… 1 peningkatan yg baik.. terus atas dasar apa pulak upsr ini utk dimansuhkan…
dnoBiz says
mungkin dengan tujuan membuang sikap belajar untuk peperiksaan..
nash says
setuju ngan kamu..yelah,cikgu2 mst strict dalam latih tubi sblm exam uspr supaya anak2 muridnya berjaya kan? hu3…tak bagus….mereka struggle time nak exam je~
RedBoys says
stuju dgn pendapat korang berdua.. tiada apa yg aku nak tambah.. pendapat yg bernas
dnoBiz says
Peningkatan yang boleh dibanggakan,
harap peningkatan ni bergerak seiringan dengan kualiti
RedBoys says
yes..
harus seiring.. dan seimbang..
intankuterpilih says
1 pencapaian yg baik..tahniah pada semua yg berjaya dpt 5A
Hadi Rofiee says
Jika gagal, bukan bermakna kita. Tetapi ia bermakna kita belum berjaya lagi. 😉
Semoga mereka semua dapat menggalas misi harapan agama, bangsa & negara.
Amirez says
pelajar2 UPSR sekarang ni makin pandai. tahniah semuanya. teringat zaman sekolah rendah dulu 🙂
rockinsudu says
wahh.. ramai gakk.. dak skang dah pandai2..kene bersaing la nk masuk asrama
RedBoys says
yup.. semakin susah le dorg nak masuk asrama penuh.. makin ramai yg pandai skrg..
Saya Laa Dia says
Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah. Semoga adik-adik yang mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR pada tahun ini, meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan besar seterusnya.
Mesti lega kan. ^^,
zezebel says
Rasanya UPSR sekarang ni sudah makin susah dari waktu saya ambil dulu ni.
Pelajaran budak-budak dulu dengan sekarang juga dah berbeza. Tahniah untuk mereka semua.
sumijelly says
Alhamdulilah..anak buah sumi berjaya mendapat 3A 2B….
http://sumijelly.com
Ismail N says
10%? huh not bad… sonang ke UPSR skrg ni?
drinspirasi says
50 ribu! banyak tu..adakah bimbang kalau angka berkurangan akan disalahkan ppsmi.. 😛
Anwar Osman says
Alhamdulillah. Tahniah kat pendidik di seluruh negara kerana berjaya mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Ini adalah kejayaan bersama murid2 guru2 dan juga ibu bapa. TAHNIAH
Kita tunggu SPM plak nanti apacer.
RedBoys says
bro betul tu.. ini berkat gigihnya pendidik yg tak pernah kenal erti putus asa dalam mengajar budak2 yg semakin mencabar..berterima kasih-lah kepada mereka..
syahrilhafiz says
terbaik…kita tengok exam lain pulak pasni
ada peningkatan bagus lah..
majulah pendidikan untuk rakyat =)
mankuchai says
hmm bagus jugak prestasi tahun ni.. budak2 sekarang ramai dah bijak2 :ninja:
padin says
wahhh bagusla, ada peningkatan.. harap2 diorang ni betul2 gunakan kebijaksanaan untuk kebaikan,hee
Fitrihadi.com says
woahhh makin hebat budak2 zaman sekarang ni..moga dapat memacu pembangunan negara… apapun penghargaan patut juga diberi kepada guru yang banyak mengajar murid2 sehingga berjaya
catzer says
tahniah buat pelajar thn 6 di seluruh malaysia yg berjaya hadir exam UPSR 🙂
ProfHariz says
Yang tak berjaya xpe.. Usaha lagi!
hanz says
zik dak2 sekarang semua cerdik2 susah kita nak jangka, x same seperti zaman kita dulu…hehehe
Ladfe Amir says
tahniah. makin bijak anak2 sekarang ini. harap bijak dari segi semua ruang. bknnya pintar tp masih bermasalah lbh2 lagi part sosial.
Nur Wahida Yusop says
Bagusnya website nih…. :heart: :cheerful: :angel:
Oh Pakar says
Now cam mudah sangat nak dapat 5A…
then makin parah orang bisin anak dapat 5A tetapi tiada tempat di sekolah berasrama penuh
RedBoys says
yep.. betul tu.. kalau setakat dpt 5A, org dh tak pandang sangat.. sebab mudah je..
yg tu pon saya setuju.. makin susah le nak masuk asrama penuh..
ProfHariz says
Sekarang makin pandai adik-adik kita 🙂
ProfHariz says
Yang tak berjaya xpe.. Usaha lagi! Kan?
RedBoys says
ha’ah.. betul gak tu..
slalunya semua menaik/meningkat.. jarang ada yg menurun..
meiyza rizal says
tahniah….. :silly: :cwy: 😎 :wub: :kissing: :happy: :biggrin:
anis ariffa says
kamu semua doakan saya supaya dapat 5A ye….saya akan menduduki upsr pada tahun ini….jantung saya makin berdegup kencang…..berilah aku 5A ya allah……….