Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Faris Ramli Akhirnya Bersuara Insiden Penalti TAK GOL, Dan Tindakan Asnawi yang menjengkelkan!

Faris Ramli Akhirnya Bersuara Insiden Penalti TAK GOL, Dan Tindakan Asnawi yang menjengkelkan!

Zik · Dec 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

faris ramli tak gol penalti

Pemain skuad kebangsaan pasukan Singapura, Faris Ramli, menjadi tumpuan ramai dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2020. Peluang itu muncul dalam minit-minit terakhir, minit ke 89, Singapura dihadiahkan sepakan penalti sebab dikasari dalam kotak penalti Indonesia. Ianya selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti serta ejekan (psikologi) daripada Asnawni Mangkualam yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepadanya. 

Ketika itu Faris Ramli sedang memegang kepalanya kehampaan dan tiba tiba Asnawi meluru kepadanya sambil mengejeknya.

Faris berpeluang meletakkan Singapura 3-2 di hadapan menuju ke wisel penamat. Namun gagal, dan akhirnya Indonesia menang dengan 4-2, mara secara agregat 5-3.

Faris Ramli akhirnya bersuara tentang apa yang berlaku ketika itu. Dia mengaku tidak tahu apa yang dikatakan oleh Asnawi pada ketika itu kerana kepalanya bercelaru.

“Ia adalah perasaan yang paling teruk pernah saya alami. Satu-satunya fikiran yang terlintas di fikiran saya ialah: ‘Bagaimana saya boleh gagal melakukannya?’”

Bercakap tentang reaksi Asnawi, Faris berkata: “Saya tidak menyedari kapten Indonesia bercakap dengan saya. Saya mendengar suaranya tetapi tidak dapat menangkap apa yang dia katakan. Saya berterima kasih kepada Shahdan [Sulaiman] dan beberapa pemain kami yang berdiri di sebelah saya,” tambahnya lagi.

faris ramli

Faris menjelaskan bahawa, dia bukanlah pemain yang memang dilantik untuk mengambil penalti. Kerana keputusan untuk mengambil penalti itu adalah naluri semata-mata.

Namun, keputusan tersebut diakuinya menghantuinya hingga ke hari ini.

“Saya tahu pasukan memerlukan seseorang. Ketika itu. naluri saya membuatkan saya tampil untuk mengambil bola dan melakukan penalti. Saya akan berbohong jika saya berkata saya tidak memikirkan saat itu. Ianya terus berulang di kepala saya,” katanya. berkata.

Walaupun ramai menganggap insiden itu kelakar dan satu jenaka, namun Shin Tae Yong jelas sekali tidak gembira dengan tindakan pemain bintangnya Asnawi Mangkualam yang menganjing lawannya ketika Faris Ramli kecewa selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti.

Menurut Shin Tae Yong, pemain tersebut tidak seharusnya meraikan kegagalan penalti lawan dengan cara tersebut. Ada banyak lagi cara lain untuk melakukannya. Tetapi bukannya pergi ke arah lawan sambil memegang mereka dan mengejek depan depan.

 

Shin berkata: “Saya tidak nampak ia berlaku di stadium. Namun, saya terkejut melihat tayangan semula. Saya marah kepada Asnawi selepas makan tengah hari dan berkata, ‘Jika perkara seperti berlaku lagi semasa saya menjadi jurulatih, jangan harap kamu boleh masuk pasukan kebangsaan Indonesia lagi,’” kata Shin Tae-yong menurut laporan daripada media Korea Selatan, The JoongAng.

Shin Tae Yong tidak menerima perkara seperti itu dalam pasukannya walaupu jurulatih lain mungkin akan tutup mata.

“Semua pemain di atas padang adalah rakan sekerja. Hatinya [Faris Ramli] pasti hancur kerana gagal melaksanakan penalti itu. Asnawi telah berjanji tidak akan melakukannya lagi,” kata Shin Tae-yong lagi.

Namun reaksi beliau pasti berbeza apabila melihat keputusan semalam final first leg Thailand dengan mudah menjinakkan pasukan Indonesia 4-0.

faris ramli memey

Share this on WhatsApp

Uncategorized Dan Tindakan Asnawi yang menjengkelkan!, Faris Ramli Akhirnya Bersuara Insiden Penalti TAK GOL, luahan faris ramli apabila sepakan penalti tak gol separuh akhir piala aff suzuki vs indonesia

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.