Berikut adalah review mengenai ejen ali the moive dari facebook yang mereka telah menonton ejen ali the movie.
Review Ejen Ali from a pediatrician’s point of view…
Bangga sangat dengan karya animasi tempatan kita! Siapa yang belum tonton tu jom kita serbu panggung. confirm tak menyesal!
Banyak pengajaran ??
1. Bila kaya… Kena ingat orang susah… Bila berlaku ketidak adilan, orang akan memberontak
2. Kita kena maju dan berinovasi… Jangan jadi pengguna sahaja… Contoh, develop Iris ke Iris Neo ? (hanya orang yang dah tengok aje akan faham)… Opppss sorry taknak jadi spoiler, hehe
3. Kasih sayang ibubapa SUPER PENTING…. ada impact pada psychology dan perkembangan kanak kanak
4. Ayah Ali banyak concentrate pada gajet dan kerjaya…. Cuba seimbangkan work life balance
5. Never give up… Over ride mode (yang nie kalau nak faham, kena gie tengok.. ??)
Overall… Movie nie terbaik… Animation quality superb… Kalau ikut hierarki…
1. Ejen Ali
2. Boboiboy Movie 2
3. Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Cumanya… As usual… Cerita mesti ada lawan lawan punya… Kalau laaa ada cerita yang takde lawan kan best… Cerita ejen tolong pesakit kat hospital ke, cerita ejen bagi makan ke gelandangan ke, cerita ejen tolong haiwan ke… Huhuhu
Macam Sudin dalam Seniman Bujang Lapok… Buat laa cerita kumbang ke… Ikan berlaga ke… Masak sayur asam tak letak belacan pun kena nak pancung ??
#ejenali
#boboiboy
#upinipin
Ejen sembang Ejen.
Tghari yang baik untuk sembang di mamak, bersama dengan seorang rakan seperjuangan ejen property, dalam banyak2 perkara yang disembang, tasss! Topik Ejen Ali the Movie pula masuk~
Orrait2 ini merupakan review comprehensif dari dua orang Ejen, sorang ada anak, sorg yg single~ haha.
Bende yang paling syok pasai Ejen Ali Movie ni ialah trailer memang langsung non-spoiler. Dalam erti kata lain, kalau anda masuk panggung dengan apa2 expectation dari trailer, abaikan, kerana tatkala masuk panggung, anda akan dibawa oleh arus cerita yang bertubi2.
Saya memang jenis tak boleh tengok trailer sebab somehow kita akan ada general expectation untuk movie tersebut. Malang sekali, trailer Ejen Ali ini saya dah tertengok ikutan hype rakan2. Dan, dengan itu, secara lumrah selepad tengok trailer, telah ada bisikan2 “macam ni eh movie tu”.
Ohhh~ Tetapi betapa salah nya saya bila sepanjang movie ni membawa ke satu rollercoaster ride yang menarik. Kami berdua setuju tentang ini.
Ia seiring dengan seruan team2 ejen ali yang telah berjuang membuat movie ini. Kepada siapa yang dah tengok, terima kasih untuk tidak spoilkan apa2 di ruang social media anda~ itulah antara keseronokan menonton filem yang terus memberi, memberi, dan memberi kepuasan kepada audience.
Point yang paling saya suka kongsikan dari rakan saya:
“Ini lah hasil bila orang yang ada jati diri kuat dan berkualiti.”
Dia sukakan element2 local yang ada, watak2 bertudung AND strong, dan betul2 menjadi cerita yang bagus untuk anak2nya. Suka dia melihat anaknya balik dengan bersemangat positif!
Saya setuju, tatkala saya terdengar nama salah seorang watak, saya terharu tak pasal2. Disebalik cerita yang sungguh moden dan futuristic, ciri localness tu memang kuat dan rasa sungguh dekat dihati.
Well… Kalau nak sembung lagi memang takkan habis2 saya taip… Terlalu panjang kene cop TL;DR.
All in all… Movie ini memang sebuah kepuasan untuk semua. Rakan2 didalam team Ejen Ali puas menyiapkan, dan penonton pasti takkan puas dengan 1 movie ja!
Kepada yang belum menonton, Bertindak Segera!
Trailer Ejen Ali the movie.
#EjenAliTheMovie
Kali pertama saya dengar tentang Ejen Ali ialah pada tahun 2015 lagi, sebelum ia disiarkan di kaca TV.
Saya mengetahui tentang projek animasi ini melalui Tuan Faiz Hanafiah, yang merupakan antara founder Wau Animation yang menerbitkan rancangan ini.
Ketika itu saya datang ke rumahnya untuk temujanji konsultansi kewangan.
Ketika dengar tajuk cerita “Ejen Ali”, saya langsung tak letak sebarang expectation. Tajuk macam Tongkat Ali pula. Hehe..
Waktu itu, sudah ada Upin Ipin dan Boboiboy yang mewarnai dunia animasi Malaysia.
Beberapa bulan selepas itu, siri TV Ejen Ali ke udara di TV3.
Kali pertama menonton bersama anak-anak, saya kata “Wowwww!”.
Sementelah, saya memang minat dengan cerita-cerita berbentuk thriller dan penyiasatan sebegini.
Kalau saya tak jadi ejen takaful, mungkin saya jadi secret ejen ?
Jalan ceritanya sangat menarik. Kisah seorang budak sekolah yang terjebak secara tak sengaja dalam satu organisasi rahsia milik kerajaan.
Latar cerita di sebuah bandar moden yang bernama Cyberaya dan organisasi tersebut dikenali M.A.T.A
Dari episod pertama MISI: IRIS saya mengikuti dengan penuh minat episod demi episod.
Dalam musim pertama lebih kepada pembinaan watak Ejen Ali dan latar belakang MATA. Bermula dengan insiden bagaimana Ali memperolehi Iris, kemudian diserap masuk ke dalam MATA dalam keadaan tidak bersedia sebagai ejen.
Iris merupakan sebuah gajet seumpama spek mata yang dipakai oleh Ali dan mampu meningkatkan keupayaannya sebagai ejen dalam menjalankan misi.
Ia mengubah 100% hidup Ali daripada seorang budak sekolah kepada seorang ejen rahsia, di bawah bimbingan Ejen Bakar yang juga merupakan bapa saudara kepada Ali. Ejen Bakar juga merupakan adik kepada arwah ibu Ali.
Identiti arwah ibu Ali dibongkar dalam Ejen Ali The Movie. Oppssss….
Banyak kejadian-kejadian menarik sepanjang misi yang mereka jalankan bersama seorang lagi ejen yang juga rakan sekelas Ali, iaitu Ejen Alicia.
Base mereka terletak di bawah sekolah dan kumpulan mereka turut disertai beberapa ejen dewasa lain dan diketuai oleh General Rama.
Villian utama dalam Ejen Ali ialah Uno yang sebenarnya salah seorang daripada bekas pengasas MATA yang disangka terbunuh dalam satu insiden.
Dari episod pertama, konco-konco Uno berusaha medapatkan Iris dari Ejen ALI, tetapi gagal.
Sejak dari awal musim, Ejen Ali memaparkan plot twist yang sangat memberi impak.
Plot twist identiti villian Uno yang sebenarnya berasal dari pengasas MATA, dan juga plot twist Ejen Jenny yang sebenarnya ialah konco Uno yang menyusup masuk ke dalam MATA sebagai double agent.
Penghujung musim pertama, Ejen Ali bertembung dengan Uno yang menyaksikan keupayaan Iris menguasai peralatan-peralatan lain di base MATA yang menjadi tempat pergelutan mereka. Keupayaan tersebut dikenali sebagai “ovveride mode” yang menjadi puncak kuasa Iris setakat ini.
Musim kedua, Ali dibawa ke Akademi MATA yang terletak di sebuah pulau rahsia dan berkenalan dengan ejen-ejen sebaya beliau dan dibimbing oleh beberapa ejen dewasa.
Di sana, beliau menerima saingan daripada Rudy yang sentiasa dilihat memperlekeh Ali di kalangan peserta Akademi MATA.
Jika dalam musim pertama, berlaku pembelotan oleh ejen Jenny yang sebenarnya konco Uno, dalam musim kedua juga berlaku perkara hampir sama apabila Ejen Rizwan belot kepada MATA apabila menyertai perjuangan Uno.
Mengekalkan stail plot twist seumpama musim pertama, Ejen Rizwan yang belot kepada MATA sebenarnya menyelinap ke dalam markaz Uno untuk menghaluskan tempat tersebut.
Namun tindakannya yang nampak melemahkan Uno sebenarnya dimanipulasi oleh Uno untuk menjadikan Ridhwan “kunci masuk” ke Akademi MATA tanpa disedari.
Ia diakhiri dengan kematian ketua teras dan salah seorang pengasas MATA, Ejen Zain dan kehilangan Ejen Rizwan.
Tamat throwback siri TV Ejen Ali musim 1 dan musim 2.0
Bagi yang mengikutinya, pastikan ikuti sambungannya dalam Ejen Ali The Movie.
Bagi yang belum menonton siri TV, digalakkan mengambil sedikit masa untuk menontonnya di YouTube supaya dapat mengikut filemnya dengan lebih lazat dan berkhasiat
Tapi kalau malas nak tengok, tetap akan faham filem Ejen Ali secara stand alone tanpa bergantung kepada siri TV.
Baca sinopsis yang saya ceritakan ini pun dah memadai. Hehe…
Menonton siri TV Ejen Ali tanpa menonton Ejen Ali The Movie adalah umpama buang air kecil tapi tak lawas.
Manakala menonton Ejen Ali The Movie tanpa menonton siri TV pula adalah umpama buang air besar tapi tak basuh. Maaf, Analogi agak keterlaluan. Kasi bakar sikit!
Ok, kita kembali kepada filem.
Tanggapan awal saya, Ejen Ali The Movie akan menjawab bagaimana hubungan antara Ali dan Rudy yang berkonflik sepanjang musim 2 tapi akhirnya bekerjasama dalam episod terakhir.
Atau mesti ada throwback kematian Ejen Zain (atau sebenarnya tak mati?), serta misteri kehilangan Ejen Rizwan selepas letupan besar di Akademi MATA.
Juga saya menunggu-nunggu serta kesudahan nasib Uno dan konco-konconya yang tewas dalam pertembungan sengit dalam 2 episod terakhir Ejen Ali musim kedua.
Tapi rupa-rupanya jangkaan saya meleset. Tambah misteri lagi ada.
Watak Ejen Zain dan Uno langsung tidak diperlihatkan.
Rudy, rakan-rakan Ali dan tenaga pengajar Akademi MATA hanya muncul di saat akhir. Manakala watak Ejen Rizwan hanya selingan di saat-saat akhir yang semakin menambah misteri.
Ejen Ali mengekalkan jalan cerita yang mendebarkan dengan plot-plot twist dari awal hingga ke akhir.
Kali ini Cyberaya dilihat dengan lebih luas dengan penampilan Dato’ Othman, Dato’ Bandar Cyberaya yang menubuhkan MATA serentak dengan penubuhan Cyberaya dengan objektif menjaga bandar itu.
Kekuatan Ejen Ali dari siri TV hingga ke movie ialah pada jalan cerita dan penerokaan watak.
Perkembangan watak-watak lain selain Ali, diceritakan sedikit demi sedikit dalam setiap episod hingga ke filem.
Dalam filem terjawab sejarah bagaimana Ejen Bakar menyertai MATA, siapa pencipta asal Iris, apa berlaku sebenarnya kepada Ali ketika override, latar belakang keluarga dan sisi comel Alicia, serta bagaimana Cyberaya ditadbir.
Juga babak yang paling tak dilupakan, walaupun hanya selingan, babak hero Tamil! Deyyyyy!!!
Kemuncaknya ialah penerokaan kuasa sebenar override mode pada Iris serta nasib Iris dan Ali di hujung filem.
Override mode kepada override mode! Hingga ketua-ketua teras yang tinggal dua itu pun telah dikuasai oleh villian tanpa disangka-sangka. Memang happening habis!
Elemen pembelotan yang wujud dalam musim pertama dan kedua, wujud juga dalam filem.
Kali ini, Ali sendiri yang belot tanpa disedari.
Ia telah diberi hint dalam trailer movie ini menerusi monolog dialog Ali;
“Sejak ada Iris Neo, saya rasa makin diketepikan. Lagipun, bila semua ejen dah pakai Iris, MATA perlukan saya lagi ke?”
Juga kata-kata bengis Ali kepada Alicia di dalam trailer,
“Aku dah tak nak jadi ejen!”
Jalan cerita kali ini memang mindblowing habis. Penonton akan sentiasa tertunggu-tunggu apa berlaku seterusnya. Transisi Ali yang mengasingkan diri daripada MATA juga sangat mengharukan. Penuh dengan plot twist yang tak disangka-sangka.
Juga elemen jenaka yang tidak kering gusi yang menjadi selingan sepanjang filem serta lagu-lagu yang melatarinya.
Dalam masa sama, elemen emosi yang kuat sehingga meruntun jiwa penonton apabila membawa sudut pandang hubungan anak dan ibu yang sudah tiada.
Watak dan karektor dalam Ejen Ali sangat banyak, tidak seperti dalam Upin Ipin dan Boboiboy.
Setiap watak, perkembangan plot dan konflik mereka boleh dijadikan cerita dalam setiap episod. Ia menjadikan saya tidak sabar-sabar untuk menunggu Ejen Ali musim ke-3 untuk menjawab persoalan misteri yang masih belum terjawab melalui filem.
Apa terjadi kepada 2 watak ejen baru yang berkonflik dengan Ali dalam movie?
Juga watak Ejen Rizwan yang muncul sekejap sahaja dalam movie, kembali bersama MATA atau u-turn?
Tidak lupa juga pertembungan epik MATA dan Uno, apa kesudahannya?
Adakah Rudy berubah sikap terhadap Ali selepas diselamatkan di hujung musim kedua?
Arghhhhhhh! Tak sabarnya tunggu!
Memang jalan cerita Ejen Ali bukan untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa!
Ejen Ali The Movie 11/10…!!!!!!
Padu gila… Action penuh gila, dari start filem minit pertama dah sajikan kita scene action ala starting filem Hollywood..! Siapa dah tengok Big Hero 6..? Yes fight scene dia best mcm big hero 6..
Plot twist pun ada.., ada scene yang buat aku bersorak macam tengok Avengers endgame..ada part sedih siapa hati tisu sure bergenang air mata.. Dalam panggung Aku tadi ada budak meraung scene sedih tu?? bukan menangis sedih tau ni meraung??. betul2 menghayati kau dik.
Anak aku si zafirah bergenang air mata.. Tapi ayat dia “papa tadi mata kak long berpeluh” ?
Siapa tak follow siri dia pun no hal akan enjoy jalan cerita… Siapa nak tengok tunggu sampai habis.. Ada 2 after credit..!!
Secara peribadi, aku rasa ni filem animasi paling terbaik diasia..!!!
Review orang lain.
Sebelum saya memulakan ulasan mengenai filem ini, izinkan saya bercerita secara ringkas mengenai plot filem tanpa memberikan sebarang spoiler besar. Ejen Ali the Movie ini boleh dikatakan ‘tie-in’ dengan siri animasinya, namun ia tidak memberi sebarang kesan yang besar sekiranya anda tidak pernah menyaksikan siri animasi. Ianya berkisarkan tentang Ali, kanak-kanak berusia 12 tahun yang direkrut agensi perisikan Mata untuk menjadi ejen memandangkan dia mampu untuk mengawal IRIS. Bagaimanapun, dia mula mempersoalkan ketuanya selepas tidak dipilih untuk untuk menggunakan IRIS Neo, sebaliknya gajet berteknologi tinggi itu diberikan kepada ejen lain.
Suatu hari, ketika memburu ketua sindiket yang dikehendaki oleh MATA, dia telah bertembung dengan sebuah kumpulan yang diketuai oleh seorang wanita misteri. Bermula dari situ, Ali mula mengentahui sejarah silamnya dan demi mencari kebenaran, dia telah melakukan tindakan yang mengugat kesetiaannya kepada MATA.
Ejen Ali the Movie boleh dikatakan sebuah filem animasi yang sesuai untuk semua peringkat umur, baik kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Kombinasi karakter utamanya dari kalangan kanak-kanak berserta plot penceritaan yang matang menjadikan filem animasi ini sangat unik. Penceritaannya tidaklah terlampau rumit, sesuai untuk pemahaman kanak-kanak, tetapi beberapa plot twist, penciptaan konflik serta pembinaan cerita yang teratur dan kemas membuatkan penonton dewasa seperti saya merasakan filem ini seolah-olah dibuat untuk golongan dewasa secara rahsia.
Cara filem ini ditamatkan juga nampak lebih matang, klimaksnya juga dibuat dengan penuh beremosi dan keterujaan, pendek kata dari mula penceritaan sehinggalah menginjak ke pertengahan dan menuju ke penghujung, anda akan menghargai idea kreatif pasukan produksi Ejen Ali the Movie.
Jika anda mengikuti siri animasi Ejen Ali, anda mungkin dapat gambaran mengenai aksi dalam filem ini. Pada saya, adegan-adegan aksinya sangat ‘intense’ dan dalam masa yang sama, ditempatkan pada waktu-waktu yang sesuai agar ia tidak menganggu tempo perjalanan cerita. Pihak produksi sangat bijak dalam menyusun babak-babak aksi. Mereka tidak melempiaskan semua semata-mata mahu memberi kepuasan kepada penonton, sebaliknya disusun secara berperingkat dan disimpan untuk babak akhir agar ia tidak menghilangkan rasa keterujaan penonton ketika menyaksikan pertarungan akhir.
Selain itu juga, runut bunyi yang rancak banyak membantu dalam meningkatkan adrenalin penonton ketika menyaksikan babak-babak aksi. Yang paling saya gemari adalah semasa adegan kejar mengejar diantara Ali dan wanita misteri, sangat menarik dan mendebarkan. Kemunculan karakter-karakter cameo semasa membantu Ejen Ali di pertarungan akhir turut membuatkan penonton bersorak keterujaan.
Animasinya sangat cantik, kemas dan kelihatan berteknologi tinggi, setaraf dengan kualiti animasi filem-filem dari Hollywood. Kudos kepada pasukan rekabentuk grafik Ejen Ali the Movie. Namun begitu, saya merasakan latarbelakang animasinya sedikit ‘kosong’ terutamanya ketika babak-babak di bandar Cyberaya dan markas MATA. Bagaimanapun, kekurangan dimata saya ini tidak memberi kesan besar pada kualiti animasinya.
Dari segi pembangunan karakter, Ejen Ali menampakkan kematangannya setiap kali dia berhadapan dengan konflik. Perubahan terbesar dalam pembinaan karakter Ejen Ali jelas kelihatan selepas dia mengentahui kebenaran tentang sejarah silamnya dan apabila dia mula menyedari tentang kesilapannya. Cuma sedikit kekecewaan melihat karakter Ejen Bakar dan Ejen Alicia kurang diberi fokus. Karakter wanita misteri iaitu Niki paling mencuri perhatian dan banyak membantu dalam mencipta kejutan pada plot filem.
Secara keseluruhannya, Ejen Ali the Movie mmmpu menjadi filem penutup kepada tahun yang gemilang buat animasi tanah air. Filem ini memiliki banyak kualiti dari pelbagai segi, cuma diharapkan ia dapat menyaingi beberapa filem hebat untuk berdiri sama tinggi dengan filem-filem animasi tempatan yang lain. Oh ya! sebelum saya akhiri, ingin saya beritahu bahawa Ejen Ali the Movie memiliki dua babak kredit yang bakal memberi kejutan kepada anda.
RATING KAKIMUVEE: 9/10
Video Review
Ejen Ali The Movie
Rating 10/10
5 stars
Tiada spoiler utk review ni. Jgn risau.
Cerita paling best sejak aku kenal panggung wayang. Walaupun kartun, tetap lebih hebat dari cerita lain. Sangat2 RECOMMENDED untuk tengok. Bawalah anak2 isteri atau kawan2 datang tengok. Pasti tak menyesal.
Jalan cerita hebat. Dari awal sampai habis hebat. Plot twist yg tak disangka. Adegan mirip tamil dan kungfu hustle pun ada. Ni aku suka ?. Diperkenalkan dgn watak Aliya – Nikki, kemudian Ejen2 baru, diakhiri dgn ejen2 akademi M.A.T.A dan diakhiri dgn Satria.
Animasi hebat. Kalau 4D lagi hebat kot.
Watak2 hebat. Watak2 lama dan baru semua terbaik. Grafik sgt2 hebat. Lagu2 sgt2 best.
Babak sedih kalah cerita benar. Bini aku menangis time ni. Kahkahkah. Aku? Hmmm x pon. Hampir2 keluar airmata jantan.
Anak2 cakap cerita ni lebih hebat dari kartun Animasi lain yg dah ditayangkan tahun ni (dalam negara atau luar). Korang search la cerita apa.
X pelik utk REPEAT tengok cerita ni. Bkn budak2, tapi aku sendiri. Bapak org. Hahaha. X pernah lagi nk repeat cerita di panggung, tapi utk Ejen Ali The Movie, aku rasa berbaloi. Bangga orang kita dapat hasilkan siri animasi terbaik macam ni.
Btw, LFS Cinema Terengganu, sila letak iklan kat luar kaunter tiket tu. Anak2 takde tempat bergambar. Frozen 2 ada, IpMan ada, Wira pun ada. Tapi Ejen Ali tak ada. Lagi 1, escalator tu asyik rosak je. Apa citerrrr
Sekian.
Leave a Reply