Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Di Sebalik Erti Protagonis dan Antagonis

Di Sebalik Erti Protagonis dan Antagonis

Zik · Feb 3, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

protaganis dan antagonis

Biasa kita dengar watak antagonis jer,tetapi hari ini kita nak kaji lebih mendalam apa term-term yang baru selain dari antagonis itu sendiri.

Dalam sebuah penceritaan, penulis akan menggunakan istilah penting untuk menggambarkan sesuatu watak yang bermain dalam penceritaan itu. Jarang sekali istilah seperti orang baik, penjahat, orang baru dan sebagainya digunakan untuk menggambarkan watak.

Kebiasaannya penulis akan guna istilah seperti Protagonis untuk watak baik dan Antagonis untuk watak jahat. Namun, apa maksud disebalik istilah itu? Bagaimana dengan Istilah lain?

  1. Protagonis

Protagonis berasal dari bahasa Yunani iaitu protos yang bermaksud pertama dan agoniste bermaksud pelakon. Maka, protagonis bermaksud pelakon yang pertama atau utama. Biasanya dalam persembahan teater, pelakon watak utama dikenali sebagai Protagonis.

Pada abad ke 17, istilah tersebut telah digunakan kepada watak utama sesuatu penceritaan yang bersifat baik apabila ia kekal merujuk kepada kedudukan pelakon itu. Apapun, makna asal tidak pernah berubah sejak dahulu dan ia penting untuk memberitahu pembaca siapakah protagonis.

  1. Antagonis

Setiap watak akan ada lawannya, begitulah lawan protagonis iaitu antagonis. Makna antagonis yang diketahui umum ialah watak jahat.

Antagonis berasal dari bahasa Yunani iaitu anti yang bermaksud lawan dan agonizesthai pula bermaksud berebutkan sesuatu. Maka secara harfiahnya bermaksud pesaing yang merebutkan sesuatu. Pada abad ke 15, istilah itu diguna pakai untuk menggambarkan watak jahat, ataupun mempunyai matlamat yang berbeza dengan protagonis, senang cakap niat yang buruk terhadap protagonis.

Namun, adakalanya antagonis adalah orang baik yang menentang orang jahat iaitu protagonis.

  1. Deuteragonis

Istilah itu lebih kurang sama dengan protagonis tapi berbeza dari segi susunan pelakon. Protagonis dikenali sebagai watak utama manakala deuteragonis dikenali sebagai watak kedua atau sampingan. Deuteragonis juga dianggap peneman kepada protagonis.

Pada tahun 1855, istilah itu merujuk kepada watak sidekick atau rakan baik kepada protagonis. Biasanya deuteragonis akan membantu protagonis jika terpaksa bersaing dengan antagonis.

  1. Tritagonis

Wujud pula watak peringkat ketiga iaitu tritagonis yang berperanan sebagai punca kepada masalah yang dihadapi protagonis untuk diselesaikan. Tritagonis mempunyai karisma yang kurang menyerlah kerana dapat membezakan kepada penonton siapa protagonis dan siapa watak sampingan.

Tugas utama tritagonis adalah menjelaskan pada penonton tindakan daripada protagonis, ini penting dalam kriteria sesuatu watak yang ditonjolkan.

Pada zaman sekarang, tritagonis bersifat peramah, kelakar dan tidak menunjukkan sifat jahat pada watak watak yang lain.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment antagonis, deuteragonis, Di Sebalik Erti Protagonis dan Antagonis, protagonis

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.