• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
You are here: Home / Kesihatan / Daun Stevia kawal gula dalam darah

Daun Stevia kawal gula dalam darah

August 9, 2010 by Zik 81 Comments

Share this on WhatsApp

hotTHE BERKAT DOT COMhot
https://i0.wp.com/www.uva.org.ar/img/stevia.jpg?resize=360%2C270

credit picture dari http://www.uva.org

Assalamualaikum. Sejak gula naik nie, sedang berusaha untuk mencari alternatif lain selain kurangkan penggunaan gula dalam makanan atau minuman.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan yang agak baru dinegara ini, namun sebenarnya ia telah digunakan disesetengah negara sebagai bahan pemanis. Daun stevia inin mula disedari oleh orang eropah pad kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.

Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daeipada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Ia lebih kurang termasuk dengan bunga matahari. Ia sebenarnya telah digunakan oleh negara India sebagai pemanis minuman herba pahit. Sekarang, ia telah digunakan di serata dunia untuk memaniskan makanan dan minuman sebagai makanan tambahan.

Nama sientifik bagi stevia.

Sweel honey leaf, ia berasal dari kawasan tropika dan sub tropika di negara amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ekstrak daun ini banyak ditemui dalam produk pengguna seluruh dunia, terutamanya di Jepun, China dan Amerika Selatan. Minuman, gula-gula dan gula getah menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis bahan utama.

Ciri-ciri daun ini.

Sejenis pokok renek berbatang lembut. Daunnya berbentuk bujur (sila refer gambar). Mengeluarkan bunga halus dan bergerutu berwarna putih. Bunganya akan menghasilkan biji benih apabila matang. Ia dikenali sebagai daun manis ataua daun madu kerana mengandungi bahan yang 300 kali ganda manis dari gula, walaupun masih ada rasa pahitnya. Selain itu, ia mengandungi dua komponen utama oemanis didalamnya iaitu Steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis ini akan berkurangan sekiranya tanaman itu dituai awal sebelum matang.

Manakala daun mentahnya, mengandungi lebih kurang 100 zat fito dan minyak meruap yang telah dikenal pasti. Termasuklah sejumlah bahan rutin (daripada belulang) dan B-Sitiosterol (daripada daun). Ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini termasuklah kromium, magnesium, mangan, kalium, selenium, zink dan vitamin B3(niasin).

Menurunkan berat badan.

Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan. Kebiasaanya, dos yang digunakan untuk tujuan pemanis mengunakansudu makan daun yang telah dihancurkan bagi mengantikan satu sudu makan gula biasa. Tidak seperti gula biasa, ia tidak menghasilkan manis dengan segera.

Dalam perubatan tradisional, daun ini dikatakan mampu untuk mengurangkan keinginan untuk memakan makanan manis dan berlemak. Meminum teh yang ditambah dengan daun stevia mampu mengurangkan keinginan untuk mengguna tembakau dan minuman beralkohol.

Terdapat juga kajian yang lain menunjukkan daun ini mampu menyekat ertubuhan dan penghasilan semula beberapa bakteria yang bertanggungjawab terhadap kerosakan gigi. Malah dikatakan, ekstrak daun ini digunakan dalam ubat kumur dan ubat gigi di negara China dan negara yang lain.

Namun begitu, anda perlulah mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan yang lain, jika anda ada masalah sakit-sakit yang lain. Kanak-kanak dan wanita hamil tidak digalakkan mengambil daun ini sebagai tujuan perubatan.

Potensi Daun Stevia di Malaysia.

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gula?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman"

Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, dinasihatkan  supaya melupakan saja hasrat itu.

Lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

Sumber disini.

More from my site

  • Tips mudah berhenti merokokTips mudah berhenti merokok
  • Menjadi lebih kreatif part2Menjadi lebih kreatif part2
  • Kulit telur pulih kehilangan tulangKulit telur pulih kehilangan tulang
  • Petua merahkan bibir yang hitam,Petua merahkan bibir yang hitam,
  • Nilai Kalori yang terbakar bila menaiki tanggaNilai Kalori yang terbakar bila menaiki tangga
  • Tips penjagaan gigiTips penjagaan gigi

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kesihatan Tagged With: alternatif gula, daun stevia, Daun Stevia kawal gula dalam darah, nama sientifik daun stevia

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. elmO blurb says

    August 9, 2010 at 2:44 am

    bagus gak ada pokok ni kat M'sia .
    🙂

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:09 am

      susah nak tanam... iklim dia tak berapa nak sesuai wahai cik elmo..uhuhu

      Reply
  2. Amir says

    August 9, 2010 at 3:06 am

    bagus jugak daun stevia ni. tp malangnya kalau tanam kt malaysia, x produktif sangat.

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:10 am

      erm betul tuh... susah kalau tanam kat m'sia nie.. rugi2

      Reply
  3. khairolghani says

    August 9, 2010 at 3:13 am

    serius tak pernah dengar nama daun ni..tapi banyak juga khasiat daun ni..kalau dikomersilkan,untung juga..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:12 am

      ya betul tuh... tapi susah nak tanam kat m'sia... sebab iklim dia ...

      Reply
  4. syahrilhafiz says

    August 9, 2010 at 3:14 am

    pokok ni rasanya kurang dpt sambutan lagi kat sini..
    erm satu alternatif yg baik utk semua...=)

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:13 am

      sedang masih dalam peringkat kajian lagi.. eceh

      Reply
  5. donnyien says

    August 9, 2010 at 3:15 am

    ngamlah ni malaysia jual..dapat kurangkan diabetis

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:14 am

      cuma tak sesuai nak tanam kat m'sia nie..

      Reply
  6. pawaka19 says

    August 9, 2010 at 3:19 am

    elok dikomersialkan herba yg semacam ni..leh membantu org2 yang perlu.

    "Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010"

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:15 am

      hurm betul juga.. masih dalam peringkat kajian lagi..

      Reply
  7. etomyam says

    August 9, 2010 at 3:25 am

    mungkin sudah tiba masanya aku bertukar ke daun ni.. 😀

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:16 am

      ya betul tuh

      Reply
  8. mijie says

    August 9, 2010 at 3:29 am

    bagus ni daun ni kalau untuk penyakit kencing manis 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:19 am

      erm memang patut guna untuk yang kena kencing manis nie..

      Reply
  9. Thoha says

    August 9, 2010 at 5:11 am

    kalau ada alternatif lain untuk buat gula bagus juga ni..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:20 am

      erm bagus juga... cuma masih dalam proses kajian...

      Reply
  10. ST says

    August 9, 2010 at 5:13 am

    Banyak faedah pokok ni, cuma tak sesuai lak kat iklim Malaysia..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:20 am

      yela...susah gak nak tanam kat sini..

      Reply
  11. tehr says

    August 9, 2010 at 6:14 am

    mungkin nanti boleh dtanam dalam pasu
    potong daunnya halus2 campur dgn teh
    hehehe - jimat gula ni

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:21 am

      tapi dia punya iklim tak berapa nak sesuai la..

      Reply
  12. HidrogeN says

    August 9, 2010 at 10:30 am

    thanks for sharing about stevia..memang ada orang yang dah tanam tapi tak menjadi, ada juga yang menjadi kalau kena caranya. kalau cukup modal cukup pengetahuan cara tanam daun ni, saya rancang nk buka ladang sendiri.

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:21 am

      owh yeker.. bagus2...

      Reply
  13. suri says

    August 9, 2010 at 11:42 am

    wah macmni blh kurangkan berat badan heeee

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:21 am

      hehe... lain macam je..

      Reply
  14. Nizam6281 says

    August 9, 2010 at 12:23 pm

    Susah untuk kita menukar sesuatu yang bese
    Contoh lain macam Nasi nak tukar Potato
    Ditentang beb

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:22 am

      amik masa jugak la...

      Reply
  15. Sir Marcello says

    August 9, 2010 at 12:51 pm

    sayangnya...kalo harga dia sedap kat pasaran..mungkin dah boleh jadi bahan pengganti gula...

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:22 am

      yup.... betul tuh bro...

      Reply
  16. bujang3 says

    August 9, 2010 at 2:18 pm

    ermm !! nanti minum teh tak payah la taruh gula lagi... taruh daun Stevia nie ajerr... tanam belakang rumah... pastu boleh jimat duit beli gula... heheheee!!!

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:22 am

      hek2.. tapi tak sesuai kat m'sia dia punya cuaca... boleh tanam..hasilnya tak upmmh

      Reply
  17. kulanz says

    August 9, 2010 at 4:02 pm

    memang tak pernah nampak lagi tumbuhan ni dekat sini.. masih baru..
    mungkin lepas ni boleh buat projek tanam pokok stevia ni 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:23 am

      kena buat kajian yang lebih details lepas nie..bole kott

      Reply
  18. Cik Nass says

    August 10, 2010 at 1:22 am

    Boleh dicadangkan kepada pihak yang berwajib agar dikomersialkan. Inilah pemanis yang seumpama madu, baik untuk kesihatan... 😀

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 3:59 pm

      boleh aja... cik nas..hehe

      Reply
  19. hafizmd says

    August 10, 2010 at 2:28 am

    Dah lame jugak dgr psal ni..daun stevia..kalau p giant contohnya..ade 1 produk keluaran syarikat stevian biotechnology..dalm botol kecil..bgus utk sape2 yg de diabetes..

    ade dgr citer, yg cola-cola mula start gune daun stevia sbgai pemanis dalam air mereka tuh..kalau tak slah la..

    aku sempat juge tgk daun ni..mmg mudah nk tanam tapi macm en mardi tu cakapla.nk dapat sekilo..mmg perlu byk daun..hohoo

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:24 am

      owh yeker... tak pernah dengar lak yang pasal coca cola tuh bro..

      Reply
  20. fiezaradzi says

    August 10, 2010 at 2:31 am

    sebelum ni de syarikat kat msia yg dah komersialkan stevia ni.. tapi mungkin kurang promosi dan iklan kot.. dulu penah jumpa kt giant.. skg ni tak cari, so tak sure de tak... lau tak silap de lagi.. syarikat saya kerja penah nak kerjasama dgn dorang, tapi tak jadi..

    manisnya tumbuhan ni still de pahit - kata org la.. dan menurut sumber pokok ni kena cari spesis yang best, sbb dlm pokok pun de byk peringkat, yg buatkan rasa manis senang dpat atau susah..

    tapi bagus utk kesihatan ni..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 4:24 am

      owh macam tuh ek kak... kena buat banyak research la diaorang nie..

      Reply
  21. ishak says

    August 10, 2010 at 4:58 am

    baru tahu ni..boleh ulam tak daun ni zik

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:05 pm

      esh mana boleh bro.. nie untuk macam ekstrak gula jer...hehe

      Reply
  22. Mus says

    August 10, 2010 at 2:24 pm

    aku baru tahu pasal daun ni bro.. tapi sebelum ni pernah dengar pemanis yang lebih manis dari gula.. mungkin extract daun ni kot

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:25 pm

      erm betul lah tuh bro..pemanis dia...

      Reply
  23. samdaddycool says

    August 10, 2010 at 5:53 pm

    Aku tak kira, aku nak cari benih dia.. Mak aku ada diabetes.. aku ada potensi kena, jadi tumbuhan ni memang powerrr..

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:26 pm

      apa lagi sam daddy..kita cari pokok dia...

      Reply
  24. Azizi Zulkefli says

    August 11, 2010 at 12:03 am

    Skrg ni dah ada syrkt biotek yg nak komersilkan daun ni. Bila dah jadi kemersil nanti harga pun mungkin jatuh dan senang nak dapatlan di pasaran.

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:27 pm

      betul juga ek bro... bila dah jatuh harganya baru bole kita komersial

      Reply
  25. mancai says

    August 11, 2010 at 6:08 am

    mana lokasi nak sambar ni erk?

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:29 pm

      alamak kat malaysia masih lagi peringkat kajian...sebab tak sesuai iklim dia..

      Reply
  26. ibnujusup says

    August 11, 2010 at 8:41 am

    mungkin kene tunggu sektor biotech establih dulu 🙂 first time dengar daun ni.. thanx for the info.... mengalahkan saintis bro zik ni.. 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 11, 2010 at 4:32 pm

      hehe ... mana ada bro...

      Reply
  27. emme says

    August 12, 2010 at 12:39 pm

    Salam, saya amalkan pemakanan multivitamin Double X. 🙂 Ada multivitamin, multimineral, dan multiconcentrate. Sangat praktikal, hanya perlu telan sahaja dengan air.

    Reply
  28. dnj says

    September 3, 2010 at 7:57 am

    Salam sejahtera..

    Stevia ni memang best..Manis mcm gula biasa.Sikit je dpt maniskan secawan teh .Kira jimat la dari guna gula tebu..Kesihatan pun terjaga..
    Kalau sesiapa berminat, bleh tgk website ni http://1dnj.com/ atau send email 1dnjsam@gmail.com or just call 03-55105013(office hour 0nly)...

    *Nak jadi pengedar atau pemborong pun boleh..

    Reply
  29. waka-waka says

    September 19, 2010 at 9:17 pm

    ye ke info nie?hehe...abg ipar saya pengusaha ladang stevia..ternyata pokok di tempat kita masih boleh setanding dengan negara luar...ketinggian tetap sama bukanlah sepeti info ini..anda hanya akan mengetahui setelah anda sendiri menanamnya dengan cara yg betul dan berkesan..baja yg terbaik memainkan peranan penting untuk pokok terus membesar..tapi yg penting bukan kimia..hehe harga sekilo boleh mencecah rm15-80 bergantung kepada penggunaan daun..

    Reply
    • Zik says

      September 19, 2010 at 9:36 pm

      owh macam tuh... tengok juga tempat tanam...kalau sesuai dengan iklimnya takda hal lah... kan wahai si expert..

      Reply
  30. zukeyb -AGROKING says

    September 27, 2010 at 3:13 am

    😎 Hai sahabat semua,

    untuk pengetahuan semua, pokok ini memang unik, lebih2 lagi masalah penyakit kening manis n obesiti amat tinggi d MALAYSIA...AWAS!!!HINDARINYA....saya telah hampir 2thn dalam pembiakan n penanaman nya.saya bermula dgn mengimpot biji benih yg telah di lapkan dr canada..ia mempunyai SURAT BERANAK nya...mungkin ade sesiapa yg mempunyainya juga...benih2 stevia dr nusery saya telah ditempah oleh sebuah syt GLC utk ditanam sebagai tujuan kajian oleh pihak mereka,yg mana diusahakn secara sulit tanpa pengetahuan luar..mereka berjaya dgn penjagaan rapi...UTK pengetuan semua pasaranya amat mengalakan...telah berade dipasaran tempatan dlm bentuk uncang,serbuk ,cecair serta lain2. JUGA TERDPT CIPTA TEMPATAN YANG LEBIH MENARIK TAK TERDAPAT DI NEGARA LUAR.. 😎 😎 DRI SENTUHAN TEMPATAN.....saya ade turut serta dlm membangunkan industri in secara comersial sekarang....mungkin temui kami di MAHA 2010 insyallah...pengedar n agent seluruh negara dialu-alukan...dgn terma2 tertentu..PENANAMAN BERSKALA BESAR DNG KELUASAN TAPAK YG KECIL.....AGROKING.

    Reply
  31. badrul says

    October 21, 2010 at 10:51 am

    saya ada banyak tanam pokok sebagai hobi...pokok sesuai kat tanah tinggi, dan pokok ini ada 2 jenis (kalau ikut kat ada lebih 200 spesis) satu yang berbatang keras dan satu berbatang lembut....kalau yang jenis batang besar ( Rebaudina-A jenis R-A)rasa daun nya lebih manis, daun lebih besar dan pokok tegap berdiri, kalau jenis batang lembut daun kecil dan menjalar (tak tegap sangat).......ikut pengalaman dan kajian saya pokok jenis berbatang keras lebih tahan hidup.

    Reply
    • Zik says

      October 21, 2010 at 7:38 pm

      terima kasih untuk info tambahan ini... 🙂

      Reply
    • Ling says

      October 2, 2011 at 1:42 am

      Saya suka tanam herbs,bolehkah jual dan kirim benih stevia untuk saya?

      Reply
  32. saimi says

    October 27, 2010 at 3:13 pm

    saya ada menjual ekstrak 100% stevia asli yg siap diproses.untuk menambah pendapatan secara online saya menyediakan plan affiliate.boleh layari http://www.eastevia.com dan saya juga menyediakan plan trading.komisyen sehingga 55%.untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan saya di talian 010-4288248 @ sms nama,alamat dan email untuk saya htr maklumat lanjut mengenai plan trading ini.

    Reply
  33. dnj says

    October 28, 2010 at 10:13 am

    salam...saya ada menjual produk gula stevia (NISVIA).Kepada yg rasa2 berminat boleh email saya atau tgk kat website saya..Sebotol hanya RM38 dapat memaniskan 150 cawan teh. Pakej keluarga RM100=3botol (jimat rm14).
    Sesiapa nak jd pengedar/pemborng pun bleh..
    More info: DNJ Consultant Sdn Bhd
    e-mel:1dnjsam@gmail.com
    website: http://1dnj.com
    tel: 0355105013
    faks: 0355103045

    Reply
  34. SteviaCream says

    November 28, 2010 at 1:03 am

    Kami Adalah Pembekal Produk Berasaskan Stevia Sejak Tahun 2006..Boleh Layari Website produkstevia.blogspot.com Untuk Detail..Terbaru Dr Kami Krim Serbaguna Pertama Di Malaysia Menggunakan Ekstrak Stevia

    Reply
  35. karim says

    January 18, 2011 at 12:20 pm

    saya ada menjual benih stevia yang segear dari ladang.sila hubungi saya di 012-7257607

    Reply
    • Ling says

      October 2, 2011 at 1:40 am

      Macammana jual benih stevia? Harga?Dapatkah dikirim melalui pos ke Sarawak?

      Reply
  36. Stevia Sweet says

    February 7, 2011 at 5:54 pm

    Kami adalah pengeluar produk berasaskan stevia seperti Ekstak Stevia,Krim Stevia,Kapsul Stevia Dan Teh Stevia...Terdapat Jugak Jus Minuman Stevia..Untuk Detail Dan Berminat Untuk Menjadi Stokis Atau Pengedar Kami Layari http://steviapage.blogspot.com Anda Juga Boleh Kirimkan SMS Dan STATE ''YES'' Ke Talian Hotline 019-3424741 Untuk Anda Dihubungi

    Reply
  37. zulkbo says

    May 10, 2011 at 11:35 am

    salam..
    ermmm..manisnya senyuman
    kurang kan dalam minuman..
    he he

    Reply
  38. zam says

    October 9, 2011 at 11:16 pm

    Saya menjual ekstrak daun stevia asli.terdapat dalam 2 bentuk iaitu ekstrak daun stevia asli kering yang berharga rm 10 satu pek.manakala dalam bentuk serbuk yang diproses berharga rm 30 satu botol.jika berminat hubungi saya zam 019-3807090 ( pengedar diperlukan )

    Reply
    • Zik says

      October 10, 2011 at 12:15 am

      orait..

      Reply
    • zul muar says

      October 24, 2011 at 1:57 pm

      salam...plz email saya detail produk anda... zulhaidi_82@yahoo.com

      Reply
    • jolkadir unus says

      May 2, 2012 at 6:32 am

      saya berminat menjadi pengedar serbuk stevia ni brapa harga pengedar

      Reply
  39. zul muar says

    October 24, 2011 at 12:32 am

    sapa ada jual produk gula stevia ni?sila angkat tangan.....tlg email saya...( zulhaidi_82@yahoo.com)...lagi satu, produk gula stevia mana yang paling best dan terbukti kesannya....

    Reply
  40. zul muar says

    October 24, 2011 at 12:35 am

    mana nak dapat produk gula stevia ni ek?sapa ada jual produk gula stevia sila angkat tangan...!!!! sila hantar email kat saya (zulhaidi_82@yahoo.com)...tq

    Reply
  41. Nisa says

    November 17, 2011 at 9:47 am

    Minta maaf mencelah...saya sdg mencari pembekal daun kaduk dlm jumlah yg agak besar utk kajian saya...jika ada di kalangan anda di sini atau kenal sesiapa yg boleh membekal daun kaduk kering yg byk mohon inform saya..mohon contact sy dgn email :keen_nisa@ yahoo.com,.tqvm

    Reply
  42. Norjam Endingan says

    December 27, 2011 at 11:35 am

    Saya ada mengusahakan tanaman anak stevia. Sesiapa yang berminat call saya 0103444115 di Kota Belud Sabah. Harga mengikut saiz pokok dan saiz polythene bag. Dari RM3.00, RM6.00, RM10.00 dan RM15 sepokok.

    Saya juga menjual daun stevia yang sudah dikeringkan.

    Reply
    • Yakup Morni says

      February 17, 2012 at 2:04 pm

      kalau nak beli daun yg sudah dikeringkan berapa harga 1 kg. kalau nak jadi pengedar macam mana caranya terima kaseh.

      Reply
  43. Ahmad Alwi Ibrahim says

    March 16, 2012 at 8:33 pm

    Salam, saya ada menjual Serbuk daun teh stevia kering ..

    Berat Bersih : 100 Gram
    Harga : RM 40.00
    (Harga termasuk kos penghantaran.)

    P/s : Harga akan lebih rendah jika ambil sendiri.
    Lokasi saya : Lot 1722, Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

    Stok Terhad

    Jika berminat , Sila hubungi saya melalui cara berikut :
    Email : globalincomes@gmail.com
    Telefon : 09-7191877 @ 0146076769

    Reply
  44. MOHD says

    May 22, 2012 at 1:14 pm

    sila berhubung dengan saya untuk mendapatkan benih stevia rebaudiana.. bekalan terhad untuk seluruh negeri perak sahaja. harga yang murah dan amat berpatutan..0142528009

    Reply
    • Zulkiffli Bin Isha says

      April 18, 2013 at 10:12 pm

      As Salam..

      Brpa harga untuk anak benih Stevia? Sya berminat untuk beli.
      Boleh hubungi saya di talian 0133408490 (Zul)

      Reply
  45. Omar says

    March 23, 2013 at 5:03 pm

    Dapatkan daripada kami bekalan Gula Stevia yang paling murah di Malaysia. Gula Stevia di proses di kilang tempatan dan di edarkan oleh syarikat islam bumiputra, di jamin halal. Bebas dari rasa pahit.

    Harga: 1/2 KG -> RM45

    Untuk Maklumat Lanjut:
    call/sms 013-431 2808 (omar)

    http://www.facebook.com/pages/Pemanis-Stevia-Rebaudiana-Paling-Murah-Di-Malaysia/350979478353752

    http://steviasentral.wordpress.com/

    Reply
  46. Muhammad Solihin says

    June 20, 2015 at 2:25 am

    Berapa harga ekstrak stevia kirim ke Indonesia.

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com







THE BERKAT

Doa Selepas Solat

Cara Solat Istikharah

Cara Solat Tahajjud

Cara Solat Taubat Nasuha

Cara Mandi Wajib

Recent Posts

  • Gegar Vaganza 6 minggu ke 9 2019
  • Live streaming sukan sea Philippines 2019
  • Live streaming Vietnam vs Cambodia sukan sea 7.12
  • Live streaming Indonesia vs Myanmar SEPARUH akhir sukan sea 7.12.2019
  • Kedudukan terkini pungutan Pingat Sukan Sea Philippines 2019

Sponsored Links :

 

 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

 

 

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner





Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
%d bloggers like this: