• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / CHELSEA JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012, tahniah the blues Army!!

CHELSEA JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012, tahniah the blues Army!!

Zik · May 20, 2012 · 17 Comments

Share this on WhatsApp

david luiz, lampard,

Tahniah-tahniah, buat the blues army team!!.

Perlawanan yang sengit pada malam tadi. Setelah debaran keputusan perlawanan diantara sime darby bertemu kelantan di pentas final piala fa sudahpun berakhir(milik pasukan kelantan FA).

Keputusan penuh :

CHELSEA [1] BAYERN MUNICH [1] ,

  • Jaringan ( thomas muller 43′,drogba 88′)

  • 57% Ball possision 43%

Chelsea menang penalti 4-3.

Chelsea akhirnya menjadi juara UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah)  bagi tahun 2012 setelah mengalahkan Bayern Munich di Allienz Arena, menerusi penentuan sepakan penalti, 4-3. Kalau dilihat secara mata kasar, perlawanan tampak memang dikuasai oleh Bayern Munich namun Bayern gagal menyempurnakan peluang yang ada. Peluang penalti pun tak gol!! Aku pun dah mengantuk tengok epik games malam tadi. Tertunggu-tunggu aku bila nak gol daa???

Bayern Munich mendahului 1 gol, 10 minit terakhir.

Pada waktu itu, penyokong The blues terdiam seketika!!! Ketika Thomas Muller meledakkan gol pendahuluan untuk Bayern pada minit 83. Tak tahulah masa nih, macam masih kabur-kabur jer harapan chelsea.


Tandukkan thomas muller yang melantun-lantun mengelirukan peter chec membuat perhitungan.

Chelsea bangkit di minit-minit terakhir!!

thomas muller menjaringkan vs chelsea final eufa 2012,

Nasib baikllah didie drogba menjadi penyelamat sebelum habis masa (lagi 2 minit) mengejutkan Bayern menerusi tandukan Didier Drogba pada minit 88. Sehinggalah wisel penamat masa permainan dibunyikan kedudukan terikat 1-1 untuk dibawa ke masa tambahan.


Jaringan hasil dari tandukan didie drogba menyamakan kedudukan 1-1!!!

Masa tambahan. (didie drogba punca!)

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Peluang terbaik untuk Bayern hadir apabila memperoleh sepakan penalti, namun sepakan Arjen Robben diselamatkan oleh Petr Cech.   (Tengok video penalty gol arjen robben di sokernet.com) tapi aku tengok macam tak kasar dan kena pun!! Takpelah, janji tak gol dan keputusan  pengadil aku kena hormati. Ini membuktikan peter cech memang cool!! Masa tambahan tamat. Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Tak gollah pulak arjen robben bukan calang-calang player, (the orange team, aku minat jugak dia nih).

Penentuan melalui sepakan penalti.

Serius, kalau dah sampai penalti, debaran memang terasa. Kalau dah jadi penonton pun dah nervous, apatah lagi pemain!! Sepakan pertama oleh Philip Lahm masuk. Seterusnya Mata mengambil sepakan pertama untuk Chelsea namun percubaannya diselamatkan Neuer. Mario Gomez menyempurnakan sepakan penalti kedua. David Luiz merapatkan jurang dengan menewaskan Neuer. Neuer sendiri mengambil sepakan ketiga dan berjaya kalahkan Cech untuk 3-1.

Didie drogba dan peter cech, wira CHELSEA~!!

goal drogba vs bayern munich,

Lampard meletakkan kedudukan 3-2 dan sepakan Ivica Olic berjaya diselamatkan. Ashley Cole menyamakan kedudukan, 3-3. Sepakan Schweinsteiger gagal disempurnakan dan beliau gagal. Didier Drogba menjaringkan penalti keempat untuk Chelsea dilihat sebagai penentuan, dan Chelsea menang 4-3.

chelsea, chelsea juara eufa championship 2012, munich final 2012, chelsea juara european champions 2012, saat manis menjulang piala eufa 2012 oleh pasukan chelsea,

Saat manis ketika menjulang piala !!!

chelsea, chelsea juara eufa championship 2012, munich final 2012, chelsea juara european champions 2012

Suka duka perjuangan chelsea !!!

chelsea, chelsea juara eufa championship 2012,

Buat fans lain jangan putus asa!!

torres in final eufa 2012, torres kissed trophy eufa 2012,

Time nih aku baru perasan si torres.

Wahhhh EURO 2012 pulak.

Ok bro, tamat sudah saingan liga -liga utama Eropah. Kebanyakan juara dimiliki pasukan baru bukan juara bertahan. Buat sementara ini, kita tutup cerita EPL, LA LIGA, BUDNDESLIGA. kita buka cite musim baru. Next, Euro 3 minggu dari sekarang!!!Semoga berjaya buat semua pasukan yang bertanding. Buat Kaki Bola. Sila buat persiapan secukupnya ” Berjaga Malam,  tak cukup tido”. Aku tak tengok la kot. Final jerla, itupun tengok tarikh jugak.

Jom tengok video goal penentuan penalti:

Bagitahu, kalau video tak boleh bukak.

Jemput baca entri lelaki kacak yang sempoi, tanda sokongan ada kepada the blues team!! Berapa like fb diperlukan untuk pasukan the blues team anda???

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan chelsea juara champions 2012, chelsea juara ucl, chelsea juara uefa, gol highlights chelsea vs bayern munich final eufa 2012, juara UCL, Juara UEFA Champions 2012, keputusan bayern vs chelsea 19 5 2012, keputusan ucl chelsea vs bayern, result champion league 2012, ucl 2012 chelsea menang, video goal chelsea vs bayen munich 2012, www uefa champions league 2012

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    May 20, 2012 at 12:05 pm

    Tandukan Drogba bak peluru menerjam gawang gol Bayern Munich semalam. Petr Cech menyelamatkan sepakan penalti Arjen Robben.

    Reply
  2. suri says

    May 20, 2012 at 12:16 pm

    bangga pasauka dia menang tu heee

    Reply
  3. puteramalam says

    May 20, 2012 at 1:27 pm

    tahniah pasukan chelsea menjadi juara,,,,

    Reply
  4. tehr says

    May 20, 2012 at 3:48 pm

    dah lama mengidam
    dapat juga akhirnya
    tahniah kepada semua peminat the blues

    Reply
  5. Jebeng Otai™ says

    May 20, 2012 at 4:45 pm

    tahniah chelsea.. 🙂

    Reply
  6. sjiehan says

    May 20, 2012 at 6:07 pm

    hahahaha
    puas hati aku chelsea menanggg!!!

    oyeah!!

    Reply
  7. tengkorak emas says

    May 20, 2012 at 9:55 pm

    tahniah buat chelsea, drogba dgn cech memg wirala,

    olic xmasuk haha..(dia nila yg memusnahkan harapan MU dulu..)

    Reply
  8. suri says

    May 21, 2012 at 2:09 pm

    tahniah pd yang menag yg kalah jgn bersedih

    Reply
  9. ejoncb says

    May 21, 2012 at 5:36 pm

    Biru..biru.. hehehe..Kira Drogba mcm hero lah game ni ye..hahaha.. tak sempat tgk sampai abes, dh mengntuk ttdo terus..huhu

    Reply
  10. Razlan says

    May 23, 2012 at 3:01 pm

    Chelsea memang the best

    Reply
  11. titan says

    May 24, 2012 at 12:57 am

    banyak kali aku ulang tengok penalti tu. haha..

    Reply
  12. Fadzmie says

    May 24, 2012 at 10:23 am

    Masa tengok penalti shootout tu memang berdebar habis. Bila dah menang, serius rasa nak menangis. Haha.

    Reply
  13. ProfHariz says

    May 26, 2012 at 1:50 am

    Bagi aku. peter cech memang keeper terbaik !

    Reply
  14. ProfHariz says

    May 26, 2012 at 1:51 am

    Game chelsea aku tak minat sangat. Position manjang nak defence je. Bayern banyak peluang sia-siakan

    Reply
  15. farisBlogger says

    May 27, 2012 at 5:50 pm

    bayern aku kalah…sedih woiii……..

    Reply
  16. FarisBlogger says

    May 27, 2012 at 5:52 pm

    sedih bayern kalah

    Reply

Trackbacks

  1. Hanis Zalikha gadis bijak dan belum tercemar says:
    July 8, 2012 at 12:19 am

    […] kacak yang Like Facebook Fan Page Hanis Zalikha diantaranya bro Jai, Abang Ensem, Mijie, Arnam dan Zikrihusaini.******AkuBiomed meraikan kejayaan Chelsea menjuarai UEFA Champions League 2012 dengan menewarkan […]

    Reply

Leave a Reply to tehr Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: