Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei hari ini mengumumkan hasratnya untuk menggantung raket selepas berkecimpung selama 19 tahun dalam sukan itu.
Kesihatan Lagi Penting!!
“Hari ini semua orang tahu lebih kurang niat saya untuk memanggil sidang akhbar ini. Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan bersara dari sukan itu selepas 19 tahun.
“Saya ada ke Taiwan pada April lalu dan doktor yang merawat saya merasakan tidak sesuai lagi untuk saya meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.
“Jadi selepas pulang saya mengambil masa selama sebulan untuk memikirkan mengenainya…
“Saya akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan saya,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.
[Read more…] about Datuk Lee Chong Wei Bersara dari Dunia Badminton!!