Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Cara nak jaga bateri kereta daripada cepat “kong” / rosak

Cara nak jaga bateri kereta daripada cepat “kong” / rosak

Zik · Apr 23, 2022 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

tips penjagaan bateri kereta basah

Rahsia cara jaga bateri kereta supaya tidak cepat ‘kong’.

Antara komponen kereta yang kita rasa sangat simple tapi bila ia rosak memang sakit sebenarnya, mahu tak mahu kena beli yang baru. Itu yang buat kita pening kepala. Bayangkan anda nak cepat tapi bila kereta dihidupkan ia tak mahu hidup. Bila dipulas kunci , tak berbunyi, senyap . Hah sudah!! Itu maknanya bateri anda telah kong atau rosak! Sebagai pemilik kenderaan anda harus sentiasa menjaga dan servis bateri kereta setiap masa.

Korang boleh tengok video dibawah ini mengenai tips penjagaan bateri kereta dari cepat rosak.

 

1. Periksa paras air bateri

Kalau korang selalu pakai kereta, itu yang kena kerap tengok paras air bateri dalam selang 2 minggu sekali atau setiap 5000km . Kalau kurang guna, boleh tengok dalam range 2 bulan sekali.

cara check paras air bateri basah yang betul

Jangan lebih dari High, nanti dia punya terminal akan keluar buih dan berkarat. Kurang pun problem ,terlebih pun tak boleh. Kena ikut diantara high dan low. Sedang-sedang.

2. Bersihkan terminal bateri. 

Terminal bateri menghubungkan sistem elektronik kereta dan bateri kereta anda. Jika terminal bateri longgar, ketatkan segera. Ini kerana ia akan menyebabkan garam-garam hijau terbentuk di sekeliling permukaan logam terminal sekali gus menjejaskan ketersambungan bateri.

3. Periksa penebat bateri 

Kadang-kadang kebanyakkan model kenderaan dilengkapi dengan sarung penebat yang berfungsi melindungi bateri kereta daripada kepanasan haba enjin. Bateri yang terdedah kepada suhu panas akan menyebabkan jangka hayat bateri menjadi lebih pendek.

4. Guna bateri yang berkualiti (ada jenama). 

Bateri yang berkualiti mempunyai jangka hayat yang lebih baik – dalam kes tertentu, bateri boleh bertahan melebihi 2 tahun jika dijaga dan digunakan dengan baik. Bateri kereta yang berkualiti juga kebiasaannya disertakan waranti dan jaminan.

5. Jangan guna minyak sebarangan pada terminal bateri.  

Penggunaan minyak seperti minyak gris yang tidak sesuai pada kepala bateri boleh mengakibatkan kepala bateri berkarat. Malah, jika digunakan secara berlebihan, ia boleh melemahkan kuasa dan menjejaskan prestasi bateri.

6. Matikan sistem elektronik jika enjin tidak dihidupkan. 

Apabila anda mematikan enjin kereta anda, pastikan semua peralatan elektronik kereta seperti aircond kereta, lampu atau radio dimatikan. Ia secara tidak langsung dapat mengekalkan kuasa bateri untuk tahan lebih lama.

7. Periksa kuasa bateri secara berkala. 

Bacaan normal bateri kereta yang ‘sihat’ adalah antara 12-13 Volt ketika enjin tidak dihidupkan, manakala antara 13.5-14.5 Volt jika enjin dihidupkan. Jika kuasa bateri berada di bawah 13.5 Volt atau melebihi 14.5 Volt ini, besar kemungkinan terdapat masalah pada alternator kereta anda.

https://www.youtube.com/watch?v=Th4g2yTbuFM

 

credit to carsome.my.

Share this on WhatsApp

Tips dan trick 8 tips jaga bateri kereta anda dengan mudah, cara jaga bateri kereta, cara jaga bateri kereta basah, panduan cara jaga bateri kereta basah, tips jaga bateri kereta

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Proton ipoh says

    December 31, 2022 at 1:45 am

    Terima Kasih info

    Reply
  2. proton ipoh says

    January 4, 2023 at 12:35 am

    terima kasih, kongsikan ilmu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.