• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. -LHDN

Cara nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. -LHDN

Zik · Apr 2, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
no cukai lhdn,

Waktu PKP (perintah kawalan pergerakan) kena duduk rumah ni, meh saya ajar macam mana nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. Sambil-sambil website BPN tengah high traffic, isi masa terluang kalian dengan daftar nombor cukai.

 

DAFTAR di edaftar hasil. 

1. First sekali, pergi website ni dulu. Tapi kita tahu memang nak pergi atau login memang parah traffic nih. Apepun bersabarlah ambil masa dulu semua nih.

edaftar.hasil.gov.my

Semak terlebih dahulu.

2. Sebelum nak isi borang dekat website ni, semak dulu korang dah pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step no pin efiling. 

Untuk kenalpasti atau semak semula korang dah daftar nombor cukai or belum cek dekat link bawah ni. Kadang-kadang nombor cukai ni didaftarkan dalam keadaan korang pun tak sedar. Itu sebab kena periksa terlebih dahulu.

edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/i…

Jika takda rekod, barulah korang ke step seterusnya ni. 

3. Ok link dekat bawah ni untuk borang pendaftaran nombor cukai korang.

daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.…

Dekat website ni nanti isilah maklumat yang diperlukan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk korang isi. 

4. Baik jika anda ada bisnes (Enterprise) ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”.

Kalau makan gaji, tak perlu. Abaikan bahagian ni. Proceed terus.

5. Dah lengkap isi semua tuh, lebih baik korang semak balik kot-kot ada yang tertinggal atau salah isi. Ini semua aku tekankan apa isi borang online semua kena semak semula. Sebab terjadi dekat aku , ada tersalah isi. Susah jadinya.  

6. Sebaik semua dah confirm takda apa tertinggal, dah boleh dah klik hantar atau submit.

7. Lepas submit, korang akan dapat terus nombor cukai dan dekat mana cawangan file cukai disimpan.

Tolong simpan maklumat ni. Ni nombor cukai korang akan guna setiap kali urusan cukai.

NOMBOR PIN E-FILING

Seterusnya kita nak apply pulak nombor pin e-filing. Tadi korang baru dapat nombor cukai. Untuk submission borang cukai secara online, korang kena ada access dia. Ok ini step nak mohon access tersebut. 

1. Pergi website link seperti dekat bawah ni,

maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms…

2. Klik Permohonan.

3. Klik Permohonan Nombor Pin

4. Klik Borang CP55D.

5. Kalau pakai Komputer, (PC) korang download PDF. Kalau pakai phone, save image dan crop borang ini sahaja ok.

6. Kalau pakai PC, korang takda printer dekat rumah, just insert text dekat PDF tu nanti, isi borang ikut pada apa maklumat yang diperlukan. Kalau pakai phone, edit photo insert text. 

7. Last step kena tanda tangan borang. Kalau pakai PC, korang takda printer, apa yang korang boleh buat, hantar je pdf tu ke phone, screenshot, edit photo, pilih tool pencil, tandatangan. Kalau korang memang guna phone dari awal, edit photo, pilih tool pencil, tandatangan. 

8. Kalau nak submit pakai pc, korang kena hantar file dalam phone tadi ke PC semula untuk upload dekat website tadi sebelum korang download borang CP55D tadi. Masih ingat?

9. Klik Seterusnya untuk isi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin.

maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms…

10. Lengkapkan borang.

11. Subjek letak je “Mohon Nombor Pin”

12. Borang CP600B dilampirkan pilih tidak.

13. Upload borang CP55D korang tadi.

14. Bahagian Butiran isi “Dilampirkan Borang CP55D untuk rujukan selanjutnya.”

15. Macam biasa, last sekali klik submit. 

16. Lepas dah submit korang akan dapat maklumat rujukan macam ni gambar.

Tolong simpan. Sebab ni rujukan untuk korang cek maklum balas dari LHDN pasal nombor pin yang korang request.

17. Sesekali korang cek juga status permohonan dekat website ni,

maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms…

Takat sini dulu step yang saya boleh bantu. Korang cuba dulu. Nanti saya akan kongsikan step lepas korang dah dapat nombor pin e-filing, macam mana nak mula access ke sistem e-filing pula. Harap membantu.
credit to abu twitter

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman bayar cukai, cara nak daftar no cukai lhdn, Cara nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. -LHDN, cukai lhdn, daftar no cukai, no epin cukai lhdn, pendaftaran cukai lhdn secara online

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Tips e-filling elak penalti – Zikri Husaini says:
    March 30, 2021 at 10:24 am

    […] Baca juga : Dapatkan no pin LHDN secara online.  […]

    Reply

Leave a Reply to Tips e-filling elak penalti – Zikri Husaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: