Categories: Ekonomi

Cara meramal permintaan dalam perniagaan 1.

Meramal dalam permintaan dalam dunia perniagaan bukan sesuatu yang mudah bagi baru-baru berjinak dalam bidang ini. Ada banyak faktor yang mempengaruhi permintaan, ia berkaitan dengan produk yang bakal dijual tak kira jenis perniagaan sama ada peniaga di tepi jalan, jual air atau pisang goreng panas mahupun perniagaan yang melibatkan juta-juta ringgit punya (david teo, 7 juta maa).

Walaupun perniagaan sekecil manapun, penting sebenarnya nak meramal, sebab kadang-kadang “unexpected occur” can happen. Sediakan payung sebelum hujan!

Apakah itu penawaran.

Apakah yang dimaksud dengan penawaran? Permintaan merupakan kegiatan ekonomi yang dilihat dari sudut consumer(pembeli). Perbincangan mengenai penawaran ia merujuk kepada orang yang menjual.

Dalam rangka memenuhi permintaan pengguna, pihak penjual menyediakan barang dan stok-stok yang perlu disimpan. Barang dan kemudian dijual kepada pengguna di pasar mengikut tingkat harga tertentu. Harga yang ditawarkan mengikut sesuai dengan  situasi yang mempengaruhi, kadang-kadang boleh naik bila stok habis atau stok disorok. (kejadian ini sering terjadi dinegara kita, contohnya pekedai atau pemborong yang menyorok gula, minyak).

Tampak kembali di sini unsur-unsur yang termuat dalam permintaan, tetapi dengan sudut pandang yang berbeza. Permintaan berkaitan dengan pembelian dan penggunaan, sedangkan penawaran berkaitan dengan penyediaan dan penjualan.

Bagaimana nak meramal?? Kita kena tahu faktor point-point dibawah nie:-

1. Hukum Penawaran

Hukum penawaran adalah jumlah barang yang ditawarkan akan meningkat apabila harga naik dan akan berkurang jika harga turun.

2. Faktor-faktor yang Mempengaruhi  Penawaran

a)Teknologi produksi

Tingkat kemampuan teknologi perusahaan menentukan kemampuan berproduksi perusahaan itu. Makin tinggi teknologi semakin tinggi pula tingkat produksi barang dan menyebabkan penawaran bertambah.

b)Munculnya produk baru

Munculnya produk baru di pasaran akan menambah jumlah barang yang dijual dan ditawarkan.

c) Harga sumber-sumber produksi

Naik turunnya harga sumber-sumber produksi akan mengakibatkan naik turunnya sesuatu produksi. Hal ini akan mempengaruhi penawaran suatu jenis produksi barang.

Mengukur dan Meramalkan Permintaan Pasar

Apabila perusahaan menemukan suatu pasar yang menarik, maka ia perlu menganggarkan besarnya pasar pada masa sekarang dan masa yang akan datang dengan cermat. Perusahaan akan kehilangan atau kerugian jika tidak pandai membuat perhitungan.

Bersambung… tunggu part 2, minggu hadapan.

 

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • hukum penawaran...da lama chii x dgr term ni..dulu time skolah ada amik subjek ekonomi asas..kat mlk pun ada gak blaja sket2 pasal ekonomi..

    adeih..ada sambungan ar plak

  • Kalau perniagaan MLM macam mana pula tu bro. Meramal berapa banyak kita oleh dapat prospek baru?

  • Paling suka tajuk penawaran dan permintaan dalam subjek ekonomi asas. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan dikaji.

    * Tengah tunggu sambungannya.

  • Wah Zik mula berminat menceburi bidang perniagaan. Bagus juga mengkaji pasaran tapi memerlukan sedikit kesabaran dan pengalaman

  • Sesuatu yang menarik untuk dipelajari ... saya berpendapat ia bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam dunia perniagaan tetapi juga dalam berbagai bidang ... cuma ubah sikit2 je mengikut kesesuaian sektor ... Tq atas info bernas anda.

  • mungkinkah boleh disesuaikan dalam dunia blog?

    aku hanya belajar ekonomi masa tingkatan 6 dulu
    dah lama tak dengar hukum ni :D

  • Sebab tu laa Tira tak ambil bisnes. Ramal meramal tentang pasaran semasa ni memang tak tahu langsung. Silap meramal buruk padahnya. So, Tira ambil bidang masakan je. :)

  • Ni boleh bukak kelas busines ni zik.
    Sayang masa sekolah dulu tak berapa minat dengan dengan subjek ekonomi. Sekarang jer baru timbul minat.

  • prnah blajar dlm ekonomi dlu :)

    yg bestnye bila pnawaran melbihi pemintaan kita boleh dptkan brg dgn hrga murah..hehehe

  • er..ekonomi..aku perlu ambil masa untuk mendalami dan hadam entri ni,

    ekonomi rumah tangga pernahla aku belajar sekolah dulu..

  • wah bagus maklumat untuk mulakan perniagaan.. aku cdg nak start jual produk online lah..bole mtk tolong zik promosikan ;)

  • nak tambah skit...teori sahaja tak cukup...kena terjun juga sekali sekala untuk merasakan suasana sebenar...

    tanya diri sendiri...ape benda yang mmg kita nak..even kita ada barang bagus...cuba rasakan sekeliling kita perlu ke benda sedemikian...

    • aku rasa ada buat...part 2... memang lah apa yang aku tulis nih semua praktikal.. mana teori semata-mata bro...

      • ek...jangan salah fahm...maksud aku...dari pembacaan sahaja tak cukup...

        p/s: sebenarnya aku tuju kat semua...sekadar memberi pendapat..selain dari kita membaca tips yang ada...cuba rasai bagaimana jadi pengguna~

  • Bagus juga tips ne zik,aku pun tengah meramal macam mana nak kasi up aku punye blogging bisness ne,cume dok terkedek-kedek nak mantapkan penulisan yang kurang mengancam

  • Zik.. topik ni antara topik yang aku plan nak tulis.. tapi masih dalam peringkat draf lagi..

    tapi pendekatan dia lebih kepada the dark side of concept demand and supply ho ho .. aku memang cenderung untuk menulis something yang dark side.

  • berniaga mmg ada tawar menawar.. kalu kita bli brg kat pemborong pasti kita akan dpt harga yg istimewa..klu org lain bli pd kita kne ikut pada hrag pemborg yg d tetapak pada kita pelanggan pula

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

6 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago