Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / CARA ELAK PENYEBARAN FAKE NEWS

CARA ELAK PENYEBARAN FAKE NEWS

Zik · Sep 14, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

FAKE NEWS, berita palsu

Selaku penulis blog, kadang-kadang ada kita terlepas pandang, mengenai berita palsu. Namun takkan kita nak minta maaf, bila dah viral mesej tersebut. barulah kita cakap , ini adalah khilaf atau salah kita sendiri yang tidak dapat dielakkan.

Ketika negara kita dilanda wabak penyakit yang berbahaya iaitu COVID-19, kita telah disajikan dengan bermacam macam berita, informasi dan informasi sama ada melalui televisyen atau media sosial. Namun, adakah maklumat itu benar benar sahih atau sebaliknya? Kami ingin berkongsi kepada anda tentang tips mudah untuk mengekang penyebaran berita palsu ataupun fake news.

SOURCE (SUMBER) 

Pastikan sumber anda peroleh adalah benar benar tepat dan tulen. Era globalisasi kini menyebabkan kita tidak lagi mencari maklumat di surat khabar, tetapi di media sosial. Sangat mudah dan sangat cepat untuk mendapatkan maklumat sehingga tidak pasti sumber itu betul atau tidak. Adalah perlu bagi kita untuk menyemak sumber itu.

UNDERSTAND (FAHAM). 

Fahami dan baca dengan mendalam fakta berita yang anda dapat sebelum mudah mudah anda berkongsi kepada orang ramai. Ramai antara kita yang suka membaca tajuk tanpa menelaah isi kandungan berita sampaikan kita juga salah faham tentang cerita itu. Kita faham supaya orang lain boleh faham apa yang kita kongsikan.

RESEARCH (KAJIAN)

Selidik dan kaji dulu sebelum sebar kepada orang  ramai, jangan terus sebar dan kongsi secara melulu. Pasti ada kebenaran di sebaliknya. Kita boleh buat kajian semula di internet seperti Google mengetahui sejauh mana kebenarannya. Kadang kadang penulis berita palsu tidak pernah ada sumber untuk menulis cerita itu.

EVALUATE ( NILAI) 

Berita yang anda kongsi itu adalah tepat dari sumber yang rasmi dan dipercayai agar tidak terpesong dan menyebarkan berita yang tidak betul. Kalau laman berita seperti Astro Awani, Sinar Harian dan Malaysiakini, itu adalah sumber yang sahih ianya laman rasmi. (kadang-kadang tak betul jugak). Namun maklumat yang datang dari blog atau website yang jarang kita dengar, semak berkali kali. Yang jadi masalah adalah diaorang manipulasi dari sumber yang ada nama kemudian ,edit caption kepada tajuk yang lain.

Anda juga sudah maklum bahawa hukuman kepada mereka yang menyebarkan berita palsu tertakhluk dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pesalah penyebar berita palsu boleh dikenakan denda RM50,000 serta penjara selama satu tahun. Pastikan anda tidak terjebak dalam penyebaran berita palsu. Semak sebelum sebar, pastikan sahih baru kongsi.

Share this on WhatsApp

Akademik CARA ELAK PENYEBARAN FAKE NEWS, media sosial jadi tempat penyebaran wabak virus info palsu

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.