Nama sientifik camel spider.
Ia dalam keluarga labah-labah dalam solpugids. Bersama dengan labah-labah, mereka ialah ahli-ahli dalam pengkelasan Araknida.
Labah-labah tarantula yang saiznya sebesar dua kali tapak tangan dan labah-labah unta merupakan spesis labah-labah, cuma berbeza habitat, saiz dan juga sifatnya. Tetapi kedua-duanya mempunyai bisa yang sangat merbahaya!!
Labah-labah ini, mula diperkatakan oleh orang ketika tahun 1990-91, ketika waktu perang teluk. Tentera US ,yang menjadi mangsa serangan ketika sedang tidor. Ia boleh dilihat semasa musim bunga dan bulan-bulan musim panas disebabkan labah-labah ini takut cuaca sejuk.
Spesis labah-labah unta yang lain.
Diet labah-labah ini.
Ia memakan serangga-serangga, kala jengking, atau cicak dan ia jarang sekali mencari-cari mangsa, yang lebih besar dari saiznya. Kebiasannya membunuh mangsa-mangsa mereka dengan bantuan chelicerae. Labah-labah unta sering makan berlebihan jadi mereka menjadi bengkak (buncit) dan hampir tidak dapat bergerak. Amboi macam ular pulak.
Fakta :
- Labah-labah unta punya kelajuan tertinggi – 10 mph. Yang mana kalau dikira dalam nisbah, ia sangat laju untuk satu makhluk kecil sebegitu.
- Saiz: Maksimum dalam 8 inci, walaupun kebanyakan ada melaporkan saiznya boleh besar lebih dari itu.
Sebab apa dipanggil Camel spider??
Sebab dia punya habitat asal mereka hidup di padang pasir. Dan hanya ada di padang pasir jer. Tempat lain aku kurang pasti, kalau kat hutan, namanya lain, jungle spider la kot??
Tekan disini untuk lebih jelas!
Spesis labah-labah unta ditemui diteluk iraq.Diambil padaApril 7, 2004.
Gigitan labah-labah unta.
Ia boleh menggigit hanya untuk pertahanan diri, apabila diganggu dan ia agak menyakitkan. Sudah tentu, ia perlu diubat oleh seorang doktor sebaik sahaja selepas digigit oleh labah-labah unta, terutama jika agak seekor labah-labah tidak dikenali, tetapi anda perlu ingat bahawa ia tidak beracun dan tiada peluang kematian secara langsung disebabkan oleh gigitan, walaupun terdapat risiko jangkitan. (Jangan risau ya, tetapi perlu berhati-hati dapatkan rawatan dengan seberapa kadar yang segera.)
Kebanyakan daripada gambar-gambar pada internet yang mana menunjukkan Camel Spiders menggigit sebenarnya menunjukkan labah-labah beracun yang lain lebih berbahaya. Bukan dari labah-labah jenis ini.
Satu lagi fakta menarik, mereka juga dikenali sebagai labah-labah jerit disebabkan oleh jeritan mereka sedang berlari dan bayangkan ada labah-labah menjerit ketika mengejar mereka. Kiranya dia ada bunyi ketika sedang berlari, ssshhh ,ssshh..
Menakutkan!! Kalau tengok video dibawah nie siap dia makan kalajengking. Bayangkan???
Kalau nak tengok kesan gigitan labah-labah ini sila tekan disini.
Sumber :
LiFe KaMi says
labah-labah ni kalau bela mesti hari2 ada orang datang kat umah sebab nak amik gambar..hehe
Zik says
amik kesempatan lah pulak… hoho
Sufi Tshirt Printing says
makaih…ngeri btol..ni kalo aku jumpe ni
aku ketuk ngan penyapu sampai mati..haha
Zik says
kejamnya.. huhu
titan says
jangan labah-labah ni melancong ke malaysia sudah la..
muhammad fakhruddin says
Tak mustahil…kalau2 serangga ni sesat naik flight MAS ke Malaysia ke hehehe 😉
tengkorak emas says
pergh..scorpion kalah!!
kesan gigitannya pun boleh tahan, tak menyempat ekor scorpion tu..
Zik says
lebih laju tindakannya…
Miss Tira says
Dalam kehidupan alam pemangsa pun boleh jadi mangsa. Huhuhu.
Zik says
kadang2 jadi terbalik dah nie …. mereka nie mengalami mutasi…
khairolghani says
biasanya haiwan mmg camtu..ia akan menyerang kalau ia rasa terancam..
Zik says
mungkin tempat habitatnya dikacau… tuh yang jadi macam tuh…
adele says
sungguh ia amat mengerikan..tgok je dah berbisa..kalau gigit ni mmg bengkak habis..huuu
Zik says
tapi tak membawa maut… cuba ia menyakitkan… apepun kena cepat2 berubat…
Mus says
aku mmg geli dengan semua spesis labah-labah ni..
fobia pun ada
Zik says
bisanya lagilah….
Ismail N says
Agak2 kalau di gigit kita, boleh jadi spiderman tak bro? Cam ganas jer…
Zik says
entahler.. kalau jadi macam tuh .. ok gak kan..hehe
chii says
ingtkan blck widow je yg bahaya..
tp yang ni unik la..lawa plak kaler2..tade la itam mcm biasa :p
Zik says
ada banyak lagi yang bahaya… tunggue… hehe
wandisini says
dah besar macam ketam lak. goreng pun sodap
Zik says
sedap tuh… hehe… letak tepung kfc..
Sabahan Bloggers Club says
Biar betul sampai besar macam tu? Ni rasa-rasa, dia makan manusia tak?
Zik says
mana ada makan manusia.. gigit adalah.. hehe
akubiomed says
Kalau dapat dekat abang koning gerenti selamat dibantai dengan penyapu :-). Antara Camel Spider dengan Black Widow mana satu yang lebih berbahaya?
Zik says
black widow lagi bahaya…
MDHAFiZ.NET says
info baru…. thanx bro… 🙂
Zik says
terima kasih kembali…
Husnav2 says
Eeei ,semua labah-labah pon saya geli….huhu
Zik says
yang kecik pun geli jugak ker??
rusliesophian says
Salam Zik, takkan makan serangga boleh jadi besar mcm tu…! Ni mesti makan daging unta…kot!
Zik says
boleh jadi???
suri says
takut dengan labah2..tapi bila rumh ada sawang terpaksaah kita buang hapuskan sarangnya huuu.
Zik says
bersihkan sawang2x nie… nanti dia buat lagi…
sabree hussin says
bulu dia macam lebih banyak dari labah2 lain
Zik says
lain sikit.. mungkin masa musim sejuk.. ia jadi kegunaannya… ataupun sebagai perlindungan…
Bro Ery says
Fuh, hebat betul. Kala jengking pun boleh tumpas dengan labah-labah unta ni. Jaguh padang pasir ni.
Zik says
memang jaguh betul nih..
decrewz says
Wuis, labah2 ni besar dah boleh telan katak dah..hu3
Zik says
mungkin juga
teht says
macam mana la dia ni boleh jadi besar sangat
kalau kena sengat dah tentu pengsan
Zik says
segera dapatkan rawatan…
Hisyam Nozi says
Kat Malaysia ni ada ke labah2 bahaya camni?
Zik says
takda ..tapi spesies lain adalah ….
luthfi says
Pergh mnakutkan. Size dahla besar
Zik says
kena berhati-hati.. kadang2 yang kecil pun dia punya bisa… lagi dasyat
zulkbo says
Salam Zikr..
pasti menjadi mimpi ngeri
buat tentera US di sana
masa tu…
😀
Zik says
setiap malam kena berjaga-jaga..
fendidahada says
wah…rupa bentuk dia memang lain dari yang lain…kuasa Allah…
Zik says
betul tuh bro….
joe says
hoho..bole tahan besar labah2 ni..sekali kena gigit, sebulan demam nih..
Zik says
cepat2 berubat…. jangan dibiarkan begitu… huhu
irwanmiswan says
walaupon tak beracun,aku tetap geli mau pegang….waghhhhhhh…tapi…kalau wanita labah2…mungkin akan dipertimbangkan keh3
Zik says
eceh… amboi2…
Thoha says
besarnya labah2 tu ye..terima kasih berkongsi info pasal labah2 ni..saya pun baru kenal labah2 ni..
Zik says
labah2 nie kalau ada kat malaysia… tak tahu lah nak cakap apa… huhu
papabear says
tengok size dia pun aku dah lari..haha..
Zik says
kadang2 yang kecil pun lagi bisa.. dari yang besar nie…
Khidhir says
labah-labah ni agak menakutkan la..
Zik says
janganlah labah2 nie datang ke malaysia… huhu
Amirez says
pertama kali dengar nama labah-labah unta.
tengok rupanya pun dah takut.
lagi2 aku ni takut dengan labah2…geli je rasa.
naik bulu roma hehe
Zik says
jangan takut.. tak datang malaysia punya.. huhu
amo\ says
baru tau ! huhu , scarynya ;(
Zik says
jangan takut2… hehe
PakarBuahPinggang says
Dahsyat betul ye.Dia boleh lawan dengan kal jengking tu,siap makan lagi.
Zik says
biasalah jaguh padang nie…
aimannajmy says
wah besaq gila labah2 ni.. aku ingatkan tadi beastwars punya labah-labah boleh transform huhu
nasslimdiet2 says
ganas betul spider ni. kala jengking yang ganas tu pun dia makan.
tshirtmudah says
wow..hebat camel spider ni..i like..the wonderful life of animal..amazing. <3