Nama saintifik, lain bagi bunga raya.
Bunga raya atau juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam keluarga genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga kebangsaan kita, Malaysia.
Siapa yang tak tahu lagi, bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencari satu bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Kemudian, setahun kemudin, pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan yang begitu mendalam pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya masih lagi digunakan sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Sekarang ini, ada banyak jenis, warna putih, hijau, ungu tak macam mana dibuat, sebab ada melalui proses kacukan bagi mereka yang pakar kacuk mengacuk nih.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Bukan hanya sekadar bunga hiasan.
Bunga ini boleh digunakan untuk medium perubatan. Boleh melegakan batuk berdarah, melancarkan peredaran darah, masalah keputihan, meredakan selsema, merawat beguk, merawat malaria dan radang usus. Daun bunga raya yang dilumatkan boleh disapu ke atas rambut sebagai petua rambut lebih lebat dan meredakan pening kepala.
Erk, jemput minum semua. Ingat nak buat, air sirap limau ais, takpun sirap laici.
Bunga raya juga digunakan untuk dijadikan bahan pengawet minuman air sirap bunga ros. Ah sedapnya. Begitu sahajalah asal-usul bunga raya yang telah menjadi bunga kebangsaan negara kita.
Sumber wikipedia dan blog herbatihara.
Pejuang Kesenian Extreme says
Bunga yang menjadi ikon di duit syiling kita…=)
Zik says
duit syiling 20sen seposen, seringgit (dululah)
Chybee says
eh, air sirap ros pon pakai bunga raya tp xbagi credit pon. hehe…kesian bunga raya *merepek*
bEe says
hahahaha…. betul tu!!! takde kdt pun 😛
Miss Tira says
Huuu, sedapnya kalau dapat minum sirap ais waktu panas-panas ni. Sirap bandung pun best juga. Huhu.
muhammad fakhruddin says
Air kenduri orang Kelantan kata 😉
suri says
bunga raya ada pelbagai warna semua warna amt suri minati 🙂
Zik says
bunga memang wanita semua suka, kecuali bunga taik ayam kot??
akubiomed says
Bunga Raya boleh digunakan untuk menyejukkan badan yang panas
bEe says
Btul!!! kalau anak demam leh tenyeh bunga raya kat dahi anak…. hehehe
MDHAFiZ.NET says
Bunga Raya BUnga Kebangsaan…info menarik 🙂
Zik says
mungkin ada yang sudah tahu mungkin tidak..
benjy says
Semasa kecil dulu b3njy ngan kawan2 selalu petik bunga raya sebab ada bahagian dalam bunga raya tu boleh lekat kat muka lepas tu nampak cam badut sarkas … tetapi sekarang kat KL jarang pula nampak bunga raya di tanam … begitu juga kat nuseri … kenapa pula cam tu ?
nasslimdiet2 says
kalau demam boleh rendam daunnya dalam air untuk sejukkan kepala
titan says
tapi masih ada gak yang tak tahu bunga kebangsaan negara kita nih..
Zik says
ya betul tuh..
Erie Yohoho says
Aiyark! Cool! Nak air sirap satu zik!
Zik says
siaaappp…
PakarBuahPinggang says
Disebabkan bunga raya ada manfaat kesihatan,saya kongsikan cara penanamannya.Ia boleh ditanam dengan beberapa cara, antaranya:
1) Penanaman di dalam pasu
2) Penanaman di atas tanah
3) Penyiraman
4) Merumpai Dan Menggembur
5) Pembajaan
Zik says
ada banyak cara sebenarnya
tehr says
ada guna juga bunga raya ni rupanya
ingatkan sebagai lambang je
Zik says
macam2 boleh..
chii says
terintg satu cerpen or novel…seorg lelaki menghadiahkan sekuntum bunga raya pd gadis pujaan..lepas tu satu skolah gelakkan..panggil mat patriotik..eheh
Zik says
amboi mat patriotik ….
LiFe KaMi says
sekarang ni rasanya mcm susah plak nampak bunga raya mau pula kat kawasan rumah kami..
rupanya ada khasiat juga ye kena balik tanam ni..:)
Zik says
ya sila tanam semula..hehe
tengkorak emas says
bunga raya memang digunakan utk rawatan, teringat masa disengat lebah dulu, bunga raya yg dilumatkan disapu..cuma tak tau penjelasannya dari segi saintifik, tau tak bro?
Zik says
yang tuh aku pun kurang periksa.. dulu kena sengat… ambil daun , bunga pun ada jugak..tapi bukan bunga raya lah… bunga daun apentah…
adele says
tapi peliklah..kalau bunga kebangsaan spatutnya mudah nak cari..lbih2 lagi di tepi2 jalan,highway..skrg susah sgt nak cr bunga raya..mcm x relevan je dijadikan bunga kebangsaan.. 😀
Zik says
kena buat sesuatu nih…
cik tom says
cik tom suka bunga raya..cantik…tak tahu pulak ada air bunga raya..boleh cuba ni..hee
Zik says
ada tapi tak banyak… limited edition.. huhu
bEe says
BUNGA RAYA ADALAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA!!!!!!!! hehehehe
Zik says
hehe.. saya pun nak cakap macam tuh..
Hisyam says
Bunga raya ni ada banyak kat kampung, orang tua suka tanam. Kalau dalam cerita lama ada anak dara kampung pakai bunga raya kat telinga, konfom lawa.
Zik says
hehe betul2x
Ladfe Amir says
di dalam bunga raya ni sebenarnya ada air manisan yg sedap rasanya. sapa pernah rasa?
Zik says
owh ada pernah2…
klANA says
juz nk share info… bunga raya hybrid plg shantek sekali.. hehe