Mujurlah minggu lepas tiada penyingkiran. Namun minggu ini bagaimana pula ya? Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal menyaksikan pertarungan antara peserta menerusi lagu-lagu yang pernah mengungguli carta hits dalam tema ‘Melets’ (Meletup). So masih ada 10 peserta lagi yang akan berjuang dalam konsert GGV minggu ke 6.
Pertembungan pada Ahad ini membabitkan 10 penyanyi yang masih bertahan iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees. Jom kita tengok senarai lagu yang telah diberikan buat peserta minggu ini.