Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Zik

Zik

Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??

Zik · Apr 23, 2010 · 2 Comments

Tidak boleh dijadikan sumber rujukan yang sah,dikatakan puncanya ia boleh diubahsuai oleh sesiapa yang mempunyai akaun pada bila-bila masa

Amaran keras!, entry ini terlalu panjang untuk dibaca.

MEREKA yang terus tidak mahu ambil tahu dan selamba sahaja memetik Wikipedia sebagai bahan rujukan dalam artikel atau tesis, akan mendapati tulisan mereka turun markah atau dalam konteks penulis, artikel mereka akan susut nilai wibawa.

Namun, ramai juga yang `memilih untuk mengikut arus’ dan menolak hakikat sinikal yang dikaitkan dengan Wikipedia ini. Bagi golongan ini, perkembangan Wikipedia adalah menyerupai ledakan Internet yang turut menyaksikan generasi sekarang intim dengan Facebook atau Twitter. Jika kita mengenepikan Wikipedia, maka wujud kekurangan, kata mereka. Ini betul, bagi pendapat zik sendiri.

Maka tidaklah mengejutkan sangat bila ada teman dalam bidang perhubungan awam menyatakan bahawa antara skop tugas mereka sekarang ialah mengemaskini fakta-fakta mengenai syarikat dan ketua pegawai eksekutifnya yang dimuatkan dalam Wikipedia. Maknanya, mereka sendiri mencipta halaman mengenai mereka sendiri di situ. Atas faktor komersial, tidak mengapa. Malah sangat bagus sebenarnya.

Jadi, kadang-kala kita akan mungkin perasan bila mencari sesuatu dalam enjin carian (search engine, pak cik google), antara paparan teratas yang muncul ialah dari laman wikipedia.com yang sering kita dapat. Betul tak??

Malah disebabkan ada tugasan khusus bagi memantau dan mengemaskini maklumat, ia secara tidak langsung menjadi laman web percuma kepada entiti terbabit dan ramai pula yang mengaksesnya. Tetapi lain pula kalau kita kaitkan dengan Facebook dan Twitter yang mana ia berkaitan rangkaian sosial. Wikipedia pula secara langsung  berkenaan isu-isu ilmiah, fakta-fakta dan bukan gosip. Oleh kerana sifatnya, sesiapa sahaja boleh menulis dan mengolah kenyataan di dalamnya, menjadikan Wikipedia sangat berguna, jika dibuat cara betul dan sangat berbahaya, jika sebaliknya. [Read more…] about Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??

Pilih IPTS yang diiktiraf MQA.

Zik · Apr 18, 2010 · 430 Comments

Pastikan yang mendapat pengiktirafan dari MQA (dahulunya dikenali LAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Peringatan ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang baru habis SPM/STPM, dan bakal bergelar siswa-siswi.   IPTS ini akan menjadi pilihan yang kedua sekirannya tidak/gagal mendapat tempat di IPTA yang mana sudah pasti IPTS adalah the next target.

Perlu diingatkan, IPTA tidak semestinya bagus dan IPTS tidak semestinya tidak bagus untuk dijadikan tempat menyambung pengajian.  Namun ia sebenarnya bergantung kepada anda dan ibubapa anda dalam bijak menilai kursus yang bakal diambil dan institusi sebagai tempat untuk belajar.  (Seeloknya mengkaji dan meneliti keadaan semasa dan akan datang mengenai peluang perkerjaan yang akan diambil.)

Berikut adalah senarai-senarai IPTS yang diiktiraf oleh badan MQA.

Anda semua boleh rujuk di laman www.mqa.gov.my untuk memastikan maklumat ini adalah benar, almaklumlah zik nie kadang-kadang silap.

Senarai IPTS di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan MQA. (Ini berdasarkan pemerhatian zik ye..bukan dari pakar-pakar profesional yang  lagi cendekiawan bagi pendapat ok!). [Read more…] about Pilih IPTS yang diiktiraf MQA.

Revolusi handphone ku.

Zik · Apr 17, 2010 · 1 Comment

Salam semua. Hari ini nak cerita mengenai revolusi penggunan handphone oleh zik sendiri. Erm tentunya anda semua juga ada mengalami revolusi handphone.

Revolusi teknologi komunikasi berkembang demikian pesat, selalu mengalami inovasi untuk memenuhi keperluan manusia, kepuasan dan hiburan. Teknologi sebagai hasil aplikasi sains tidak dapat diingkari telah memberikan pelbagai  impak yang bagus dan tidak bagus bagi kehidupan kita semua. Dengan aneka bentuk dan produk, serta teknologi mampu meringankan tugas manusia, serta menyebabkan untuk meningkatkan kesejahteraan manusia. [Read more…] about Revolusi handphone ku.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2136
  • Page 2137
  • Page 2138
  • Page 2139
  • Page 2140
  • Interim pages omitted …
  • Page 2163
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.