Email pilihan zik bulan ini!
Kagum zik dengan ketabahan seorang anak kecil yang menggunakan tulang empat keratnya membanting tulang, meneruskan perjuangan sebagai insan yang kerdil. Menitis airmata ku melihat mereka bergadai nyawa demi sesuap nasi, bak pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sedarkah kita?? Sesungguhnya mereka ini sangat berbezanya dengan anak-anak di Malaysia, terlalu banyak masa terluang sehingga terjebak pada gejala SOSIAL! Sehingga lupa pada dosa & pahala, zina berlaku berleluasa, anak dibunuh, dibuang tanpa rasa berdosa.
Kita harus bersyukur kerana Negara kita adalah aman makmur, cukup makan, berbanding dengan negara-negara yang miskin , memerlukan bantuan dari segi ekonomi, makanan, pembangunan, pendidikan dan pentadbiran yang telus.
Kita sudah tahu, dunia ini akan kiamat suatu hari nanti. Kita adalah generasi contoh kepada generasi yang baru. Sedarlah mereka akan ikut apa yang kita buat, bahkan lebih dari itu, jika kita tersilap langkah.