• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Akhirnya TPPA sudah ditandatangani 4.2.2016

Akhirnya TPPA sudah ditandatangani 4.2.2016

Zik · Feb 4, 2016 · 15 Comments

Share this on WhatsApp

image

Inilah tarikh keramat dan bakal menjadi mimpi ngeri buat rakyat malaysia dan 12 negara yang turut menyertainya. So, berhati-hatilah dengan penjajahan era baru milenium ini. Dikala dinegara kita tengah hangat pasal isu Menteri besar yang datuk mukhriz digugurkan, dan diganti dengan datuk ahmad maslan Bashah. Tak kisahlah tuh, janji buat kerja sudah.

Dua belas negara termasuk malaysia, memeterai perjanjian perkongsian trans pasifik (TPPA) , pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran , mengurangkan tarif dan mempromosu perdangangan yang lebih bebas. Menteri perdagangan antarabangsa dan Industri Datuk seri mustafa yang kasi sign ini agreement mewakili malaysia.

Pakatan perdagangan itu mewakili 40 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) globai bernilai lebih kurang AS 30 trillion. Majlis memeterai TPPA di ibu negara new zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar, mengambil masa 5 tahun dan ada 19 pusingan rundingan. Apa yang dirundingkan aku pun tak tahu.

Apa yang boleh dikatakan setakat ini,  ketuanan USA bakal datang tidak lama lagi. Pertarungan di antara 2 gergasi ekonomi dunia di mana antara Made in USA dengan Made in China bagi survival dan meluaskan empayar ekonomi masing-masing selepas ini di seantero dunia.

Sedikit video penerangan mengenai TPPA:  

 

12 negara anggota TPPA Australia Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico , New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (US) , Vietnam dan MALAYSIA.

Kembimbangan kita:

  1. Kedaulatan negara: Perjanjian TPPA tidak menghalang Kerajaan daripada menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam, terutamanya berkaitan  keselamatan negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan.
  2. Harga ubat-ubatan akan naik secara mendadak: Klausa perlindungan paten dalam Perjanjian TPPA ini tidak banyak berbeza dengan peraturan yang sedia ada di Malaysia. Di bawah Perjanjian TPP, negara-negara yang terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten sekiranya terdapat kelewatan. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti? Kesudahannya, nak kena ambil insurans la pulak…..
  3. Perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia: Hanya teks rundingan sahaja yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Sehingga kini, isu-isu dalam rundingan TPPA telah dibincangkan secara terbuka bersama pihak-pihak berkepentingan.
  4. Dominasi AS: Rundingan TPPA bukan semata-mata mengenai AS sahaja kerana, selain Malaysia, terdapat 11 negara lain yang turut menyertai rundingan ini. Maka keputusan dalam rundingan ini akan dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kepentingan semua negara terlibat.
  5. Sekiranya tidak menyertai TPPA: Malaysia akan mengalami kerugian kerana pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara yang menyertai TPPA bagi menikmati akses pasaran yang lebih baik.

Kita tak tahu sejauh mana keberkesanaanya TPPA, kelebihan dan bakal bencana mungkin?? Isi kandungan pun kita pun tak tahu. Dibahaskan dalam parlimen pun dah dapat majoriti tak boleh nak buat apa dah. Nak tak nak kena hadapi jerla. GST pun kita sudah laluinya, tak tahu tahun depan ke naik lagi peratusnya. Kan kesian tuh.

Share this on WhatsApp

Ekonomi apa itu tppa, kesan, kesan tppa kepada negara, negara yang menyertai tppa, tppa, tppa menguntungkan negara, tppa sudah ditandatangani 4.2.2016, video mengenai tppa

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    February 4, 2016 at 1:33 pm

    hmm..lepas satu..satu lagi yang muncul…kenaikan apa pulak la lepas ni..hurm…

    Reply
  2. akubiomed says

    February 4, 2016 at 3:44 pm

    Tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas TPPA tandatangan.

    Reply
  3. siti hazreen says

    February 4, 2016 at 9:57 pm

    saya pun tak berapa nak faham sangat tentang TPPA nih…moga-moga Malaysia terus aman, terhindar daripada anasir-anasir jahat

    Reply
  4. Uncle Zuan says

    February 4, 2016 at 11:13 pm

    hmmm jadi nervous pula nak tengok result dia πŸ™

    Reply
  5. semak saman says

    February 5, 2016 at 1:32 am

    tak boleh nak buat apa dah..sedihnya.. tengok la nanti apa yang akan jadi selepas tppa ini telah ditanda tangan.

    Reply
  6. Suhimi Nain says

    February 5, 2016 at 8:21 am

    tak boleh nak buat apa, tunggu dan lihat sahaja. bertabahlah! huhu

    Reply
  7. Raihanah Ahmad says

    February 5, 2016 at 9:35 am

    saya rasa tak boleh juga kita lihat sahaja, bagus tuan zik tulis ni supaya semua orang alert. tp part tunggu dan lihat tu saya kurang setuju. sekurang2nya kena kita zahirkan bantahan dan ketidaksetujuan kita. tppa ni bahaya, apa akan jadi pada masa depan negara nanti? satu lagi katanya walaupun dah sign semalam, tapi belum termetrai betul lagi tu. saya pun kurang arif, tapi masih ada harapan lagi. teruskan berjuang

    Reply
  8. titan says

    February 5, 2016 at 4:45 pm

    sedih.

    tapi benda dah berlaku.

    kita tunggu dan lihat aje la jawabnya.

    Reply
  9. olaoli says

    February 7, 2016 at 3:13 pm

    aku serius risau..apa kesannya nanti ni..kita akan semakin baik ka atau semakin buruk

    Reply
  10. sharinginfoz says

    February 7, 2016 at 8:48 pm

    since ianya dah sign, kita harapkan yang terbaik untuk malaysia

    Reply
  11. si bongkok says

    February 9, 2016 at 1:39 pm

    Nak redah kita pon tak faham…

    Nak lawan kita siapa pulak…

    Apa mau risau…pak menteri kan cakap… malaysia masih aman…. πŸ™‚

    p/s: 127 orang yang sokong akan disoal jawab nanti disana….

    Reply
  12. Noriza_mommavogue says

    February 11, 2016 at 4:16 pm

    Kalau dah sign nanti nak batalkan boleh ke ye?

    Reply
    • Raihanah Ahmad says

      February 12, 2016 at 3:12 pm

      belum binding lagi. masih ada masa katanya.

      Reply
      • Zik says

        February 13, 2016 at 9:53 am

        entahla pening jer .. kita nih rakyat biasa apa yang boleh nak lakukan… cakap salah sikit kang kena sumbat masuk lokap pulak…

        Reply
  13. Zurainny Ismail says

    February 13, 2016 at 11:23 am

    Amnya, semua kontrak boleh dibatalkan atau terbatal. Salah satu cara bagi yang melibatkan kontrak kerajaan adalah melalui cara perundangan. Boleh berlaku sekiranya badan perundangan kita bersatu hati. Tapi semua tindakan ada kesan, so kena difikir dengan teliti.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss