Salam semua, sebuah sajak yang ringkas di hari selasa yang indah ini.
Air mata seorang hamba….
Ia bukan kerana mengalirkan mata bukan kerana aku memohon simpati pada muYa Allah,
Tetapi kerana aku banyak dosa….
Aku takut umur ku tidak panjang…
Aku takut akan neraka mu.. tetapi aku langgar ,laranganmu…
Air mata ini yang mengalir, bukan sengaja ku berlakon seperti drama di televisyen..
Ia datang dari hati ini….
Janganlah kita mengalirkan mata kerana dunia semata-mata, kerna ianya tidak kekal.
Air mata ini mengalir, begitu banyak pendustaan, penyelewengan, manusia yang sombong dan bongkak….
Berdoalah, bertawakal dan menangislah kerana Allah itu maha Pengampun lagi Maha mengasihani…
Biarkan air mata itu, membasahi pipimu… biarkan ia… insyallah leburlah dosa-dosa kita itu…
Air mata seorang hamba…
….. :cwy: :cwy: :cwy:
siapkan diri sebelum bertemu denganNya..
bekalan apa yang hendak dibawa kesana ……
selalulah muhasabah diri dengan sepenuh jiwa. ianya bagus utk diri kita..
kje kje juga..bisnes bisnes juga..tp jangan sampai lupa diri..
ya betul tuh.. kadang2 kita terlupa..
Salah satu fungsi air mata…dikatakan dapat menenangkan jiwa. Air mata yang keluar selalunya berkait rapat dengan hati. Inilah dikatakan terapi air mata. ini terjadi bila lahir perasaan hiba,ketika sedih,ketika gembira,terharu,marah, dan paling kerap ketika memohon keampunan dari Allah.
Ramai kaum lelaki zaman nie tak tunjukkan tangisan mereka depan orang kononnya takut tak macho.
Tapi bilo tengok cerita hindustan…fuh…macam diorang pulak yang berlakon dalam cerita tue.
betul juga.. cerita hindustan nie..terlebih feeling pulakknya.. huhu
pernah terbaca sebuah cerita tentang ” kerana sehelai bulu mata” yg menangis mengenang kebesaran Allah..dan menginsafi dosanya.. tatkala insan itu hendak dicampakkan ke neraka.. tiba2 suara kecil dr bulu matanya berbicara… ” aku pernah mengalirkan airmataku keranaNya… ” maka ampunkanlah hamba ini…
lantas hamba td itu dimasukkan ke dlm syurga Allah yg kekal abadi..hanya kerana sehelai bulu mata….
masyaAllah.. semuga kita berada dlm keadaan yg diredhainya InsyaAllah.. 🙂
erm pernah juga dengar cerita macam itu.. tapi ingat2 lupa…
Salam kunjungan pg.
Singgah membaca…
selamat membaca..
Lain macam entri kali ini banyak unsur-unsur ketuhanan. 🙂
sesekali tukar angin zik nih heee
entri macam nie kena banyakkan lagi…
usia tak mengenal apa itu kematian…
bila2 masa sahaja akan datang..
setitis air mata memang penuh dengan pengertian…
betul tuh… pengertian yang hanya diketahui oleh hambanya dan penciptanya..
air mata dapat mencuci mata yang bermasaalah
mata rabun tak nampak waktu malam. :cwy:
betul tu Bro,
dan ramai yang takut hantu dari takut Tuhan
kalau orang cakap, tempat tu berhatu sah ramai yang tak pergi,
tapi kalau orang cakap disko tu tak eloh tuhan marah, makin ramai yang masuk
Dan ramai yang lebih takut kepada boss berbanding dengan mengingkari perintah Allah
Biasanya kita akan insaf bila ada musibah yang melanda….
itulah..kita kadangkala cuma nampak ujian apabila kesusahan, sedangkan kesenangan itu satu ujian juga buat kita, adakah kita mampu mengingatiNya di kala senang…
“..Berdoalah, bertawakal dan menangislah kerana Allah itu maha Pengampun lagi Maha mengasihani..”
biar menangis kerana bertaubat kepada allah, bukan menangis ditinggalkan kekasih
menangis ditinggalkan kekasih.. seharusnya dielakkan..
Aku masih lagi menahan untuk menangis
hmm sedih,tapi apa nak buat
life must go on
betul tuh..perjuangan harus diteruskan…
sebagai manusia.kita meminjam
saja apa yang ada di muka bumi ini.
pinjaman yang hanya sementara….
orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak ingat kepada mati.
ini bukan saya kata, tetapi, kamu tahulah siapa..
syukran2… moga kita adalah tergolong dalam orang yang bijak, iaitu mengingati mati…
muhasabah diri sekejap..
huhuhuuu
amin2.. moga kita semua… beroleh rahmat Illahi..
Salam Zik…
perkongsian rasa untuk suatu yang alpa…makasih bro..
sama2 peringatan untuk diriku ….
boleh dijadikan lirik lagu nasyid ni hehe.
Allah sangat suka hambanya yang mengalirkan air mata kerana keklilafan dirinya dalam hidup
tuh la boleh jadi lirik nasyid nie.. huhu… kita adalah hamba yang tak terlepas dari membuat dosa…
adakah beza antara air mata perempuan dengan lelaki?
takda beza…
banyak dosa yang aku buat..moga sentiasa mendapat keampunan Allah 🙁
Hmm…selalu juga keluar airmata…tapi dalam hati sahaja..airmata lelaki agak mahal,tapi bila dah jadi murah…ianya sedia untuk dilelong 🙂
selalunya mata ini berat menangis bila mengingati Allah..
selalunya mata ini berat menangis bila mengenangkan kematian
selalunya mata ini berat untuk menangis bila terkenangkan akan dosa-dosa
selalunya mata ini berat untuk menangis bila melakukan kesalahan
tetapi mudah pula menangis bila menonton rejectnya pesarta kesayangan dalam program realiti
mudah menangis bila kekasih hati berpaling hati
mudahnya menangis bila menonton cite cite sedih di pawagam
semoga Allah sentiasa memberikan kita semua kebaikan. InsyaAllah