• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.

Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.

Zik · Jan 28, 2011 · 33 Comments

Share this on WhatsApp

Assalamualaikum, hari jumaat hari penghulu segala hari.

Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali orang sakit, people sick, menziarahi orang sakit, doa lawat orang sakit, mendoakan orang sakitpersaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas.

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Insyallah, moga-moga aku dan kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?

Sumber blog doa harian, halaqah.net muzakkir blog

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan adab menziarahi orang sakit, doa untuk orang sakit, hadis saranan menziarahi orang sakit, kelebihan menziarahi orang yang sakit, pantang larang dalam ziarah orang sakit, perkara makruh dalam menziarahi orang sakit, tip menziarahi orang sakit

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anip says

    January 28, 2011 at 3:02 pm

    hmm, adabnye memang banyak kite tak ikut, hehhe. sekrang nenek aku tengah sakit kt rumah, ade sesetengah yang mengikut adab2 tu, hmm..

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:43 am

      semoga lekas sembuh… neneknya

      Reply
  2. adele says

    January 28, 2011 at 3:05 pm

    adab lahir dari hati seseorang..kalau seseorang itu beradab pasti segala adab yg dihuraikan di atas dpt dipenuhi 🙂

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:44 am

      insyallah… moga2 hendaknya…

      Reply
  3. MDHAFiZ.NET says

    January 28, 2011 at 8:34 pm

    indahnya islam.. 🙂

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:44 am

      indah.. cuma kita jer yang seringkali melalaikannya…

      Reply
  4. akubiomed says

    January 28, 2011 at 10:14 pm

    Ohh tak tahu pula mengenai buah tangan tersebut. Biasanya empunya badan suruh makan kerana tidak ada selera makan. Rasanya boleh kot dengan keizinan

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:45 am

      boleh…. kalau yang sakit tuh memang tak makan apa yang diberi…. kalau diberi izin..

      Reply
  5. donny says

    January 28, 2011 at 11:06 pm

    salam 1 malaysia Zik..salam jumaat.. esok sabtu krja

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:46 am

      selamat bekerja… hehe

      Reply
  6. etomyam says

    January 28, 2011 at 11:44 pm

    melawat orang sakit boleh memberi keinsafan kepada kita semua 😀

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:50 am

      insaf sesat dua …jangan ya!!.. hehe

      Reply
  7. syahrilhafiz says

    January 29, 2011 at 12:03 am

    hurm aku pun dah lupa adab2 ni
    thank bro untuk info ni

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:51 am

      lupa sebab jarang ziarah nie..samalah aku..hehe

      Reply
      • B biase 2 je says

        June 30, 2011 at 12:32 am

        hehe.. tahilalat hang samo position cam kami le!

        smile..

        ps. kalu kita berziarah n si sakit pulak asyik suh kita makan @ bagi brg makanan pulak unt kita , cmno ek? mmg xmo mbik, tp tkut depa kcik hati gak sbb sllu sebut… hee..

        cmno?

        Reply
        • Zik says

          June 30, 2011 at 12:36 am

          ambil jer..kalau dah disuruh… tengok keadaan jugakla….

          Reply
          • B biase 2 je says

            July 6, 2011 at 10:14 pm

            hehe…mmg dh mbik dlu tp x larat nk makan sbb really fulled mase tuu.. nk sedekahkan x suai sbb dh lewat malam mase smp umah lepas visit him, now dia xde doh.. meninggal… innalillahi.. tapi dia sangat happy mase kami berjumpa selepas genap setahun kami bermusafir bersama ke padang, indon..

            semoga Allah merahmati rohnya bersama solehin.. ameeen..

            Reply
  8. nash says

    January 29, 2011 at 12:44 am

    dulu pernah la melawat rakan sakit.. time sem lepas…cuma time tu lawat setengah jam…xde la lama sgt..cuma terlupe nk beri buah tangan n bertanyakan banyak khabar kat dia…hu3

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:52 am

      takpe.. janji ziarah .. dah cukup bagus tuh bro…

      Reply
  9. tehr says

    January 29, 2011 at 1:03 am

    kunjungan kawan2 dapat meringankan beban pesakit

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 3:02 am

      beban dan .. menceriakan si pesakit…

      Reply
  10. Ladfe Amir says

    January 30, 2011 at 11:26 pm

    kadang kala bila waktu melawat, kesian pula melihat pesakit yg menantikan kehadiran pelawat atau orang yg tersayang bertandang. ada yg terbaring lesu je menanti.

    Reply
  11. zam says

    March 17, 2011 at 2:57 pm

    mintak share

    Reply
    • Zik says

      March 17, 2011 at 4:07 pm

      boleh …. dipersilakan.. terima kasih

      Reply
  12. mama tunz says

    December 2, 2011 at 8:20 pm

    minta izin tq

    Reply
  13. aida says

    December 6, 2011 at 12:17 am

    mohon share

    Reply
  14. hjhzae says

    January 31, 2012 at 6:21 pm

    Salam Zik

    Good article. Shd broadcast dan mohon share.

    tq ye!

    Reply
  15. wani says

    April 29, 2012 at 7:21 pm

    mohon share ye

    Reply
  16. aishah says

    March 6, 2013 at 10:18 pm

    mohon share..tq

    Reply
  17. NORIDI says

    June 9, 2014 at 12:30 pm

    mohon kongsi, t.kasih.

    Reply
  18. Noriza_mommavogue says

    February 23, 2016 at 8:26 pm

    Bagus peringatan ni, selalunya MV menziarahi pesakit memang tak lama sebab tak nak ganggu pesakit berehat

    Reply

Trackbacks

  1. Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya. « news@yoys says:
    January 29, 2011 at 1:49 am

    […] Excerpt from: Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya. […]

    Reply
  2. My Blog » Ramai sgt org dibelah Perut says:
    May 7, 2015 at 11:54 am

    […] dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad). Sumber Info : Via  Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami diberkati.  Ayuyayansmum Kesihatan, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: