• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 7 Cara Bagaimana Nak Elakkan Perangkap Hutang

7 Cara Bagaimana Nak Elakkan Perangkap Hutang

Zik · Aug 14, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Elak perangkap hutang.

Jangan cerita orang lainlah, diri sendiri pun kelaut sebenarnya. So aku menulis kali ini bukan mahu cakap besar, tapi mahu korang beringat masa ada gaji besar tak besar sangatlah, hutang tak semua jahat. Kena kawal emosi dan nafsu. Tapi sebolehnya elakkan. Sekali dah terjerat, nahaslah jawabnya. Ramai orang muda, bujang macam akulah jadi macam tuh. Tapi aku bersyukur sebab gaji kecil, so keraknya kecil jugak. Kalau tak nahas. Tapi bila dah terkena, jangan menyesal, hadapi cari jalan. Bukan lari dari masalah. Selesaikan cara yang baik. Bukan gali lubang tutup lubang.

Aku tidak pernah berhenti mengingatkan orang jangan berhutang, sebab ianya satu masalah yang besar kepada ekonomi diri kita sendiri. Sebab hal ini bersangkut paut dengan kehidupan , lifestyle kita.

baca juga:  Mustahil hidup tanpa hutang

Ya, aku pernah juga terjebak dengan hutang kad kredit sebelum ini. Bukan kerana boros, tetapi terpaksa menggunakannya untuk waktu kecemasan. Aku telah memberhentikan tabiat bergantung dengan kad kredit untuk digunakan pada waktu kecemasan apabila sudah mula membangunkan dana kecemasan  sendiri.Sebabnya aku sudah mula sedar, dengan kebergantungan kepada kad kredit untuk dana kecemasan, ada kemungkinan besar aku tidak akan dapat membayar balik duit yang diguna, sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku dengan diri sendiri.

Aku bagi 7 point utama. Lain akan bersambung entri akan datang kalau rajinlah ya.

1.Jangan abaikan hutang anda

Jika anda tidak mengendahkan hakikat bahawa anda mempunyai masalah kewangan, anda berpotensi untuk memburukkan keadaan anda kerana hutang yang anda buat tersebut tidak akan hilang dengan sendiri. Berlengah-lengah dalam menangani masalah ini juga boleh memburukkan keadaan. Anda fikir si pemiutang (selalunya institusi perbankan atau ahlong) akan melupakan hutang anda kepada mereka? Semua tuh diorang akan rekod punya, bank negara pun ada rekod kroang hatta lagi ahlong lu lagi mahu lencai ??

2. Jangan suka buat gaya hidup berbelanja RM10,000 padahal gaji cuma RM5,000. 

Hidup sekadar yang anda mampu mungkin tidak sehebat mana, tetapi ia adalah satu tindakan yang sangat bijak. Saya masih teringat kata-kata seorang mentor saya, “It’s not how much you earn. What’s important is how much you save at the end of the month”. Kalau pada akhir setiap bulan kita berbelanja lebih dari pendapatan kita, lambat laun kita akan terjerumus ke dalam lubuk hutang. Anda juga akan menikmati kehidupan yang lebih baik kerana tidak ada orang yang menagih hutang dari anda atau sesiapa yang ingin menjadikan anda bangkrap.

3.Jangan boros berbelanja pada hari istimewa (perayaan)

Kita memang tidak dapat elakkan untuk bebelanja lebih sedikit sewaktu hari perayaan, hari lahir dan keraian lain. Pada musim perayaan contohnya, banyak jualan murah dengan diskaun tak masuk akal boleh membuatkan anda rasa bersalah jika tidak membeli untuk orang yang disayangi. Lebih banyak rasa bersalah anda, lebih banyaklah duit yang mungkin anda keluarkan untuk berbelanja. 

Jika anda merasakan yang hadiah adalah sesuatu yang mesti anda beli, elakkan dari membeli di saat-saat akhir, kerana pada ketika ini, anda cenderung untuk melakukan“impulse buying” yang mungkin juga terbeli hadiah yang mahal. Kita terpedaya dengan psikologi harga. Rancang terlebih dahulu hadiah apa yang anda ingin beli, tentukan berapakah bajet hadiah tersebut dan mula menyimpan untuknya lebih awal. Ini boleh mengelakkan daripada anda melakukan perbelanjaan tidak terancang, yang mungkin merugikan anda.

Jangan juga berbelanja untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Iklan kereta di televisyen selalu mengelirukan kita dengan menyiarkan iklan pemilikan kereta setiap kali sebelum hari perayaan, dengan menyuntik sentimen menunjuk-nunjuk kereta baru kepada ahli keluarga sewaktu pulang ke kampung. Tidak ada gunanya berkereta baru pada hari perayaan, tetapi anda terpaksa berhutang dengan kad kredit kerana duit yang ada telah digunakan untuk membuat bayaran downpayment!

Lebih baik untuk anda gunakan duit tersebut dengan cermat atau simpan untuk kegunaan masa hadapan.

4. Tidak terpengaruh dengan iklan

Jangan buat keputusan terburu-buru apabila ternampak iklan yang terlampau banyak di televisyen dan media sosial. Jangan mudah terpedaya dengan gimik bahawa dengan tidak membeli sesuatu barangan akan mengecewakan diri anda sebagai manusia, ibu, bapa atau isteri. Kebanyakan iklan sekarang menggunakan teknik yang menyentuh emosi kita, kerana kebanyakan masa, kita membeli bukan dengan akal, tetapi dengan emosi. 

Tidak dinafikan yang memang sukar untuk kita kawal emosi dari berbelanja apabila iklan tersebut juga boleh menunjukkan cara-cara kita membuat pembelian dengan kaedah berhutang (dengan bayaran ansuran) agar kita dapat memiliki barangan mahal yang di luar kemampuan kita. Malah kita juga ditawarkan dengan hadiah-hadiah menarik sekiranya transaksi kita berjaya!

5. Jangan gunakan kad kredit untuk meminjam

Kad kredit memang boleh digunakan (terutamanya yang patuh syariah) hampir 99 peratus mana ad yang patuh syariah, LOL! sekiranya kita boleh mambayar balik penggunaannya dengan cepat mengikut tarikh yang ditetapkan tanpa menghasilkan faedah. Tetapi untuk digunakan sebagai tempat meminjam duit, adalah dilarang sama sekali.

Membeli dengan berhutang dan tidak membereskan pembayaran dengan penuh setiap bulan akan meningkatkan lagi kos pembelian. Faedah yang dikenakan akan meningkat, dan kitaran giler ini akan kembali berulang setiap bulan. Anda akan mengambil masa yang begitu lama untuk membayar pinjaman tersebut sehinggalah ia membesar di luar jangkauan pembayaran anda. Fuh memang pening sebenarnya setiap bulan.

Potong sahaja kar credit nih. Habis cerita. Tapi mahu bayar juga fees tuh perannum atau per year. (Bulanan dan tahunan)

6. Jangan membeli melalui sewa beli jika anda mampu membayar sekaligus

Jika tidak, simpanlah duit sehingga anda mampu. Anda akan mendapat kadar faedah apabila anda menyimpan, sedangkan anda terpaksa membayar faedah jika anda membeli melalui sewa beli atau bayaran mudah. Kan sakit tuh.

7. Jangan terburu-buru menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh seseorang

Yang ini mungkin semua pernah alami, apabila adik beradik kita meminta kita untuk menjadi penjamin untuk mereka membeli kereta. Ada kemungkinan yang anda akan mewarisi hutang mereka sekiranya mereka tidak lagi mampu untuk membayar sewa beli bulanan kereta tersebut.

Sebagai penjamin, anda sebenarnya bersetuju untuk membayar hutang mereka sekiranya mereka gagal membayar. Jangan ingat yang anda selamat menjadi penjamin kerana ramai lagi orang lain menjadi penjamin tanpa masalah. Bank mempunyai hak mempertanggungjawabkan semua hutang ke atas penjamin sekiranya peminjam gagal membuat bayaran pinjaman. Fikir elok-elok dan nasihat kepada orang yang nak minjam tuh, kena settle. Kesannya korang pulak nanti nak buat pinjaman, dah kena blacklist pulak..

 

Nah, apa macam?? Pokok pangkal diri kita tuh sendiri. Bukan mudah nak elakkan dari perangkap hutang bila kita dah terjebak, susahla nak atasinya. Hutang ada baik ada buruknnya. Kita kena ambil yang baiklah. Yang buruk tuh bila keadaan dah tak terkawal dan sudah menjadi satu barah kronik sukar untuk kita ubati lagi dah.

credit to theringgit.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi bagaimana uruskan hutang, bagaimana uruskan kewangan kita, cara elak hutang, tips elakkan perangkap hutang, tips hutang

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi

Tips jimat cermat 2017 part1

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Bila cerita macam nih, semua orang pening kep…

%d bloggers like this: