Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 5 Idea mudah untuk wanita cari duit poket dari rumah

5 Idea mudah untuk wanita cari duit poket dari rumah

Zik · Dec 5, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PANDUAN CARI DUIT TEPI BAGI WANITA

Kiriman dari Nina Osman

 Perempuan kena steady, cari duit sendiri

Banyak betul kes atau cerita mengenai isteri yang kena tinggal sehelai sepinggang. Bukan nak berbicara mengenai ketidakadilan apa yang berlaku tetapi kaum hawa sendiri kenalah sentiasa beringat. Langit tidaklah selalunya cerah. Kadang kala, insan yang kita harapkan untuk menjaga kita tidak lagi menjadi pelindung yang kita harapkan selamanya. Bila perkara dah berlaku, mulalah kita menyesali apa yang terjadi. Jangan terlalu bersedih. Bangkitlah dan cuba sayang diri sendiri semula.

Apa yang penting anda kena pandai merancang kewangan untuk diri anda sendiri. Siapa pun ada, pelajar universiti, pekerja mahupun ibu-ibu, apa pun peranan anda di dunia ini. Anda haruslah mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan anda dan salah satu alat untuk membantu anda adalah dengan mempunyai simpanan sendiri. Bagi sesiapa yang nak cuba untuk menambah simpanan bermula dari rumah,i kami kongsikan beberapa idea untuk anda.

  1. Buat drop shipping.

Buat drop shipping ni mudah sahaja sebab anda sendiri tak perlu pegang stok atau barang dan tak perlu nak pergi pos. Anda hanya perlu promote barang sahaja secara online di platform media sosial anda atau pun kepada jiran sebelah rumah anda.

Selepas itu, anda hanya perlu ambil pesanan sahaja dari pelanggan. Ini antara idea perniagaan yang paling mudah dan anda boleh buat bila-bila masa tanpa perlu modal tinggi. Sambil jaga anak pun, anda boleh buat kerana ia tidak memerlukan masa yang banyak.

Bagi pelajar yang banyak assignment, pilihan dropship ini sahaja sudah baik. Yang penting, anda kena ada telefon bimbit, laptop dan yang paling utama, capaian Internet. Banyak syarikat tawarkan kerjaya untuk menjadi agen pengedar mereka dan drop ship, anda hanya perlu cari sahaja sama ada iklan di Facebook dan sebagainya.

  1. Ambil upah jaga anak orang.

 Sambil-sambil anda menjaga anak sendiri, apa kata anda tambah duit poket dengan menjaga anak orang atau mengambil upah untuk menjaga anak jiran anda. Ada pengasuh yang mengambil bayi seawal 5 bulan dan sebagainya. Jika anda tidak mahu menjaga anak terlalu lama, anda boleh jadikan rumah anda sebagai transit untuk anak-anak yang bersekolah. Jadi, anda bolehlah jaga anak jagaan anda dalam tempoh yang singkat.

Kadar bayaran pengasuh mungkin berubah-ubah mengikut kos hidup. Untuk ini, ianya terpulang kepada budi bicara anda dalam mengenakan kadar bayaran. Anda boleh mengasuh anak-anak di kejiranan anda atau anda boleh mendaftar di laman web Kiddocare. Sesiapa pun boleh mendaftar, malah anda juga akan dapat latihan untuk menjaga anak sambil mengikut SOP. Menarik kan?

  1. Jual barang secara online.

Berbeza dengan drop shipping, anda boleh juga menjual barang terpakai atau apa sahaja asalkan anda mempunyai akses dengan Internet untuk promosikan produk anda online. Pada masa yang sama, anda juga perlu pos barang anda kepada pelanggan.

Kalau anda ada banyak baju terpakai atau apa sahaja barangan di rumah yang anda tidak lagi perlukan, anda boleh membuat duit dengan menjual barang anda. Gunalah platform laman web seperti Carousel, Shopee ataupun platform media sosial anda sendiri.

Risau kalau nak pergi pos barang tapi tak sanggup tinggalkan anak dekat rumah atau anda banyak kerja tertangguh? Ada banyak pilihan untuk anda pos barang dengan mudah hanya dari rumah. Anda boleh cuba gunakan Sendparcel dari Pos Laju, J&T Express atau pakai sahaja sampul pos prepaid Ninja Pack dari Ninja Van untuk pos barang anda tanpa perlu beratur atau bersesak. Nak aturkan pengambilan barang dari rumah pun boleh. Lagilah mudah!

  1. Jual kemahiran anda

Mungkin ada di antara anda yang pandai menjahit, pandai memasak, dan memiliki pengetahuan yang membolehkan anda menjadi tutor atau guru tuisyen. Anda boleh gunakan kemahiran yang anda miliki untuk menjana pendapatan.

Perkara pertama ialah anda perlu lakukan ialah mengenal pasti kemahiran yang anda miliki dan bolehlah anda mengintai peluang yang ada untuk anda ketengahkan kemahiran anda. Kalau ada keperluan untuk anda menjadi tutor atau sebagainya, bolehlah anda membuat kelas tuisyen di rumah anda ataupun sebagainya.

Kalau anda pandai memasak atau membuat kek, haa apa kata anda cuba bagi jiran-jiran rasa untuk promote sikit masakan anda.

  1.   Cari kerja sebagai freelancer di laman web

Zaman sekarang ini, sudah ramai orang mula berkerja secara remote ataupun di rumah disebabkan pandemik yang melanda seluruh negara. Bertambah ramai juga syarikat yang mula menawarkan pekerjaan untuk freelancer atau pekerja yang bekerja secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana syarikat.

Apakah jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan sebagai freelancer?

  • Data entry (menulis dokumen, data)
  • Menulis artikel
  • Menulis caption sosial media
  • Menterjemah dan banyak lagi!

Dimana anda boleh cuba cari kerja freelance?

Anda boleh cuba Facebook Jobs atau group-group Facebook yang mengiklankan kerja kosong, guna laman web seperti Fiverr, Freelancer, Upwork dan banyak lagi laman web.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan untuk membantu kewangan anda dan keluarga. Apa yang penting, perempuan kena steady!

 

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Usahawan 5 Idea mudah untuk wanita cari duit poket dari rumah, cara buat bisnes part time bagi suri rumah, duit sampingan buat wanita, idea perniagaan buat suri rumah alaf baru

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.