• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
You are here: Home / Kesihatan / 4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

August 6, 2010 by Zik 78 Comments

Share this on WhatsApp

hotTHE BERKAT DOT COMhot

Assalamulaikan dan dalam sejahtera.

Bayangkan, beberapa hari yang lepas anda sedang menikmati satu hidangan yang enak di sebuah restoran. Sejak dari hari itu, teringin pula untuk menikmati menu yang sama setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuat tiba-tiba ketagihan tersebut. Kenapa ya agaknya? Menderam ke?? Hehe.

Sebenarnya tanpa kita disedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi unsur/elemen  yang boleh menyebabkan ketagihan (bukan macam penagih dadah). Kebanyakannya adalah makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang membuat kita ketagihan.

Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita tidak terkawal macam biasa, seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.

Ada empat:

  • Sodium Nitrit.

Bahan kimia ini berfungsi untuk mengawet, member warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan. (daging yang diproses, dicampur dengan bla,bla)

  • BHA dan BHT

Butylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pad makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan minyak sayur.

  • Propyl Gallate

Propyl Gallate juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan  didalam makanan yang dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti  BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.

  • Monosodium Glutamate.

Monosodium Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini.

Pada sesetengah orang pula, ( ini terpulang kepada individu, tak semua) ia boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakit kepala dan mual. Untuk itu, kurangkanlah penggunaan MSG dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar didalam hidangan makanan yang lazat tanpa menggunakan MSG nie.

Bahan pengawet ganggu fungsi jantung.

Garam dan  bahan kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan diabetis.

Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut diambil banyak.

Didalam kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika Syarikat mendapati, daging merah yang segar tidak tidak meningkatkan risiko penyakit.

Didalam kajian yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko gangguan sakit jantung.

Oleh yang demikian, marilah kita menjaga kesihatan kita lah ya. Sihat sebelum sakit.

Diolah dari sumber dari Khairun Nisa Ishak, Karangkraf editor.  (mingguan wanita)

 

More from my site

  • Tips mudah berhenti merokokTips mudah berhenti merokok
  • Apa itu elektrolit dan kepentinganyaApa itu elektrolit dan kepentinganya
  • Tips penjagaan gigiTips penjagaan gigi
  • GinjalGinjal
  • 7 tips mengatasi masalah gusi7 tips mengatasi masalah gusi
  • Khasiat buah pala dalam kesihatanKhasiat buah pala dalam kesihatan

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kesihatan Tagged With: 4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan, bahan kimia dalam makanan ringan, bahan kimia penyebab ketagihan, makanan ringan penyebab ketagihan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. etomyam says

    August 6, 2010 at 6:00 pm

    MSG tu selalu dengar,..memang info yang berguna ni zik

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:40 am

      erm samalah..... bro.. msg kira term dia tuh kira familiar.....

      Reply
    • bujang3 says

      August 9, 2010 at 2:36 pm

      ye lah..cam biase dengar jer !!!

      Reply
  2. zulkbo says

    August 6, 2010 at 6:01 pm

    salam..
    ditambah lagi dengan
    tekanan tempat kerja
    mau tak mencanak
    naik tekanan darah..
    semuanya berunsur
    garam dalam makanan
    kita hari ni...

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:43 am

      huh banyak betul garam kita makan dalam seharian. ye tak bro.. huhu ...

      Reply
  3. fahmi ibrahim says

    August 6, 2010 at 6:47 pm

    Patut la kita suka sangat makan makanan rapu. Ketagih rupanya.

    Ehem... gambar GCB tu..

    Reply
    • Affan says

      August 8, 2010 at 3:59 am

      strategi pemasaran agaknya.
      samalah jgn dgn coke.
      kalau dah ketagih dgn sesuatu tu, mmg syarikat pengeluar lah untung.
      strategi yg merosakkan kesihatan pengguna. hehe

      Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:44 am

      hehe.. gambar hiasa jerk bro..hik2.. tapi memang tengok dari tv bukan main besar lagi... tapi indah khabar dari rupa...

      Reply
  4. blinkky says

    August 6, 2010 at 8:16 pm

    Kena kaji apa yang kita makan tiap-tiap hari =)

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:47 am

      yup betul tuh bro...

      Reply
  5. elmO blurb says

    August 6, 2010 at 8:25 pm

    kalau nak diikutkan apa2 pun yang kita makan skang mmg byk food additive.
    bahan pewarna pon byk chemical tmbhn, kalo lebih2 boleh memudaratkan.
    memang mudah kita kena mcm2 kanser.
    tengok ler, kecik2 dah makan gula2, coklat pon byk food additive.
    so kene biasakan makan buah ler pasni.
    tu pun kene buah yg betul2 pure. 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:48 am

      makan buah..bagus.. kasi bersih itu darah...

      Reply
  6. aziq says

    August 6, 2010 at 11:35 pm

    dah nak bulan puasa ni.Dapatlah jaga pemakanan skit.

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 10:58 am

      erm betul juga ya....

      Reply
  7. piewahid says

    August 6, 2010 at 11:43 pm

    salam.
    info yg sgt bguna.

    makanan berkhasiat 1 isu.
    makanan yg betul2 halal 1 isu.
    sebablah tu lah agaknya kualiti hidup makin merudum!

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:12 am

      erm btul juga ya

      Reply
  8. ST says

    August 7, 2010 at 2:38 am

    err.. bahaya betul makanan zaman skang nih. patutlah ramai dah sakit badan walaupun umur masih muda...

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:14 am

      tahu takpe bro...entahla...

      Reply
  9. boy_bersahaje says

    August 7, 2010 at 2:57 am

    Sebab itulah zaman sekrang ni senang sangat nk kene penyakit. Budak baru form 1 dah boleh kene diabetis yang teruk. Wanauzubillah. Memang kena berhati-hati dalam pemilihan makanan

    Reply
    • ibnujusup says

      August 7, 2010 at 4:47 am

      bukan setakat budak form 1, ade membe ak yg wat medic, habis blaja terus kene diabetic... mane taknye, kuliah2, balik makan mknn ringan + 10o plus... kalau excercise ok gak... ni dok lepak2 je, tmbh la teruk... klu lepak blogging x pe gak...huhu

      Reply
  10. madlut says

    August 7, 2010 at 3:50 am

    msg tu lebih dikenali dengan AJINAMOTO kat malaysia nieh....dibuat dari sagu, orang jepun claim ia sebagai salah satu rasa selain masam, manis, pahit dan masin

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:15 am

      yang kat malaysia nie guna ubi... ntah tak ingat..tapi tak elok sebenarnya... sekali sekali tak pe la..

      Reply
  11. ibnujusup says

    August 7, 2010 at 4:45 am

    thanx for the sharing bro.. 🙂 kesimpulannya
    -kurangkan makan garam..( elakkan dari peniaga untung banyak)
    -kurangkan makan ajinomoto( kurang la pengambilan MSG)
    -jangan makan sate( pembakaran menggunakan arang mempunyai byk agen penwawet dan cancerous agent..mungkin payah sket kot... )
    -kurangkan makan kat mamak( lagi la payah, tu la port plg santai)

    kesimpulanya, kawin cepat, insyaallah lebih sehat jasmani, rohani dan duit-ni.. 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:18 am

      satay tuh memang banyak kalori tuh..huhu.. mamak dah la mahal...mencekik darah.... kahwin cepat..insyallah... hehe

      Reply
  12. Azuan says

    August 7, 2010 at 4:49 am

    info yg berguna ni bro.. aku main redah jer mkn apa2 pun.. hehe

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:23 am

      hek2... kadang2 dah tahu..cuma sukar nak berhenti...huhu

      Reply
  13. wazy says

    August 7, 2010 at 4:53 am

    Kecur bila tengok gambar tu
    hehehe
    Ternyata Monosodium Glutamate (MSG) ni banyak keburukan dia pada kesihatan

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:27 am

      nyum2... hehe.. tuhla pasal bro.. bahaya... kesannya bukan sehari dua...

      Reply
  14. Nine says

    August 7, 2010 at 7:55 am

    patut duk ketagin nasik daging masak merah kedai andaman, sodium nitrit rupanya hehe, boleh kata tiap2 hari duk makan..huhu..tq Zik info nih..KFC pun sama gak ek..

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:30 am

      hehe... susah juga nak berhenti .... sedap tuh...hehe. sekali sekala takper bro..

      Reply
  15. zackpantai says

    August 7, 2010 at 9:13 am

    info yang bagus ni, aku pun dah makin kurang makan kat luar. terbaiklah aku.

    Reply
    • Affan says

      August 8, 2010 at 3:58 am

      hehe. lol. puji diri sendiri. tapi bagus gak tu untuk motivasi diri sendiri. hehe

      Reply
      • Zik says

        August 8, 2010 at 11:30 am

        owh yeke ..bagus2 bro...

        Reply
  16. donnyien says

    August 7, 2010 at 11:22 am

    GCB? baru layan minggu lepas... 🙂 habislah aku

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:31 am

      kadang-kadang takpe.... yang menjadi masalah..tiap2 hari...huhu

      Reply
  17. Stargone says

    August 7, 2010 at 11:58 am

    itulah antara sebab aku kurangkan membeli makanan macam ni. walaupun terasa 'ketagih' nak merasa lagi. aku lebih suka makanan segar yang dimasak sendiri, walaupun aku hanya tau berapa kerat resipi je. 😀

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:32 am

      owh hebat nie... chef... masak sendiri lebih jimat dan berkhasiat...

      Reply
  18. anuarkarimz says

    August 7, 2010 at 2:51 pm

    Tanpa MSG, masakan rasa tak sedap...jadi MSG ni umpama penyedap makanan, padahal benda macam ni lah yg akan mengugat tahap kesihatan kita...

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:53 am

      yezza... betul sangat tuh bro... makan biar janji kenyang...

      Reply
  19. zezebel says

    August 7, 2010 at 4:29 pm

    Boleh bagi contoh makanan yang ada bahan-bahan tu tak? 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:54 am

      daging burger, makanan ringan macam kentang mister potato, kentang goreng dan gula getah..

      Reply
  20. hafizmd says

    August 7, 2010 at 5:52 pm

    Patutlah rase nak makan jer sekarang ni..tapi aku rase bukan sebab 4 benda tuh kot..tapi sebab lain..hehe..

    Pak aji mmg byk sgt orang gune..tpi aku kalau sikit2 boleh la masuk perut..lau lebih..mmg ke tandaslah jawabnye..

    terima kasih zik kongsi..

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:56 am

      terima kasih kembali bro...

      Reply
  21. kulanz says

    August 7, 2010 at 6:45 pm

    Sekarang ni macam-macam campuran ada dalam makanan.. yang tak patut dimakan pun diorang campur juga.. patutlah umur manusia sekarang ni semakin singkat..

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:56 am

      umur sekarang dalam range 40-60 sekarang nie ... mengikut kajian..

      Reply
  22. azizan4444 says

    August 7, 2010 at 7:01 pm

    msg tu ajinomoto kan?selalu kot mkn makanan yg mngndungi msg ni..

    Reply
    • Affan says

      August 8, 2010 at 3:57 am

      biasalah tu bro. rasa die pun blh tahan sedap gak. hehe

      Reply
  23. sinagarimba says

    August 7, 2010 at 7:50 pm

    kalau dah burger ada depan mata, mau tak ketagih.
    ni makanan favourite aku ni

    Reply
    • Affan says

      August 8, 2010 at 3:55 am

      haha. bedal je lah. asalkan halal. 🙂

      Reply
    • smz says

      November 2, 2011 at 3:58 pm

      dah stop makan burger sejak tgok videoLeaks yg tunjuk lembu, kuda, pigs di kisar hidup2, darah, kulit, bulu, najis sume masuk mincer ..eeeewww geli giler daa.. tak kira la depa buat apa, tp yg pastinye kalo tgok daging burger, terbayang video ni eeeii..

      Reply
  24. sinagarimba says

    August 7, 2010 at 7:54 pm

    bila dah macam-macam dicampur dalam makanan yang tu umur jadi singkat.
    orang trua dulu-dulu sampai leni steady jer

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:57 am

      hurm betul tuh bro.. sekarang nie... muda2 dah kena penyakit itu ini...alahai...

      Reply
  25. ishak says

    August 8, 2010 at 3:00 am

    whah patutlah..thanks for info zik

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:58 am

      makan jugak ke...hik2...

      Reply
  26. Affan says

    August 8, 2010 at 3:55 am

    Thanks info ni zik.
    BHA/BHT dulu pernah buat presentation project, tau lah sikit2 kot.
    monosodium glutamate tu mmg paling selalu nmpk rasanya. hehe.
    pasni kena tgk2 lah bahan2 ni, cuba elakkan

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:58 am

      owh yeker... bagus2 nie bro..

      Reply
  27. acapz says

    August 8, 2010 at 7:57 am

    ouh. bru ku thu. huhu. smlm mkn gcb. sdp smcm pulk. ingt lapa. hahaha!. adoi la

    Reply
    • Zik says

      August 8, 2010 at 11:59 am

      hehe... sekali sekali takda masalah..jangan jadi makan rutin..sudah..

      Reply
  28. samdaddycool says

    August 8, 2010 at 12:47 pm

    MSG paling fail.. kedai-kedai makan biasanya guna. mak aku sendiri pun curi-curi guna kalau ayah aku tak nampak..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:27 am

      owh yeke sam daddy..

      Reply
  29. Thoha says

    August 8, 2010 at 4:32 pm

    bahaya ni kena betul2 jaga permakanan untuk menjauhkan makanan segera yang kurang sihat..terima kasih kerana sharing pasal info ni..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:28 am

      sekali sekala takpe bro..kalau dah jadi rutin bahaya tuh bro.. huhu

      Reply
  30. mancai says

    August 8, 2010 at 4:54 pm

    kalau boleh jauhkan dah makanan2 ringan ni dan khasiatnya bukan berkhasiat... cuma bagaimana tu pandai2lah.. huhuhu inf menarik ni bro...

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:28 am

      yup betul tuh...

      Reply
  31. Amir says

    August 9, 2010 at 3:09 am

    amalkan pemakanan yg sihat. jgn ambil makanan sebarangan.

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:29 am

      jangan fikir sedap jer.. hik2..

      Reply
  32. khairolghani says

    August 9, 2010 at 3:22 am

    MSG berlebihan boleh membawa kepada botak..so sape yg syg rambut,kurangkan MSG dalam makanan

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:30 am

      memang kena kurangkan nie..bahaya!

      Reply
    • eqa says

      October 15, 2011 at 7:44 pm

      alamak yew ke mama kite salu gune !!

      Reply
  33. suri says

    August 9, 2010 at 11:50 am

    rasanya lagi selamat jka kita makan di rumah kan heeee..

    skrg makin moden mkin byk penambah bahan perasanya huhu..

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:30 am

      erm betul juga tuh..jimat pun satu...

      Reply
  34. bujang3 says

    August 9, 2010 at 2:32 pm

    laaa... macam2 ada... aku main bedal ajer..pasal tu la berat badan dh bertmbh!!

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:31 am

      yeker... bukan maintain ke bro..hek2

      Reply
  35. Dila.13 says

    August 9, 2010 at 5:17 pm

    adoi.. kena kurangkan dah makan makanan macam ni.. tapi kadang2 kekangan masa buatkan saya ambil jalan pintas untuk dapatkan makanan. huhuhu.. tapi thanks for the reminder ye Zik.. semoga bulan puasa ni dapat bersihkan badan kita dari bahan-bahan yang tak berfaedah tu 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 10, 2010 at 3:32 am

      insyallah... sedap belakang kira janji perut kenyang dengan badan sehat...hehe

      Reply
  36. HidrogeN says

    August 12, 2010 at 9:17 pm

    makanan yang ada banyak bahan2 tersebut dipanggil junk food. contoh junk food yg terkenal ialah McD...tapi ramai orang suka McD, peduli apa junk food janji sedap..

    Reply
  37. Ismahan says

    April 8, 2011 at 10:10 am

    Memang betul ramai ibu2 kat rumah pun masak guna MSG sebab nak sedap. Sebab tu ramai kaum bapa lebih cepat dulu meninggal kerana masakan ibu menjadi racun yang pada awalnya kena sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
    Kalau sayang suami tolong jangan guna MSG ( contoh mak Aji no moto la....).

    Dan yang saya tahu tapi tak pasti, MSG dibuat dari bahan kimia yang keruh dan ditapis sejenis blok carbon yang dibuat dari arang. Arang tu ada tiga jenis = arang kayu bakau, arang tempurung kelapa dan dari arang tulang binatang yang mengandungi kalsium.
    Teknologi Jepun nak buat tu pun pokok bakau dan pokok kelapa dah pasti kat tmpt dia tak ada pokok tu., tanam pun tak hidup. Kalau tulang..., dia orang pun tak ternak lembu. Yang ada ternak dan makan ba..
    Sebab tu kita orang Islam (cmfrm bagi yg tunai rukun 5 perkara) dah termakan benda2 tu, susah nak beriman dengan Allah yang ada 6 perkara.

    Reply
    • Zik says

      April 8, 2011 at 11:13 am

      terima kasih diatas pandangan yang bernas... saya amat hargainya... 🙂

      Reply

Leave a Reply to etomyam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com







THE BERKAT

Doa Selepas Solat

Cara Solat Istikharah

Cara Solat Tahajjud

Cara Solat Taubat Nasuha

Cara Mandi Wajib

Recent Posts

  • Nassier Wahab meninggal dunia, Alfatihah
  • Live streaming MALAYSIA VS KEMBOJA (CAMBODIA)SUKAN SEA 4.12.2019
  • Live streaming vietnam vs Singapore sukan sea 3.12.2019
  • Live streaming Indonesia u23 vs Brunei u23 sukan sea 3.12.2019
  • Keputusan terkini MALAYSIA VS TIMOR LESTE Sukan Sea2.12.2019

Sponsored Links :

 

 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

 

 

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner





Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
%d bloggers like this: