“Satu penemuan, Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”
Pelancaran majlis kali ini mengumumkan 10 imam muda 2011, bertempat di Dewan muktamar Kompleks Pusat Islam Jawi Kuala Lumpur, pada pukul 9 malam tadi. Bersiaran langsung di astro oasis saluran 106.
Senarai 10 Calon Imam Muda Musim ke 2
Nampaknya ramai sudah tanya, aku cuba beri yang terbaik untuk. Buat masa ini, aku hanya dapat bagitahu nama calon, asal dan umur kemudian (nanti update). Profail yang penuh akan diberitahu atau update secara berkala. (Rumah kat kampung, takda astro, mana nak tahu).
Setelah ujibakat seperti dalam pencarian imam muda untuk 2011 ini diwar-warkan secara meluas di media cetak, elektronik dan sewaktu dengannya. Sambutan untuk tahun ini sangat menggalakkan. Saingan yang sengit, ditambah dengan dibuka dengan luar negara. Ternyata ia persaingan yang sihat dan ia dilihat lebih global.
Jom kita kenal mereka ini. Yang pasti bukan calang-calang orang nie. Lulusan Universiti, engineer, pensyarah dan macam-macam lagilah.
UPDATE: *sudah ada pembetulan.
- Imam Muda Ali asal Sabah. 26 Tahun. (Kerja sebagai guru Kafa)
- Imam Muda Mujahid asal Singapura. 20 Tahun. Bekas ahli gimnastik (pelajar)
- Imam Muda Fattah asal Negeri Sembilan. 21 Tahun. (Fasilitator)
- Imam MudaNazrul Izwan Zolkiflee, asal Segamat Johor. 26 Tahun. (Guru besar)
- Imam Muda Mohd Azlan Zulkarnain, asal dari Cheras Kuala Lumpur. 25 tahun, (Jurutera)
- Imam Muda Wan Najdi Wan Mohd Noh , asal dari Selangor . 20 Tahun. (seorang Pelajar)
- Imam Muda Fadhli berasal Brunei Darussalam, Kampung Rimba. 24 Tahun. (Seorang pegawai masjid).
- Imam Muda Mohd Fakhrurrazi Hussin asal dari Terengganu. 27 Tahun, (Imam).
- Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza asal dari Air Tawar Perak, 26 tahun , (pensyarah).
- Imam Muda Ammar Wan Harun, asal Kuala Lumpur. 27 tahun, (Mahasiswa)
2 peserta dari luar negara.
Nampaknya 2 peserta calon imam muda ini dari brunei dan singapura. Ternyata, calon-calon dari luar ngara turut memberikan sokongan padu untuk turut serta dalam rancangan berilmiah seperti ini. Alhamdulillah. Manakala range umur calon dari 20-27 tahun kalau tidak silap.
Nak tahu lebih lanjut tengok akhbar gambar dibawah nie. Siap details lagi. Status , bujang , tunang dah kahwin. Hehe.
Pengacara baru, bukan ustaz zulkarnain.
Aku pun tak tahu kenapa bukan ustaz zulkarnain lagi mengacara, pengacara baru kali ini nampak agak nervous, mungkin akan datang boleh improve lagi kot?Nama dia pun aku kurang periksa. (nanti update)
Nantikan laporan yang lebih padat dan ringkas, mengenai perjalanan imam muda dari minggu 1-hingga minggu terakhir. Insyallah, semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan untuk menulis dan diberi masa yang cukup.
Nak tengok gambar-gambar imam muda yang handsome tuh? terjah ke blog salam borneo. Pihak zikrihusaini.com ingin memohon maaf sekiranya ada salah info mengenai imam muda 2011. Sila komen diruangan bawah sekiranya ada tersilap info. Sekian terima kasih.
Sumber imammuda facebook,
Di rumah saya tiada Astro. Tetapi baru-baru ini melihat uji bakat Imam Muda menumpang Astro rumah makcik, barulah saya tahu betapa sengitnya persaingan dan ketatnya tapisan.
Selamat berjaya para Imam Muda 😀
ya betul tuh.. aku pulak tengok dekat youtube …
Sejuk hati tengok wajah-wajah bakal imam muda ni. Semoga dapat ilmu, dan memberi ilmu 🙂
* Alahai tak ada calon dari Kelantan ya. 😀
tahun nie takdalah pulak kelantan… mungkin tahun hadapan???
Ada. Kelahiran Kelantan cuma menetap di KL 🙂
imam muda zikri dari batu pahat johor takde ke? kihkih
hehe… takda rezeki lah cik ika .. … tak layak lah..
Semua wakil negeri lain ada. Wakil kelantan jer tak ada. Kenapa yer.
yup..diskriminasi ni..hehehe..gurau jew…
semoga musim kali ini turut berjalan lancar dan membangkitkan semangat persaingan yg hebat di kalangan imam muda kita, supaya dapat menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik
insyallah.. besar harapan untuk intake kali ini…
dah mula musim baru ke?? tak perasan plak.. bertambah meriah plak bila ada dua peserta dari singapore dan brunei.. thumbs up!
.
ah ha.. baru jer mula… hehe
Teringat kat arwah adik, dia nak masuk sangat rancangan realiti ni, tapi apakan daya, Tuhan lebih sayangkan dia..
owh yeker.. aku turut bersimpati..
Wah hebat. Peserta dari Singapura pun tidak ketinggalan ye. Rancangan macam ni yang kita perlu pernbanyakkan di media massa.
ya betul2… rancangan yang harus kita ketangahkan dari setiap tahun berbanding rancangan berbentuk duniawi semata-mata..
rancangan macam ni lagi menarik dari AF kan….
bermanfaat…
selain itu, kita sebagai penonton pun boleh belajar apa2 yang patut , mungkin sudah lupa… kasi refresh balik…
cam artis imam imam skang.. nasib baek takde gosip pasal dorang lagi.. hehe
setakat nie ok… semua jaga amal.. dan niat yang baik… insyallah…
trigin nk tgk imam muda..huhuhu..tp xde astro
tengok kat utube jer… aku pun tengok kat utube
Penerapan ilmu yg berkesan utk semua lapisan masy terutama utk anak2 muda kita kini. Yelah, masing2 mcm liat nak pi ceramah agama bila Astro buat rancangan mcm ni mmg amat dialu2kan… 🙂
ceramah agama free jer tuh… pergi konsert berbayar …. ratus2 sanggup tuh…
Salam Zik
Thanks for the traffic, ramai betul dari blog Zik hari ni…
terima kasih kembali….
wahh, guru besar ada, jurutera ada..dasat gak kerja diorang ye..
macam2 ada…
Thanks for the info. Nice!! =)
terima kasih kembali…
la, tak ada wakil dari kelantan rupanya. tak pe, harap mendapat saingan dari peserta luar negara
insyallah… tahun depan bro hisyam masuk interview.. huhu
aku harap lagi banyak program mcm ni diwujudkan kat Malaysia..thumbs up!
insyallah.. itu yang harap2 sangat…
imam muda nazrul izwan merupakan senior saya dan rakan kepada abang saya…sangat berbangga beliau telah tercalon dalam imam muda 2011..semoga berjaya untuk beliau dan semua calon imam muda 2011..saingan kali ini memang sangat hebat.
Nggeeee.. dah tgk imam muda ni.. rasa terminat pulak kat IM Hassan… hehehe